...

blog ini sekadar pengisian biasa-biasa milik hamba yang dicipta yang sentiasa berharap kepada Yang Maha Mencipta

"mohon, sesape yang menjengah kesini, sila tinggalkan jejak anda disini:) time kasih yew atas kejesama kalian"

my nuffy

TeTaMu

اعداد

Pesanan Penaja

Saturday 21 May 2011

Mangsa Tanah Runtuh

21/05/2011 KAJANG: Polis mengesahkan sehingga jam 8 malam ini lima orang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa FELCRA Semungkis, di Hulu Langat, dekat sini. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata 12 berjaya diselamatkan daripada tempat kejadian berkenaan. 

Beliau berkata, pasukan penyelamat dan polis akan meneruskan operasi menyelamat sehingga menemui semua mangsa kejadian

"Kita tidak akan berhenti dalam operasi ini, kita akan teruskan sehingga jumpa semua mangsa," katanya.

sumber: Berita Harian

hurmmm..;((  semoga roh mereka dicucuri rahmat dan di tempatkan di Al-Firdausi..Aminnn


Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit 
~Hanya Insan Biasa..Tanpa Pinjaman DariNya Siapalah Aku..~

Wednesday 11 May 2011

imamah tak kisaahhh!!

ILIM Wilayah Timur





tanggal 8 hingga 10 mei 2011 hambe telah menghadiri Kursus Bina Insan di ILIM wilayah timur..kursus ni sangat best dan semua orang patut hadir..

trademark "imamah tak kisaaahh!! hahaha..nakal jgk hambe ye..antara trademark yang selalu jadi sebutan di mulut peserta dan fasi..dan hambe asyik-asyik terkena sebab tak kisah..salah satu yang hambe kena paksa rela ialah manjadi tok penghuli..hahaha..nasib la belalang..


ni ustaz Yusizurin..model ILIM..hehehe..tak la, salah sorang peserta kursus merangkap tok penghulu kami sepanjang kursus

eh..eh.. gambar dia lg yang adoo..

ini la yang hambe nak cite..ni group hambe punya tugasan..
sumayyah nama diberi
dan yang sebelah tu pulau warisan..

dok present pasal projek pulau warisan kami
kalau tak silap antara mega projek pulau warisan ni
1-kompleks islam yang mana kat kompleks ni ada sekolah tahfiz, ada pusat ibadah,..dan lain2..lupa daa
2-hospital
3-pusat rekreasi, taman botani..
4-hotel mewah islamic konsep..
5- lupa dh ape dia..hihihi

tengokkk..dia tengah buat ape tuu

sedang ber activiti di tepian pantai bukit keluang..lupa dh ape kebenda dorang tgh main tu
yang hambe igt game ni ada 
-pemburu
-tupai
-rumah/pokok

riangnye..mcm anak rebina je

games ni la yang paling xbest main..coz..mcm buang rezeki je bila silap langkah..huhu

bukan main semangat lg akk baju merah tu..xsabau nak lempau dadu kot

tengokk!!


fasi yang best..lupa jugak dr agensi mana..


bergambar kenangan bersama fasi (baju kuning) dan urusetia (tudung coklat)

berbaris balik ke kediaman dari pantai bukit keluang selepas penat bermain istana pasir..ngeeeee



Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit

Tuesday 10 May 2011

Tu dia..dah boleh berlari gitu

kali ni hambe nak kongsi gambo ragam sikecil yang baru dapat kaki

 ai, nama saya abbas amiri, saya baru aje boleh jenjalan..cantik tak sarung tangan saya ni?

hari ni sy bebas berlari kemana-mana aje selepas pujuk ummi untuk izin kan saya turun ke laman umah tok wan...waaaw hepi nye..allamakkk besor nye sarung tangan ni, nak tumbang daaa

 bila la saya boleh naik basikal macam abang ni ye?? ummi, miyie nak naik beskal ngn abang ni boleh??
 
alaaa ummi tak mo bagi ekk..nak majok daaa



Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit

Wednesday 4 May 2011

Peluk Islam selepas murtad

KOTA BHARU - Seorang pelajar Diploma Seni Kulinari, Universiti Teknologi Mara cawangan Dungun, Terengganu yang sebelum ini mengaku menukar agama kepada Kristian, memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam bahawa dia sudah insaf dan kembali memeluk Islam.

Berikutan pengakuan itu, Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty memerintahkan Mohamad Fariz Ilham Mohd Zulkifli, 19, dari Pengkalan Chepa, bersembahyang jemaah di tempat pengajiannya serta melaporkan kehadiran kepada Imam masjid itu selama enam bulan, berkuat kuasa semalam.

Mohamad Fariz Ilham juga diarah melaporkan diri di Pejabat Agama Dungun setiap minggu, manakala pasport anta- rabangsanya diserahkan kepada mahka- mah.


Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit

Tuesday 3 May 2011

Maafkanlah

 suka lagu ni..jom kita nyanyi same-same...:)
Indah kata kebangkitan dunia
beri saja peluang untuk menebus kesalahannya yang lalu
berikan apa saja yang ku pinta
lupakan apa terjadi pasti kau takkan kesali


Air yang jernih itu kan juga keruh
akhirnya jika ia dicampur walau sedikit lumpur
kan begitu jua hati manusia
jika ia berkata walau sekecil zarah
tak bermakna....


Jalinkan persahabatan bersih
buang sifat membenci diri
jangan kau iri hati
dengan temanmu


Akui segala kesilapan
akanku pujuk jua apa terluka itu


Air yang jernih itu kan juga keruh
akhirnya jika ia dicampur walau sedikit lumpur
kan begitu jua hati manusia
jika ia berkata walau sekecil zarah
tak bermakna...


Oh insan maafkanlah
kesalahan teman seperjuanganmu
selama telah pergi kasihani dia yang terseksa
oh insan maafkanlah andai tersalah tutur bicara
oh insan renungilah ada ganjaran yang menunggu kita
tika di syurga....
Album : Epik
Munsyid : Rabbani
http://liriknasyid.com



Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit

jalan-jalan cari limu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My MaKtaBaH...

Shelfari: Book reviews on your book blog

Senarai Blog Imamah Ikuti