...

blog ini sekadar pengisian biasa-biasa milik hamba yang dicipta yang sentiasa berharap kepada Yang Maha Mencipta

"mohon, sesape yang menjengah kesini, sila tinggalkan jejak anda disini:) time kasih yew atas kejesama kalian"

my nuffy

TeTaMu

اعداد

Pesanan Penaja

Saturday 8 December 2012

Tahniatul Milad Ummi

Bismillahirrahmanirrahim... 

Hari ni adalah hari ulangtahun kelahiran ummi saya yang ke 61 tahun.. Waktu yang indah memang tak terasa ia berlalu. tapi, hakikatnya itulah yang terjadi dalam hidup sehari-hari... Ummi lahirkan saya bersama saudara kembar saya Ammar pada usia ummi 33 tahun... Anak sulung perempuan ummi yang satu ni, kadang-kadang tak mampu nak bahagiakan ummi walau ummi selalu bahagiakan saya.. 

Mungkin saya seringkali mengundang titis air mata di pipi ummi.... Maafkan diri ini ummi andai sering melukakan hatimu...dan andai diri ini pernah menghampakan permintaan ummi.. tiada niat untuk menghampakan ummi kerana ku tahu ummi ingin anaknya bahagia.. tp itu soal hati yang tak mampu dipaksa.. hurmmm.. maafkan saya Ummi. 

 Dan.. saat sekuntum senyum itu menghias bibir ummi yang kian dimamah usia... diri ini sedar... walau pahit dihulur, pasti disambut dengan senyum.. walau di hujung mata kita, dia meratap menangis... di sisi, dia ingin terus pamerkan senyuman manis... 

ummi, telah terlalu banyak pengorbanan ummi terhadap kami, membesarkan kami, mencapaikan impian kami.. sehingga ummi terlupa dengan impian dan cita-cita ummi sendiri.. kini saya berjanji pada diri, saya akan berusaha untuk capaikan impian ummi kerana itu lah impian saya.. mohon ummi doakan yea semoga impian saya ini tercapai.. 

Ummi, pada hari bersejarah ummi ini.. saya ingin mengucapkan selamat hari lahir.. semoga terus di bawah lembayung rahmat Ilahi hendaknya.. terus menjadi ibu mithali kebanggaan kami semua selamanya.. doa saya sentiasa mengiringi walau diri ini tak mampu selalu membahagiakan.. ummi... 

Ya Allah, berilah kekuatan iman pada Ummi, ampunkan segala kelemahan dan sentiasa lah ummi didalam bimbingan Mu. Setiap saat setiap detik dalam redhaMu, berilah kedamaian dalam hidup ummi dan kami semua 

Ya Rabb, rahmati insan-insan kesayanganku...aku menyayangi mereka kerana-Mu...



 Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit   
~Hanya Insan Biasa..Tanpa Pinjaman DariNya Siapalah Aku..~

Tuesday 25 September 2012

Jika...

Jika rindu ini bertatah,
aku BERHARAP biarlah untuk Allah..andai rindu ini menarik resah..
aku PASRAH.

andai pencarian ini masih BELUM KUTEMUI..
Ya Allah damaikanlah hatiku ini, biarlah resah menarik sepi..
biarlah kecewa meratap PERGI, biarlah kasih mengikat diri..

Ya Muhaimin kepadaMu aku MENGADU HATI,
SERIKANLAH taman hati bukan pada fikiran yang belum layak buat diriku tapi pada REDHAMU

Saat aku merinduinya..
lebih kuat aku BERMUNAJAT kepadaMu..
lebih pantas aku MENINGKATKAN dan MEMPERBAIKI keperibadianku..

Ya Allah, hanya Engkaulah PENYUSUN terbaik buatku...;)

Entry ini di copy paste dr status ostad Walk Segan
Tenkiuk wak.

Monday 2 July 2012

Bahtera Kasih

Kita ditakdirkan bertemu
Di dalam satu bahtera
Kita ditakdirkan bertemu
Untuk menyimpul kasih
Takdir telah menetapkan
Bahtera ditimpa gelora
Arus badainya menghempas damai

Kita pernah berikrar
Akan terus bersama
Walau pun dilanda badai gelora
Namun semuanya itu
Hanya tinggal kenangan
Indahnya kini sudah tiada

Di sangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengahari
Begitulah resam kehidupan
Indahnya hanya sementara

Bahtera kasih ibarat kaca
Zahirnya indah tetapi rapuh
Jika terhempas dilanda badai
Pastinya ia hancur berderai

Berdoalah kita kepada Nya
Moga bahtera kasih
Kekal abadi

Bersamalah kita berwaspada
Bahtera kasih yang dilayari
Semoga pelayaran ini
Akan kekal abadi
Akan kekal untuk selamanya

Lagu : Zaidie Wildan
Lirik : Zaidie & Wildan
fatim_cute(at)hotmail.com

Wednesday 27 June 2012

Lirik Lagu Buatku Di Sana – Mafa feat Ronnie



~bestkan lagu ni

Serik harungi sendiri kekurangan diri
Hanya Tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia

Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

Masih kau hadir jua menepis gelora
Tatkala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada di jiwa

Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang di hati

Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku di sana

Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta

Masih kau hadir jua menepis gelora
Tatkala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada di jiwa

Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang di hati


"Ya Allah, Bimbinglah aku menuju redha MU"




 Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit
~Hanya Insan Biasa..Tanpa Pinjaman DariNya Siapalah Aku..~

Tuesday 26 June 2012

Sy dan dunia baru

Salam..
Alhamdulillah kerana aku masih mendapat pinjaman yg sgt bernilai yg dipinjamkan untuk setiap hambaNya..

hidungku masih boleh kembang kuncup bernafas..menghirup setiap oksigen yg jg dipinjamkn utk kita.. Wahh banyak sungguh pinjaman yg DIA pinjamkan utk kita..itu bru cakap pasal hidung..

tapi...

Sedarkan kita?apa buktinya?

Setiap kali kita di uji kita sering mengeluh "kenapa aku diuji" "kenapa terjadi pdku" tanpa sedar kita mula menyalahi ketentuan yg DIA telah rencanakan untuk kita.

DIA menguji kita bukan "saja-saja" pasti ada hikmah yg sedang menanti..apa yg perlu banyak bersabar..usah menyalahkan taqdir.insyaAllah kita akan tenang menghadapi mehnah itu.

Percayalah Allah itu tuhan kita..dia pasti sentiasa ada untuk kita..dan yakinlah Allah telah merencanakan sesuatu yang indah untuk kita tanpa kita menyedari...

Wahh..panjang sungguh muqaddimah entry kali ni..

Sbnarnya nak cite pasal Allah memberi sy nikmat utk merasai kemudahan menggunakan internet...hihi..Pasni kompem bleh update blog hari2..maklumla semua dihujung jari..tenkiu Allah..kerana beri saya semua ni..insyaAllah sy akan manfaatkan sebaiknya.

*Bestnya smartfon ni:-) hihi

Saturday 12 May 2012

Istimewa buat Ummi dan semua ibu-ibu..

Sempena hari ibu kali ni hambe dedikasikan nukilan ni buat ummi W Peridah W Min yang tercinta.. sy sayang ummi selamanya..
ummi di hari konvokesyen nye..:)


ummi mengapa engkau menangis
Apakah yang kurang
Walaupun baba telah tiada
Itu tak bermakna akhirnya hidup kita
ummi tenangkanlah hatimu
Kerana suria akan pasti menjelma
Usia mudaku tak menghalang diriku
Untuk membela dirimu

baba walaupun engkau gugur
Kerana di saat kau sudah tidak berdaya
Namun jasamu ku kenang sentiasa
Ku mahkotakan ke puncak cemara
Nanti bila aku sudah dewasa
Ingin ku menjadi pemimpin negara
Akan ku bela nasib kita
Itulah sumpah anakmu

Dari itu hentikan tangisan
Pandanglah masa depan
Betapa aku cinta padamu
Pelukanmu menguatkan semangatku
Duhai  ummi dengarkanlah lagu
Untukmu

:- selamat hari ibu buat semua ibu2 di dunia ni..moga segala jerih-perih yang kalian hadapi mendapat balasan yang setimpal dariNya..

:- hambe adaptasikan nukilan ini dr lagu M. Nasir, Lagu Untuk Seorang Ibu 

suwittt tak tudung yang ummi pakai..hasil tangan anakandanye tuh..berminat boleh inbok ke FB hambe:)

bila agaknye ye turn hambe lak nk jadi ibu..Ya Allah berilah ketabahan dan kekuatan hati untuk menghadapi ujian ini..
tolong doakan semoga impian ni menjadi realiti

 Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit
~Hanya Insan Biasa..Tanpa Pinjaman DariNya Siapalah Aku..~

Tutorial buat brooch:)

pada suatu hari yang membosankan..otak mula aktif berfikir..nak buat ape ni yew nk mengisi menghilangkan kebosanan yang melanda ni..masa tu kat ofis ada adik prktikal dr kolej cybernetics..
sweet kan dia..hihihihi..brooch dia pakai tu buatan sendiri

sy tgk dia selalu pakai tudung ber'brooch'kan brooch buatan sendiri..ape lagi berminat la hambe nak menuntut ilmu ngn adik ni..

kat sini hambe nk share ape yg tekgu hambe ni ajor yew..

bahan-bahan yang diperlukan..


memula jahit kelopak2 bunga ni dulu, then cantumkan...


penuh kesungguhan ika tunjuk satu persatu pada anak muridnye yg agak slow learner nih..hihihihi


hasil brooch yg dh siap..cantik..pasni bleh pakai brooch ikut warna baju ler nampak gayenye..


org berbudi kite berbahasa...ni lah hasil berbahasa hambe pd ika..hihihihi, turn hambe lak ajar ika buat crochet.. kelihatan getah ikat rambut yang dh siap hasil pembelajaran ika utk projek pertama..bijak budaknye..cepat tangkap ape yg di ajar..untung ler sape yg jd mertuanye..dh la cumil, rajin plak (ika, jgn mare akak tolong promote)

ni hambe cube buat kat umah tnpa pengawasan tekgu ika:)..bijak jgk upenye hambe..boleh je buat selepas skali je tgk ika buat..(perasan lak rasanye)

sesape berminat nk tempah ni, boleh PM ke FB hambe deh..kita kira murah2 jer..:)

TERIMA KASIH TEKGU IKA...SELAMAT HARI GURU..hihihi


 Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit
~Hanya Insan Biasa..Tanpa Pinjaman DariNya Siapalah Aku..~

Tuesday 8 May 2012

yang lama di rindui..

lama tidak mengemas rumah usang ku ni..kali ni nak ngmas tang mana yer..hurmmm..nk mengisi pasal tabiat buruk ku la..

sejak akhir2 ni aku suke sangat membuang masa dengan mengadap hook dan benang2 bulu ni..berjam2 mengadap benda ni..xkira tangan sakit ke mata letih ke..selagi xnampak hasil ku tetap teruskannye...hurmm..

benang kait jenama nona

benang kait jenama nona

hook (handle ni pun kait sendiri..tuk elakkan sakit tangan bila mengait lelama, nk beli hook berhandle ni mahai maa)

sekian untuk kali ni...nnti hambe sharing tang hasil yg hambe dah buat..sesape berminat nk menempah pun boleh..:)

oh ye..kait mengait ni dh lama sgt hambe belajar..seigt hambe semasa sek men rendah..sekitar tahun 1998/1999..masa tingkatan 2.. masa tu blajar basic buat getah ikat rambut mcm tu je.. 


 Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit
~Hanya Insan Biasa..Tanpa Pinjaman DariNya Siapalah Aku..~

Saturday 14 April 2012

Kasih Tuhan

hari tu hambe duk belek-belek cd2 lama zaman kt kolej dulu.. terjumpa lagu ni:-


Kasih Tuhan

Rebah Terguling Bangkit Kembali
Tersungkur Terjatuh Ku Pantas Berdiri
Walau Sengsara Membakar Jiwa
Demi Mu Islam Mati Ku Rela

Tidak Berganjak Tidak Berubah
Melimpah Darah Kan Tetap Ku Redah
Cahaya Syahid Penenang Jiwa
Itulah Nilai Paling Berharga

Layarkanlah Sifat Takut Mu Itu
Lihatlah Dari Mata Akalmu
Bila Ia Seganding Bersatu
Lafazkan Niat Langkah Juangmu

Layarkanlah Indah Dunia Fana
Lihatlah Kasih Tuhan Di Sana
Bila Ia Berganding Bersama
Lafazkan Cinta Paling Setia

Andainya Engkau Kabur Keliru
Kembalilah Pada Asal Usulmu
Bersujudlah Pada Tuhan Yang Satu
Leraikan Kusut Jiwamu Itu

Andainya Engkau Gentar Gelisah
Zaman Kebangkitan Azimat Indah
Perjuangan Yang Tak Mengenal Susah
Itulah Teman Pengubat Resah

Cuma Pesanan Yang Dapat Kuberi
Andai Jasad Ini Tiada Lagi
Cuma Semangat Yang Terus Menanti
Andai Sinar Nyawa Dibawa Pergi
(Oh Dengarlah Suara Seruku Ini
Teruskanlah Tarian Juangmu Itu)


"semangat hambe dengar lagu ni..best


 Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit 
~Hanya Insan Biasa..Tanpa Pinjaman DariNya Siapalah Aku..~

Sunday 8 April 2012

adat orang berjuang

nak cite pasai perjuangan sat.. sebelum tu kena hayati lagu ni dulu
 Seni Berjuang – Nowseeheart



Alun lagu tingkah bersatu
Kulit rebana dipukul sama
Baru tahu adat melayu
Berhibur bersuka sampai ke tua

Bukan mahu lidah bertaki
Tidaklah pula meledang sasa
Terlajak perahu boleh kembali
Terlajak kata rosak binasa


Juang ku berjuang
Lewat bait irama ini
Senang ku kan senang
Tiada perit syurga menanti


Menyusun parang diikat tenang
Galas di bahu tanda sedia
Bukannya juang di medan perang
Hanya berlagu penuh bermakna


Usah diusik tedung yang lena
Dipanah bisa maut menanti
Seruling gemersik pasti terjaga
Segala rencana khusyuk turuti


Juang ku berjuang
Lewat bait irama ini
Senang ku kan senang
Tiada perit syurga menanti

best kan lagu ni, yang tersurat menceritakan yang tersirat..hiihi
Sunnah Orang Berjuang Hijjaz 

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..

Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga.. 


 Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit  
~Hanya Insan Biasa..Tanpa Pinjaman DariNya Siapalah Aku..~

Tuesday 10 January 2012

antara dua...

semangat tengah berkobar-kobar nak sambung pengajian yang pernah terbengkalai dulu..kadang-kadang timbul perasaan menyesal tak habiskan pengajian ditahun akhir dulu..sengaja mencipta alasan untuk mengelak pergi ke Universiti al-Azhar atau ke IAIN Jambi.. ishhhh... buruk jugak padahnya...hihihi.. belajar dulu buat ngabihkan duet aje..PTPTN kena bayar..ijazah xdapat.. hishhh akibat terpaksa tanggung..

betul!! hambe bernasib baik tak pernah merasa hidup tanam anggur, habis belajar terus dapat keje..dan keje lak ditempat yang agak bagus, yang ramai org nak keje kt sini.. mungkin ini balasan yang kerana hambe banyak berkorban untuk family kot..utamakan pendidikan adik-adik, pengajian hambe biar dulu, biar tertangguh kat situ dulu..heheheh...mungkin sebab tu hambe dipermudahkan mendapat kerja..mungkin laaaa..

rasanya belum terlambat untuk hambe menyesal sekarang, sempat lagi nak sambung belajar. tp hambe tak tau macamana nak mulakan langkah pertama nih..nak ke KUIN ke? OUM ke? UKM ke? dah lama tinggalkan alam itu.. rasa macam tak yakin je.. otak ni boleh kembali aktif mcm zaman blaja dulu..hihihi, tambahan lak bila dah berumahtangga ni risau tak sempat nk spent time ngn fmly lak kalau weekend nk kena g kuliah..macamana tuhhh!!! kalau dah dapat bebi nnti lagi la suke memberi alasan..hihihi.. "sibuk la nk uruskan bebi"

tapi akhir-akhir ni hambe rasa sungguh tercabar dengan sahabat-sahabat seangkatan hambe masa muda-muda dulu, diorang ada yang dah nak habiskan master..uishhh hambe ni masih disini, hambe perlu teruskan..tp nak stat kat mana?..

pernah ajak rakan sekerja smbung blaja, tp dia kata, dia lebih suka sambung belajar dalam kemahiran,  "fesyen pakaian lelaki dan wanita"..boleh refresh, topup kemahiran yang dah sedia ada...bleh jugak tambah income..betul jugak tu, hambe pun dulu blajar kemahiran buat loan sampai 10k.. tp bila buat degree habis lupa kemahiran yg blajo tu.. macamana tu..dilemma sudaa... nak blajo yang mana satu nih?? DEGREE or KEMAHIRAN?? ok tak kalau buat dua-dua? masa lak macamana? haiyyaa..mana satu maa, kena istikharah ni mohon petunjuk.. klu hubby dia lebih suka hambe pilih degree..

nanti lah nk fikir dulu... zasssssssssssss


 Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit   
~Hanya Insan Biasa..Tanpa Pinjaman DariNya Siapalah Aku..~

jalan-jalan cari limu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My MaKtaBaH...

Shelfari: Book reviews on your book blog

Senarai Blog Imamah Ikuti