...

blog ini sekadar pengisian biasa-biasa milik hamba yang dicipta yang sentiasa berharap kepada Yang Maha Mencipta

"mohon, sesape yang menjengah kesini, sila tinggalkan jejak anda disini:) time kasih yew atas kejesama kalian"

my nuffy

TeTaMu

اعداد

Pesanan Penaja

Wednesday 16 February 2011

Hati Ibarat cermin

Bandingkan dua buah cermin. Dibuat pada waktu yang sama, ditempatkan di tempat yang sama, bahkan menerima pencahayaan dan suhu udara yang sama. Yang membezakan hanyalah dua orang manusia yang memilikinya.

Yang pertama, malas sekali membersihkannya. Setiap ada setitik debu menempel di cermin, dia biarkan. Bahkan percikan2 yang mengenai cermin pun dia enggan membersihkannya. Dia sama sekali tidak pernah mau sekadar menghapus, atau menggesek cermin kesayangannya itu dengan lap bersih atau air bersih. Segala noda dia biarkan menempel di cermin.

Awalnya percikn tinta itu mungkin hanya setitik, dua titik, lalu tiga titik, hingga selanjutnya mengendap menjadi gumpalan tinta yang sudah mengering di permukaan cermin. Sampai-sampai, si pemiliknya sendiri tidak mungkin bercermin pada cerminnya sendiri. Dia tidak biasa melihat apakah dirinya baik, atau buruk, saat berdiri di depan cermin. Lama-lama, percikan2 tinta itu pun menjadi karat. Dan cermin sudah tidak berfungsi baik lagi. Bahkan, kadang-kadang, karena telah ternodai oleh gumpakan tinta yang mengarat, cermin memantulkan kebaikan menjadi lbih buruk, . Karena sudah mengarat, cermin pun susah untuk dibersihkan...

Yang kedua, merawat cerminnya dengan baik. Setiap ada setitik percikan tinta dn sbagainya, meskipun sedikit, dia langsung membersihkannya. Menggosoknyanya dengan lap dan air yang bersih. Sehingga cermin setiap harinya selalu jernih, mampu memberinya pengetahuan tentang sebaik/seburuk apa dirinya jika berdiri di depan cermin tersebut. Sehingga cermin boleh membuatnya selalu mengoreksi setiap kesalahan dalam penampilannya.

Rajin-rajinlah membersihkan hati kita... Kerana jika tidak, niscaya dosa-dosa itu semakin lama akan semakin menumpuk dan menutupi cahayanya. Yang lebih menakutkan, noda-noda dosa itu boleh membolak balikkan fakta. Yang benar jadi batil, yang batil jadi benar. Naudzubillah...

Setiap hari.. carilah pengampunanNya. Istighfar.bukan hanya di mulut saja. Namun penyesalan terdalam akan semua kekhilafan yang kita lakukan. Setiap dosa adalah bahaya. Meski sepatah kata atau sekelip lirikan mata, itu awal dari noda yang biasa menjadi karat jika tidak cepat-cepat dibersihkan.

Ada pepatah, "Menyesali sebelum melakukan, adalah keberuntungan dan menyesal setelah kejadian, adalah tidak berguna lagi" Intropeksi diri.beristighfar setiap waktu adalah lebih baik daripada terlanjur melakukan kekhilafan. Allah memang Maha penerima taubat, tapi urusan kita adalah untuk selalu menjaga diri dari dosa.


Wallahu a'lam.

perlu ke kaya??kaya itu keperluan ke??


Islam nak kita miskin atau kaya?? biasanya ramai yang menolak perkara kedua. Ada banyak faktor yang menyebabkan ramai di kalangan kita yang takut untuk menjadi kaya. Salah satunya kerana mungkin takut menerima pembalasan seperti Qarun yang kufur atas nikmat hartanya yang banyak.



Saya biasa mendapat email yang dihantar oleh teman2.. tentang kemiskinan, kebuluran, kesusahan masyarakat di seluruh dunia. Biasanya terdapat komen-komen dari pengirim2 sebelumnya (email forward), seperti “Kita kena hidup sederhana, ingatlah orang tempat lain yang menderita”, “Bersyukurlah dengan apa yang kita ada”, “Usahlah kita kejar harta dunia, mereka ni apa pun tak ada” dan sebagainya. Betulkah sepatutnya begitu?

Di dalam Usul ‘Isyrin, (Usul 20) Imam Hassan al-Banna menyebutkan bahawa, dalam prinsip pertama, iaitu kesempurnaan Islam, antara ciri-ciri Islam ialah tsarwah (harta yang banyak), kasb (usaha mencari rezeki) dan ghina’ (kekayaan).

Menurut Iman Hassan, tsarwah tersebut adalah segala benda yang Allah cipta dan tundukkan bagi manusia untuk dimanfaatkan dan dimakmurkan, sekaligus menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah. Ghina adalah kekayaan yang menjadi lawan kepada kemiskinan.

menurut Imam Hassan al-Banna lagi, umat Islam perlu jadi kaya untuk saling bantu-membantu sesama manusia. Di dalam islam, perkara yang bersangkutan dengan usaha dan harta ni terlalu luas dan telah diterangkan satu persatu. Bukan semata-mata jadi kaya bina istana sahaja. Islam dah tetapkan dari bab pencarian harta dan cara untuk menggunakannya. Islam tak suruh cari harta sampai lupa Tuhan, lepas tu makan sorang-sorang.

Namun sifat semulajadi manusia memang cintakan harta, tamak, kedekut, dan sebagainya. Kerana itu diturunkan panduan untuk kita ikut dalam mencari dan menggunakan harta.

Islam menggariskan pengedaran harta yang harus kita semua ikut, supaya harta yang kita cari tak terkumpul dalam simpanan kita (dan kedai-kedai kegemaran kita je). Kerana itu Islam mewajbkan zakat, yang termasuk dalam 5 rukun islam dan menggalakkan infak (sedekah dan sebagainya). Sebab itu umat Islam kena jadi kaya supaya kita dapat mengurangkan asnaf (penerima zakat) dan menjadi golongan pemberi zakat.

Dalam Islam, usaha ada 3 tahap:
 


1. Wajib – untuk memenuhi keperluan diri dan tanggungannya, seperti beri makan, bayar hutang, hantar sekolah dan sebagaunya.
2. Sunat – mencari yang lebih dari keperluan, iaitu sampai dia boleh tolong orang lain, buat kebajikan, etc.
3. Boleh – mencari yang yang lebih dari itu, iaitu harta yang lebih banyak, pangkat yang tinggi, kehidupan yang nikmat tanpa mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, kehormatan diri, dan sebagainya.

Beberapa sabda Rasulullah SAW berkenaan usaha:

“Cukuplah seseorang itu dikatakan berdosa jika dia mengabaikan tanggungannya (membiarkan menderita)” (HR Abu Daud)

“Tiada seorang pun yang lebih baik daripada orang yang makan hasil usaha tangannya sendiri. Sesungguhnya Nabi Daud makan dari hasil penat lelahnya sendiri” (HR Bukhari)

Jadi Islam tu menggalakkan kita berusaha supaya kita dapat keluar dari kepompong kemiskinan, seterusnya dapat membantu orang lain. Dalam surah az-Zukhruf ayat 32 Allah berfirman:

“Apakah mereka yg membahagi-bahagikan rahmat Tuhanmu? Kami telah menentukan di antara mereka penghidupan mereka dengan kehidupan dunia, dan Kami telah meninggikan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain beberapa darjat, agar sebahagian itu dapat menolong sebahagian yang lain. dan rahmat Tuhanmu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan”.

Allah telah menjadikan manusia ni tak sama dalam soal rezeki. ada orang yang hidup dalam keadaan miskin, daif, tak ada makanan.. dan itulah sebenarnya hikmah yang Allah sediakan untuk hamba-hamba-Nya yang lain, supaya dapat berusaha saling menolong golongan tersebut, bukan sama-sama hidup miskin macam mereka.

Oleh itu Islam lebih mengutamakan harta berada di kalangan orang Islam (Islam yang betul lah, bukan Islam celup2 atau ‘nama je Islam’), agar manfaatnya dapat disalurkan ke jalan yang betul, bukan bina kelab malam ke, rumah urut ke, atau pusat2 perjudian ke.

marilah kita sama-sama memperbaharui minda dan azam kita. katakan kepada diri “Aku mesti berusaha lebih gigih agar dapat mengelakkan ahli keluargaku dari kesusahan hidup, dan dapat membantu mereka-mereka ini”, bukan lagi merendahkan pemikiran dan berusaha sedang-sedang saja, orang lain ramai yang miskin dan derita… Syukur itu bukan bermakna kita kena berhenti berusaha atau cukup-cukuplah dengan apa yang ada, tak payah nak cari lebih2 lagi. Malah telah menjadi perbahasan di kalangan ulama sekian lama tentang ‘mana yang lebih baik? sabar dalam kesusahan atau syukur dalam kesenangan?’.Ramai ulama yang mengambil perkara yang kedua.

Kalau kita sama-sama miskin (atau cukup-cukup makan), siapa nak bantu mereka yang lebih miskin/susah?

Dipetik &diubahsuai dari Syarah Usul ‘Isyrin by Abdullah ibn Qaim



ISLAM nak kita kaya.

Jika kita singkap kembali sejarah perjuangan Rasulullah saw, kebanyakkan sahabat yang terlibat adalah terdiri daripada golongan kaya-raya. Dan, kerana kekayaan tersebut lah mereka mampu menginfaqkan harta benda mereka di jalan ALLAH. (kalau x rasanya macam nak start cerita pasal infaq kalau semuanya tak berharta?). Perjuangan bukan sekadar bermodal air liur, tapi perlukan harta dan wang untuk bergerak dan menyusun strategi.

Malah, baginda Rasulullah saw sendiri bukanlah daripada keturunan miskin, baginda adalah cucu kepada pembesar Makkah, di mana kalau nak disamakan dgn zaman skrg, cucu kepada pemimpin negara. Miskinkah? Dan kelahiran baginda sendiri disambut secara besar2an dan meriah .. which is, cuma org kaya je mampu sambut kelahiran cucu macam tu. Berapa ekor unta dikorbankan?

ISLAM adalah agama yang menggalakkan umatnya kaya sebenarnya. Dgn kekayaan kita mampu bersedekah, berzakat, meringankan beban dan derita mereka yg dalam kesusahan. Dgn menjadi kaya, umat ISLAM menaikkan martabat diri mereka sekaligus ISLAM. barulah ISLAM boleh tertegak semula ..

Kepada yg takut nk jd kaya, fikirlah semula.. kita ni sebenarnya terlampau bnyk dimomokkan dgn fahaman songsang agenda orientalis barat. ISLAM kena miskin, ISLAM agama magic dan ISLAM cukup dgn 5 perkara.. pdhal kalau dikaji semula sirah Rasulullah SAW, ISLAM adalah agenda menegakkan agama ALLAH di muka bumi. Bukan pentingkan diri sendiri.

apepun yang kita buat kena seimbang dunia dan akhirat, "bekerjalah seolah2 kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beribadahlah seolah2 kami akan mati esok hari"

“Dan carilah kurniaan Allah untuk kebahagiaan di akhirat di samping itu jangan pula engkau lupa kepada kebahagiaan di dunia.”(Al-Qasas, ayat 77)

untuk akhirnya sbg renungan من أراد الدنيا فعليه بالعلم ومن أراد الآخرة فعليه بالعلم ومن أرادهما فعليه بالعلم

jalan-jalan cari limu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My MaKtaBaH...

Shelfari: Book reviews on your book blog

Senarai Blog Imamah Ikuti