...

blog ini sekadar pengisian biasa-biasa milik hamba yang dicipta yang sentiasa berharap kepada Yang Maha Mencipta

"mohon, sesape yang menjengah kesini, sila tinggalkan jejak anda disini:) time kasih yew atas kejesama kalian"

my nuffy

TeTaMu

اعداد

Pesanan Penaja

Wednesday 21 October 2009

Jika Si Dia Bukan Milikmu

Posted by azrul.alwiApril 9, 2007

Setiap kali selepas solat, ada sepotong doa yang biasa dibaca yang bermaksud “Ya Allah, hidupkanlah aku/kami di dalam iman dan matikanlah aku/kami di dalam iman dan masukkanlah aku/kami ke Jannah bersama iman.”

Iman adalah penting. Pengeritan iman yang telah sedia kita ketahui adalah mempercayai kewujudan Allah yang Esa, kewujudan para malaikat sebagai para pegawai yang melaksanakan sistem tuhan, kewujudan kitab-kitab yang terdiri daripada firman-firman pencipta, kewujudan para Rasul sebagai utusan dan ketua manusia yang memberi peringatan dan amaran, juga mempercayai kewujudan Hari Kiamat, hari segala-galanya akan berakhir.

Namun, yang paling tidak dapat diterima ‘tanpa disedari’ oleh kebanyakkan orang adalah beriman dengan Qadak dan Qadar atau takdir.

Sebagai seorang Islam bergelar Muslim, kita harus memajukan diri kita menjadi seorang Mukmin. Perkataan Mukmin bermaksud orang yang beriman. Untuk menjadi seorang yang beriman, prinsip yang paling asas adalah mempercayai kesemua rukun iman yang di atas. Seterusnya mengikut garis panduan pada surah Al-Mukminun.

BERIMAN DENGAN TAKDIR
Bukan senang untuk beriman dengan takdir. Kita mungkin berkata kita percaya, tetapi apabila datang dugaan-dugaan tertentu, ada yang akan cuba bertindak seolah-olah tidak dapat menerima ketentuan tuhan. Firman Allah s.w.t di dalam surah Hud ayat 9, “Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.”

Orang yang berusaha dengan niat untuk beramal akan “berasa lain” sekiranya mereka gagal mencapai matlamat. Mereka akan sentiasa berasa tenang walaupun didatangi kesusahan atau kesenangan. Mereka terdiri daripada golongan yang bahagia di dunia dan sedang menanti kebahagiaan di akhirat. Tiada satu perkara yang berlaku pada diri mereka yang dapat menggugat ketenangan itu.

Sebaliknya, mereka yang berusaha untuk kebahagiaan dunia mungkin akan merasa bahagia apabila matlamat tercapai. Namun sekiranya gagal, mereka akan berasa amat dukacita. Sekiranya mereka kehilangan sesuatu, mereka akan bermatian-matian untuk mempertahankan atau mendapatkannya semula. Sekiranya mereka gagal mendapatkannya semula, hati mereka akan berasa gelisah dan hidup mereka mula menderita. Lalu mereka menyalahkan orang lain dan akhirnya menyalahkan tuhan.

Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita, walaupun apa pun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan.

AMAL DAN TAKDIR
Amat penting untuk kita faham, hidup ini adalah untuk beramal bukan menentukan takdir. Kita akan dihidupkan semula dan disoal tentang amalan bukan apa yang pernah kita “capai”. Kita akan ditanya tentang “what did you do ? ” bukannya ” so… what’s the outcome? “.

Di dalam ayat 154 surah Ali Imran diceritakan pada zaman Nabi s.a.w ada sesetengah orang tidak mahu ikut berperang dengan alasan takut mati, lalu Allah s.w.t berfirman “Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing. Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. ”

Jelas sekali, manusia bebas beramal. Namun “final result” adalah hak Allah s.w.t.

Jadi tak perlu susah-susah, Ali r.a. berkata, bahawa Nabi s.a.w bersabda, “Beramallah, setiap orang akan `dipermudahkan` seperti apa yang telah ditentukan.” Lalu beliau s.a.w membaca ayat 5-10 surah Al-Lail.

* Orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya), * Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik * Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya “kemudahan” untuk mendapat kesenangan (Syurga).

* Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya * Serta ia mendustakan perkara yang baik * Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya “kemudahan” untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan;

{Riwayat Bukhari}

BUKAN USAHA TETAPI DOA
Sebuah hadith daripada Salman r.a., bahawa Nabi s.a.w telah bersabda “Tidak boleh diubah takdir kecuali doa, dan tidak ada yang boleh menambah umur kecuali perbuatan baik. ” {Riwayat Tirmizi, hassan gharib}

Allah berfirman dalam surah Ar-Ra’ad ayat 39, “Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNya. (Ingatlah) pada sisiNya ada Ummu al-Kitab”. Firman Allah lagi di dalam surah Mukmin ayat 60, “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. ”

Abu Hurairah r.a juga melaporkan bahawa, “Nabi s.a.w selalu memohon perlindungan dari suratan takdir yang buruk, dari ditimpa kecelakaan, dari keghairahan musuh dan dari terkena bala.” {Riwayat Muslim}

Doa sahaja yang dapat mengubah takdir, bukan usaha.

ANTARA PUTUS ASA DAN BERSERAH KEPADA TAKDIR
Mempercayai takdir bukan bermaksud berputus asa. Frasa “putus asa” sepatutnya tidak wujud di dalam kamus hidup seorang mukmin. Kita tidak boleh berputus asa dalam mengharapkan rahmat Allah.

Semasa peperangan di Thaif, umat Islam telah mengepung kota Thaif. Ibnu Ishaq meriwayatkan Thaif telah dikepung selama 17 malam dan diserang dengan manjanik (senjata pelontar batu). Umat Islam terus menyerang dan menyerang namun tetap gagal. Lalu Nabi s.a.w bertindak untuk mengundur sahaja.

Abdullah bin Amru r.a melaporkan bahawa, Rasulullah s.a.w telah mengepung penduduk Thaif tetapi tidak mendapat apa-apa hasil dari pengepungannya tersebut. Seterusnya baginda bersabda: Insya Allah kita akan kembali ke Madinah. Para sahabat membantah: Mengapa kita harus kembali? Kita belum dapat menaklukinya. Rasulullah s.a.w bersabda kepada mereka: Pergilah kamu berperang. Mereka pun mencubanya sehingga mereka mendapat kecederaan. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Besok kita akan kembali. Para sahabat hairan dengan sabda baginda. Sementara itu Rasulullah s.a.w hanya tersenyum. {Riwayat Muslim}

Itu adalah contoh perbezaan antara putus asa dan menerima ketentuanNya. Adakah nabi s.a.w berputus asa ? Atau beliau tunduk dengan takdir ?

KESIMPULANNYA
Perbanyakkan doa untuk kebaikkan. Sebarang usaha perlu dijalankan dengan kaedah yang betul. Ada sesetengah orang yang ditinggalkan kekasih atau suami lalu cuba mendapatkan semula dengan kaedah mengumpat, memfitnah dan memburukkan orang lain.

Sebaliknya, sekiranya mereka berhenti seketika untuk berdoa dan bermuhasabah diri serta menerima ketentuannya, lebih banyak manfaat dapat diperolehi. Salah satu daripadanya adalah ketenangan, selanjutnya adalah iman.

CINTA DI DALAM ISLAM

Cinta di dalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantic atau caring atas alasan jika benar pencinta yang memahami corak Islam lebih ke arah menulis peringatan-peringatan Allah di dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin tidak pernah berdating...malah orang yang bercinta dalam bentuk syariat Islam takut untuk berhubungan secara menulis...kerana was-was dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan *zina hati*. Malah orang yang benar-benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah-lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chatting kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih ke arah tidak tertapis dan bisa ~menggoda keimanan~ dengan rasa ^rindu^ dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta ~asmaradana~ bermula kecuali bagi mereka yang benar-benar tiada masalah hati...itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak disekat.

Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungan dan akhirnya tanpa mengimbangkan ^kewarasan akal^ dan lebih mementingkan ^perasaan & nafsu^ akhirnya menjerumus kepada fahaman itulah ^chenta^ yang sebenarnya. Kerana atas dasar apa?? >>>rasa rindu yg amat sangatt<<< ...sedangkan hakikat rindu yang sebenar hanyalah satu; rindukan Allah. Orang yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas cinta benar-benar berlandaskan –->iman<--. Cinta berasaskan Islam ialah cintakan [kebaikan] [keimanan] dan [keutuhan pendirian] kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan. Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itulah cinta hakiki yang tidak boleh dijual beli. Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata-kata yang tidak sepatutnya. Malah, masalah samada sayang ke, samada tak sayang ke...tidak timbul...kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama-sama menggembleng meningkatkan iman andaikata terbina ikatan yang di akhiri ukhwah Islamiyah di dalam pemantapan jasmani & rohani. Itulah cinta yang sebenar di dalam Islam...bukan seperti sebahagian anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yang yang mana terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang, dan juga dengan hanya tautan kata-kata. Sememangnya tidak dinafikan kuasa cinta benar-benar dapat menguasai respondennya. Ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta...contoh ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat & peringatan oleh orang yang di cintainya. Tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andaikata :: cinta berpaling arah :: atau tidak menjadi. Inilah yang di bimbangi kerana rangsangn cinta murahan hanya satu yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati.
Ada yang jadi baik...bercakap yang baik2 di depan orang yang di cintainya...al-maklum le yang di cintai itu seorang yang beriman...tetapi bila bercakap dengan kawan-kawan yang lain mulalah membebel ntah ape ape kerana asas malu tiada.

Sebab itu di dalam konteks perhubungan cinta sesama Islam...jika ingin memulakan ikatan cinta itu...berasaskan cinta yang penuh didikan “iman”... perhati muamalat responden agar tidak tersalah jatuh di dalam ^jerat percintaan^ yang tak patut...sebab ia lebih ke arah mengheret masalah baru...mungkin akan menjatuhkan ke lembah hina.

Bila seorang menyampaikan hasrat cintanya...perhatikan agamanya, kebaikannya dan segalanya sejak dia belum mengenali kita...maksud sifat asalnya dan muamalat asalnya...kerana jika kita mudah membenarkan hati di lalui...ia hanya akan membuka peluang kepada ke arah #ketidakfahaman# konsep cinta berasaskan Islam. Uji mereka dulu dengan corak akhlak dan pergaulan yakni jangan membenarkan diri kita dirapati akan perasaan mereka...agar menimbulkan keraguan dan was-was yang kita tidak menerima cinta mereka.

Ini tidak, anak gadis dan pemuda suka ::melayan & melayan:: dan akhirnya terbuai kata-kata asmara yang terbina sendiri dan menimbulkan kerosakan hati di dalam hati-hati mereka sendiri. Biarlah di katakan diri kita EGO...ego untuk kebaikan yakni menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan...benarkah begitu?? Sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman, mempunyai sifat-sifat yang [[[konkrit]]] di dalam pendirian mahupun akhlak...bukankah akhlak yang *cantik* terbina dari didikan hati nurani iman yang cantik...?

So, kata-kata bidalan “berkawan biar beribu bercinta biar satu” tidak begitu tepat di dalam konteks Islam dan patut ditambah +++;bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang dihalalkan oleh Islam;+++ bersebabkan faktor-faktor semua ~panahan cinta~ di atas konsep berkawan adalah tidak tepat dan bercanggah di dalam konteks perhubungan di dalam Islam sebab kerana ia hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam suasana =fitnah=.

Akhir kalam, hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikamnya yakni hanya orang-orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang yang patut dicintainya kerana hanya orang yang baik-baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik...di situ sudah menampakkan penilaiannya...di mana jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik... dan begitulah sebaliknya. Kerana orang yang tidak baik tidak menyanggupi untuk hidup bersama dengan orang yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah mempunyai zat yang baik juga.

Berkata Imam Nawawi:

“Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu,
jika kau hilangkan agama dalam dirimu,
hilanglah cintaku padamu”

jalan-jalan cari limu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My MaKtaBaH...

Shelfari: Book reviews on your book blog

Senarai Blog Imamah Ikuti