...

blog ini sekadar pengisian biasa-biasa milik hamba yang dicipta yang sentiasa berharap kepada Yang Maha Mencipta

"mohon, sesape yang menjengah kesini, sila tinggalkan jejak anda disini:) time kasih yew atas kejesama kalian"

my nuffy

TeTaMu

اعداد

Pesanan Penaja

Thursday 27 October 2011

Bertambah cucu tok wan

cucu ke 10 dan 11, zahin dan hilmi 
tanggal 6/9/11 ummi ku menyambut cucu ke 10 merupakan cucu lelaki ke 3 nama diberi Ammar Zahin..anak sulung abang ku..sebulan kemudian lahir sorang lagi bebi boy anak abang yang no 2..anak nya yang ke 4, diberi nama Muhammad Arshad Hilmi..

 tengok tok wan, senyum bahagia nampakkk
bila aku tengok budak kecik dua orang sayu je rasa hati ku, bila aku nak tolong menambahkan cucu untuk ummi dan mertua ku? aku rindu sangat kehadiran sikecil dalam hidupku. aku teringin sangat melalui saat terindah sebagai ibu hamil..

aku sentiasa berdoa agar aku bukan tergolong dalam golongan insan yang tak punya zuriat.antara doa yang sering di amalkan..

sebenanrnya lagi satu, terus terang aku cakap, aku sedih bila org tanya "makngah bila" "dah nak dapat baby ke" hurmmm..aku hanya mampu jawab KUN FAYAKUN..doakan semoga saya dihadirkan "sidia"


cucu tokwan ke 8, Muhammad Hassan Basri
 cucu ke 9, Abbas Amiri

tengah sebok ngan bebi kecik dua orang tu, tgk ape yang besor ni buat

habis la kain tu kena kait dekat amiri

 Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit  
~Hanya Insan Biasa..Tanpa Pinjaman DariNya Siapalah Aku..~

Thursday 13 October 2011

The Best Sambal in De Walllll


Entry kali ni hambe nak kongsi satu resepi yang bagi hambe sangat best..hurmmm..
Resepi ni dh lama hambe terima dari sahabat hambe..tapi baru 2 minggu lepas cuba buat, tu pun gara2 dah muak makan nasi dengan lauk2..hihihi..dan nk tukar selera dari sos bilis kepada yang berasaskan bilis gak..ape dia ye..

Hurmm Wangi! Sedap!!!!

Nama diberi sambal burma, ( S.A.M.B.A.L.  B.U.R.M.A ) saya xtau nape dipanggil sambal burma..samada kampung sambal ini di burma atau yang perkenal org burma Wallahu `alam..ape pun memeng enak membuka selera

Bahan-bahannya:-
Ikan bilis-ikut suka


Cili padi-ikut suka



Cara membuatnya:-
Basuh kedua-dua bahan, kemudian rebus sampai lembut
Toskan, kemudian tumbuk sehingga lumat
Masukkan garam, perasa dan gula secukup rasa..gaul sebati
Siap di makan bersama nasi panas..
ralit make nasik ngn sambal burma..sapa tak sedar tok tua wi sale..kih kih kih..
Veri simpel cara buatnya..tapi terbaekkk dari ladang..



 Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit  ~Hanya Insan Biasa..Tanpa Pinjaman DariNya Siapalah Aku..~

suka suki


asalnye hambe tertengok status dekat FB sahabat hambe dia berpantun

Asam Kumbang di petik kesuma
Daunnya Enak dimasak Kari,
teringt saat kita bersama
kenangan berlalu hari ke hari..

Anak itik Berenang di kolam
naik ke darat waktunya dah senja,
berlalu kenangan serasa semalam
Omel Mu lunak tawamu manja

Dua tiga kucing berlari
mana nak sama si kucing belang;
Dua tiga boleh kucari
mana nak sama kasih kalian
 

 ‎2-3 kuda berlari
mana nak sama si kuda belang
semua kuda boleh berlari
yg paling laju ..kuda tu yg menang
 
terasa hambe nak ngomen2 sket dekat situ..  
Sedap sungguh pantun demo
Ambo nak cuba buleh ke dop
xtido lg dok wat gapo namo?
Ambo sedih saing pun xdop

tingkap papan kayu bersegi
sampan sakat di pulau angsa
apakah gerangan  hajat dihati
sila kemuka dengan segera
 
make nasi berulamkn budu
budu dicicoh bersamo pegago
weh bakponyo kato gitu
ambo ado ke jd saeng demo
 
Lamo sungguh tak online male
Rasa rindu dekat saing sobat
buleh dop male ni ambo nak balah dende
nak online sapa pagi jumaat

tanam bunga diatas para
nampak cantik di dlm laman
besar hajat tidak terkira
hendak memetik bunga di taman

hamboih-hambih incik roslan
tinggi sungguh hajat hati anda
Bunga mana jd idaman
Kami-kami ni udah berkanda

Zikir munajat kedengaran di ikim
Guruh berdentum dilangit sana
ape buleh buat semua bermusim
tiba masanya kita bersua la na

petang hari ke felda lasah
pulang semula sebelah pagi
kita bertemu akhirnya berpisah
diizin Tuhan bersua lagi

Buah langsat kuning mencelah
senduduk tidak berbunga lagi;
sudi2 ler dtg berkelah
diteratak hamba lain kali. 

kaunter jaheaik jadi saksi
ketika pertemuan pertama kita
dah lama kita berbasa basi
bila nak atur pertemuan kedua

wah..kaunter jaheaik mnjadi sejarah..
saat pertemuan pertama kita..
napoknyo kali ni tggu imah bermadah..
time cuti skolah biasanya ada adat mjlis diraja..(raja sehari) ^__^

ketika cinta bertasbih sering kedengaran
ramai pemudi idamkan khairul azzam
episod silam sering bermain difikiran
keinginan nak berjumpa jadi iltizam

ralit teh kak we kito
napok tebokok jait manek
hati2 jange sapa ngatuk mato
nnti xdop pasa2 kena g klenek

kalau roboh kota melaka
papan dijawa hamba dirikan
episod kedua pasti akan tiba
hasrat pertemuan kedua dah lama kita rancangkan

 bakpo nk bangun papan di jawa
hok roboh kota melaka
ust yang bijak lagi berwibawa
kemana dia?adakah kemekah?

Mudir ko nama dia?
Ambo xbesa panggil ggitu
Sungguh bijok dan ceria
Tak seko jadi ggitu

itu lah pantun yang direka secara spontan..yang warna hitam tu hambe punya yang warna ungu sahabat hambe..pantun tu mengimbau saat kami mula-mula bersahabat dulu..ahhhhhh rindu sungguh saat itu..indah nya pertemuan bila bertemu kerana Allah mengasihi juga kerananya
ini lah bendanye..
nak simpan buat kenang-kenangan..bukan senang nk reka pantun spontan mcm ni:)




 Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit  ~Hanya Insan Biasa..Tanpa Pinjaman DariNya Siapalah Aku..~

Friday 7 October 2011

= aku tak mahu suamiku berdosa..

= aku tak mahu suamiku berdosa..
lantas aku melabuhkan jilbabku,
berusaha menutup sempurna auratku,
... ...
= aku tak mahu suamiku berdosa..
lantas aku perlengkapkan diriku dengan ajaran agama,
agar dapat membezakan antara yang benar dan salah,

= aku tak mahu suamiku berdosa..
lantas aku hadkan pergaulanku dengan yang bukan mahramku,

= aku tak mahu suamiku berdosa..
lantas aku menjaga diri agar terhindar dari fitnah manusia,

= aku tak mahu suamiku berdosa..
kerana aku sayangkan suamiku dan tak mahu suamiku terhumban ke neraka jahanam kerana diriku,

= aku tak mahu suamiku berdosa..
kerana aku,
-
 -
 -
 -
 -
 -
 -
 -
 -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

AKU INGIN MENJADI ISTERI SOLEHAH

di kopi pes dari wall FB adinda hambe Asiah Abdullah @ Abas

 Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit  ~Hanya Insan Biasa..Tanpa Pinjaman DariNya Siapalah Aku..~

jalan-jalan cari limu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My MaKtaBaH...

Shelfari: Book reviews on your book blog

Senarai Blog Imamah Ikuti