...

blog ini sekadar pengisian biasa-biasa milik hamba yang dicipta yang sentiasa berharap kepada Yang Maha Mencipta

"mohon, sesape yang menjengah kesini, sila tinggalkan jejak anda disini:) time kasih yew atas kejesama kalian"

my nuffy

TeTaMu

اعداد

Pesanan Penaja

Saturday 8 December 2012

Tahniatul Milad Ummi

Bismillahirrahmanirrahim... 

Hari ni adalah hari ulangtahun kelahiran ummi saya yang ke 61 tahun.. Waktu yang indah memang tak terasa ia berlalu. tapi, hakikatnya itulah yang terjadi dalam hidup sehari-hari... Ummi lahirkan saya bersama saudara kembar saya Ammar pada usia ummi 33 tahun... Anak sulung perempuan ummi yang satu ni, kadang-kadang tak mampu nak bahagiakan ummi walau ummi selalu bahagiakan saya.. 

Mungkin saya seringkali mengundang titis air mata di pipi ummi.... Maafkan diri ini ummi andai sering melukakan hatimu...dan andai diri ini pernah menghampakan permintaan ummi.. tiada niat untuk menghampakan ummi kerana ku tahu ummi ingin anaknya bahagia.. tp itu soal hati yang tak mampu dipaksa.. hurmmm.. maafkan saya Ummi. 

 Dan.. saat sekuntum senyum itu menghias bibir ummi yang kian dimamah usia... diri ini sedar... walau pahit dihulur, pasti disambut dengan senyum.. walau di hujung mata kita, dia meratap menangis... di sisi, dia ingin terus pamerkan senyuman manis... 

ummi, telah terlalu banyak pengorbanan ummi terhadap kami, membesarkan kami, mencapaikan impian kami.. sehingga ummi terlupa dengan impian dan cita-cita ummi sendiri.. kini saya berjanji pada diri, saya akan berusaha untuk capaikan impian ummi kerana itu lah impian saya.. mohon ummi doakan yea semoga impian saya ini tercapai.. 

Ummi, pada hari bersejarah ummi ini.. saya ingin mengucapkan selamat hari lahir.. semoga terus di bawah lembayung rahmat Ilahi hendaknya.. terus menjadi ibu mithali kebanggaan kami semua selamanya.. doa saya sentiasa mengiringi walau diri ini tak mampu selalu membahagiakan.. ummi... 

Ya Allah, berilah kekuatan iman pada Ummi, ampunkan segala kelemahan dan sentiasa lah ummi didalam bimbingan Mu. Setiap saat setiap detik dalam redhaMu, berilah kedamaian dalam hidup ummi dan kami semua 

Ya Rabb, rahmati insan-insan kesayanganku...aku menyayangi mereka kerana-Mu...



 Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit   
~Hanya Insan Biasa..Tanpa Pinjaman DariNya Siapalah Aku..~

jalan-jalan cari limu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My MaKtaBaH...

Shelfari: Book reviews on your book blog

Senarai Blog Imamah Ikuti