...

blog ini sekadar pengisian biasa-biasa milik hamba yang dicipta yang sentiasa berharap kepada Yang Maha Mencipta

"mohon, sesape yang menjengah kesini, sila tinggalkan jejak anda disini:) time kasih yew atas kejesama kalian"

my nuffy

TeTaMu

اعداد

Pesanan Penaja

Saturday 31 December 2011

apa azam tahun ni...

hurmm... dah masuk tahun baru yew..ape azam tahun baru kalian tahun ni?azam tahun lepas dah tercapai ke?..apa azam hambe ek..hurmmmmmm..lebih setahun hambe menjadi isteri, tapi... hambe belum dikurniakan "dia" lagi.. hati hambe kengkadang agak kesayuan dan ke"jeles"ang yang amat bila mendengar berita dan melihat sahabat handai bakal menanti kehadiran "dia" itu..

rasanya tahun ni hambe nak berazam nak jadi ibu lah.. boleh ke?! teringin nak ada bebi sendiri.. dah terasa jeles sesangat dah duk tengok bebi org..hihihi.

yang sering terlintas difikiran hambe yang dalam penantian ini, andainye hambe tidak punya zuriat, siapakah yang akan mendoakan hambe? bila kenangkan saat itu kesayuan bertambah-tambah.. namun hambe perlu kuat.. dan perlu sedar setiap yang DIA tetapkan, pastinya terkandung pengajaran dan hikmah. Tidak ada satu makhluk pun yang tahu apa yang terbaik untuknya. Hanya DIA yang Maha Mencipta yang tahu apa yang sepatutnya untuk hambaNYA...

Mungkin Allah tangguhkan hambe dari memikul amanah tersebut agar hambe suami isteri dapat mempersiapkan diri untuk menghadapinya dan lebih bersedia untuk mendidik "dia" agar menjadi insan soleh dan solehah.. kerana dalam suasana kehidupan sekarang agak mencabar bagi generasi baru yang tipis didikan agamanya..mungkin jugak DIA nak bagi sepasang terus...sape tau kan, hambe ni kembar, ada potensi nak dapat kembar jgk ni...hihihi ~mode pujuk diri

Untuk menghiburkan hati, hambe sering merenung kisah penantian nabi zakariyya terhadap kelahiran cahaya mata..

رب لا تذرني فردا وأنت خير الوارثين
"Ya Rabbi, jangan biarkan aku sendirian tanpa zuriat keturunan sedangkan Engkau sebaik-baik pemberi warisan "

apa yang perlu hambe buat ialah tak perlu khuatir pada perkara yang tidak diamanahkan kepada hambe, sebaliknya perlu khuatir pada perkara yang telah diamanahkan tapi tidak dapat dilaksanakan dengan baik.. berat jugak tu.. Insafi kelemahan diri yang memangnya serba lemah, yang tidak mungkin mampu menerima ujian yang tidak tertanggung. Sesungguhnya Allah s.w.t tidak akan menguji kita dengan ujian yang tak layak buat kita.. hehehehe, cuba menjadi orang yang tabah.. ~masih dalam mode memujuk diri...ngeeeeeeee

"ya Allah kurniakan kami zuriat soleh/solehah "
رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ
Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh. (As-Safaat: 100)

 Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit 
~Hanya Insan Biasa..Tanpa Pinjaman DariNya Siapalah Aku..~

jalan-jalan cari limu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My MaKtaBaH...

Shelfari: Book reviews on your book blog

Senarai Blog Imamah Ikuti