...

blog ini sekadar pengisian biasa-biasa milik hamba yang dicipta yang sentiasa berharap kepada Yang Maha Mencipta

"mohon, sesape yang menjengah kesini, sila tinggalkan jejak anda disini:) time kasih yew atas kejesama kalian"

my nuffy

TeTaMu

اعداد

Pesanan Penaja

Tuesday 29 March 2011

Rezeki Dari Allah Lagi..Alhamdulillah..:)

Alhamdulillah kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan..dah banyak hari hambe tak buka k-Office 

 klik untuk lebih jelas

sejam yang lepas hambe buka K-Office Alhmdulillah, mata hambe terpegun melihat angka yang terdapat dalam statment income hamba tu, Alhmdulillah bertambah..(dari income hambe yang sebelum ni, pada 22/3/2011)

klik untuk lebih jelas

kesyukuran tidak terhingga..ini lah rezeki dr Allah..hambe hanya membantu ibubapa untuk memantau anak-anak belajar, membantu sahabat2 yang nak duit macam hambe, sahabat-sahabat yang tak de pekerjaan..sahabat-sahabat yang nak duit macam hambe boleh la klik link ni (disini)
moga kita semua bakal mengurangkan asnaf zakat dan menjadi pemberi zakat terbesar, InsyaAllah



Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit

Wednesday 23 March 2011

Gurau Dan Canda Rasulullah SAW

Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta, dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.

Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata,

"Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya.
"Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah SAW.
"Ia tidak mampu", kata perempuan itu.
"Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta".
"Ia tidak mampu".
Para sahabat yang berada di situ berkata,
"bukankah unta itu juga anak unta?"


Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW,

"Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu" .
"Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah SAW.
Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan keheranan, "kenapa kamu ini?".
"Rasulullah memberitahu bahwa dalam matamu putih", kata istrinya menerangkan. "Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya.

 
Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah SAW,
"Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga". "Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua" jawab Rasulullah
Perempuan itu lalu menangis.
Rasulullah menjelaskan, "tidakkah kamu membaca firman Allah ini,

Serta kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka sentiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya".

Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa (yang tidak melampaui batas) tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Na'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.


Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit

Rezeki Dari Allah..Alhamdulillah..:)

Projek Pembangunan Insan..
  • Adakah anda tahu? bila REZEKI DARI TUHAN akan datang kepada anda.
  • Adakah anda tahu? diusia yan mana REZEKI DARI TUHAN akan datang kepada anda.
  •  Adakah anda tahu? bila, doa anda akan dimakbulkan dengan limpahan REZEKI DARI TUHAN.
  •  Adakah anda tahu? REZEKI DARI TUHAN itu, bakal datang dalam pelbagai bentuk, sama  ada anda suka mahupun tidak.
________________________________________________________________________________________________

Rakyat Malaysia dalam merebut peluang...
"orang CINA kata, gua buat dulu..."
"Orang MELAYU kata, awak buat la dulu..."
"orang INDIA kata. ayoyo boleh dapat berapa ribu..."
walau apapun yang kita kata, kita tetap 1 MALAYSIA yang punyai impian dalam kehidupan.
REZEKI DARI ALLAH
..semoga ku insan terpilih...
inilah hasil kerja ku semalam 22/3/2011( 6.00ptg hingga pukul 7 semalam) ALHAMDULILLAH!!
klik untuk lebih jelas

___________________________________________________________________________________________

DIMANA ANDA SEKARANG?

KERJA MAKAN GAJI PANGKAT TAK BESAR TAPI IMPIAN BESAR
"agak-agak, lagi berapa tahun perlu kerja untuk mencapai impian yang besar itu?
Ingat, tenaga itu makin lama makin berkurangan."

KERJA MAKAN GAJI PANGKAT BESAR TAPI IMPIAN MASIH TAK TERCAPAI
"tak frust ke, pangkat besar, gaji banyak, orang sanjung tapi realitinya impian masih tak tercapai."

BELAJAR TINGGI TAPI MASIH TAK KERJA
"tak risau ke, lebih baik belajar tak tinggi, tapi ada kerja dapat bantu mak ayah, daripada masih menyusahkan mak ayah, kesian mak ayah anda."

AKU TAK SUKA DUIT!!!
"Pembohong namanya tu!..Habis, hutang keliling pinggang. kenapa? Bawak-bawaklah berubah masih ada peluang untuk berubah."

______________________________________________________________________________________
BEGINIKAH ANDA SEKARANG??
  • ada WANG tiada MASA untuk yang tersayang?
  • tiada WANG tapi banyak MASA terbuang?
  • tiada WANG tiada MASA!!???
SEPATUTNYA ANDA BEGINI TAU!!

ADA MASA ADA WANG
kalau ingin melihat perubahan
jadikan perubahan yang kita inginkan
tiada manusia yang gagal dalam kehidupan melainkan dia memilih untuk gagal
dan kegagalan yang sebenar ialah kegagalan mencuba

MULA MELANGKAH DI SINI, MUDAH SAHAJA!
commet SEKARANG UNTUK PENERANGAN PERCUMA

'1 MALAYSIA' DIIKUTI < NAMA > < NO IC > < NO. HP > < KAWASAN > 

 Anda tidak akan rugi MENCUBA tetapi 
anda TERAMAT RUGI jika TIDAK MAHU MENCUBA

Seandainya ANDA merasakan kami TIDAK BENAR, kami ucapkan terima kasih kerana kita tiada jodoh untuk bertemu.
Kami YAKIN pada masa akan datang pasti seseorang yang anda kenali akan berkongsi peluang ini dengan ANDA.

kata-kata hikmah ilmuan islam PROF HAMKA "peluang Yang Besar Itu Datang Secara Tiba-tiba.. Datang Tidak Menentu Masa..Datang Ketika Kita Dalam Kesusahan atau Kesempitan...Nilailah Peluang Itu Secara Bijaksana...Rebutlah Peluang Yang Besar Itu Kerana Peluang Yang Besar Itu Boleh Berlalu Secara Tiba-tiba..Jangan Jadikan Seribu Alasan Untuk Menolak Peluang Yang Besar Itu"

Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit

Monday 21 March 2011

Sahabat Ku..

Sahabatku, 
salam persahabatan moga dirindui, seikhlas ingatan setulus memori, sejuta penghargaan hambe ucapkan buat sahabat yang hambe dikasihi dan semoga diredhia Allah selamanya.

Sahabat,
Ikatan persahabatan yang terjalin telah pun meninggalkan kesan dilubuk hati. Segala yang menggembirakan, yang menyedihkan, yang mendukakan kini hanya tinggal sebuah memori yang terpahat kukuh disanubari. Mungkinkah hingga ke saat ini sahaja ukhuwwah yang bertapak sekian lama? Atau ianya akan hilang begitu sahaja? Atau ianya akan dilupakan? Atau ia hanyalah seumpama air yang akan memadamkan api?
Sahabat,
Sesungguhnya ukhuwwah yang terjalin adalah sesuatu yang termaktub.
Mulanya masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain tetapi kini…….
Segalanya telah berubah, saling kenal-mengenali seterusnya menjadi akrab dan intim.

Sahabat ,
Jika takutkan ombak jangan berumah ditepian pantai. Begitu juga, kita, Jika takutkan perpisahan jangan hampiri pertemuan. Inilah hakikat sebuah kehidupan yang sentiasa berputar-putar ibarat roda yang berpusing. Kita harus tabah dan redha dalam menghadapi setiap apa yang telah disuratkan kepada kita kerana hanya Dia sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Dia juga tidak akan membebankan hambanya dengan apa yang tidak terdaya ditanggung oleh kita. segalanya masih dipayungi oleh 1001 kemungkinan. Kemungkinan yang bakal meninggalkan memori di sudut hati kita. 

sahabatku,
berpisah dengan kalian bukan pilihan ku, tapi kita terpaksa berpisah demi meneruskan cita-cita dan impian kita..kita harus mendaki puncak tertinggi hidup kita...kalian tinggalkan diri ini dan diri ini tinggalkan kalian..berjauhan kita tak semestinya melupakan, memori bersama kalian sentiasa segar diingatan, kerinduan pada kalian sering menebal di hati ini..tapi apa daya ku, kita terpasa akur pada ketentuan...
 
Sahabat,

Berdoalah agar sentiasa mendapat keredaanNya dalam ukhwah yang terbina. Moga-moga pertemuan dan perpisahan ini diberkati oleh Illahi didunia dan diakhirat. Kuatkan hati untuk menerimanya, jangan berdukacita. Setiap yang bermula pasti akan ada yang akhirnya. doaku agak kalian sentiasa berada dalam lembayung rahmatnya dan berjaya didunia dan akhirat..diri ini RINDUKAN kalian.

kita tidak akan dapat melupakan kelukaan tetapi pengalaman yang mengajar kita supaya tidak akan berulang untuk kali kedua...

"dalam berhati-hati, ada hati yang disakiti...
dalam berjaga-jaga ada hati yang terluka.."

Sahabat

Biarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang mengetuk emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat...kau sesungguhnya
Temanku...dikala suka dan lara

Tika ku buntu, diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahanku 

untukku mengukir senyuman

Bagaikan embun..hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha Yang Esa

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada rentap kasih

Biarlah waktu menentukan
nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan hingga
Ke titisan darah terakhir

Dan aku masih di sini
terus mendaki..puncak tertinggi hidupku

Dan aku terus menanti
saat yang manis..akan berulang kembali
Sahabat...

 
Album : Devotees
Munsyid : Devotees




~Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit~

Sunday 20 March 2011

Hey Sang Merak!!



lagu febret ni..:)

EGOIS  (Mestica)
 
Katamu apa yang kau impikan,
Segalanya kan pasti jadi kenyataan
Setiap apa yang kau inginkan
Sekelip mata dalam genggaman
Nadamu berbaur keegoan
Katamu kau tak perlukan teman
Walaupun sendirian
Walaupun kesunyian
Kau punya segala kelebihan

Bibirmu ketandusan senyuman
Jeling pandangan hanyalah di ekor mata
Atur langkah penuh keangkuhan
Gerak gaya lambang kemegahan
Kau terlupa apa yang kau ada

Segalanya kurniaan yang Esa
Hanya seorang hamba
Yang diuji imannya
Dengan kenikmatan dunia

Bicara hatimu tentang sepi
Sengaja tak pernah kau akui
Bagaikan sang merak
Yang indah bulunya
Namun tidak mampu
Terbang ke angkasa

"hey sang merak, indah bulunya tidak mampu terbang ke angkasa"

Andai dibiar keegoan
Meratah hati dan perasaan
Usah kau pertikaikan jiwamu
Mengapa tiada rasa ketenangan
Pernahkah terlintas di minda
Ketika kau kesusahan
Siapakah yang kan hadir menjadi pembantu

Bukan ku sengaja
Mencari silapmu
Engkau ku rasakan
Mampu menjadi sandaran
Sedarlah jasa baktimu diperlukan
Curahkan pada insan yang memerlukan

Lagu : Wan Shah (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Lirik : Atie (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
http://liriknasyid.com

"bestkan lagu ni, bila kita hayati lirik dia ni...."

~Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit~

Saturday 19 March 2011

Selamat Ulang tahun kelahiran...Ya Zauji Ya Habibi

Ya zauji ya habibi, Usia terus merangkak…
Ya zauji, alhamdulillah tahun ini merupakan tahun pertama kita menyambut ulangtahun kelahiran abang, hari ini (20/03/2011) genap lima bulan kita bergelar suami isteri.

Doa sayang agar setiap inci hidup abang diredhai Allah. tiap perjalanan hidup abang sentiasa di bawah InayahNya. Umur abang diberkati, peribadi abang berakhlak islami... teruskan perjuangan dalam memartabatkan ekonomi keluarga kita..dan semoga kita akan menjadi pemberi zakat bukan peminta zakat..insyaAllah

Selamat ulang tahun kelahiran bang…
Agar semakin matang, dewasa dan bercita-cita, perjalanan yang baru bermula ini harus di isi dengan ketabahan dan kesabaran, usia yang semakin meningkat seharusnya diiringi dengan peningkatan amalan, agar pinjaman usia tidaklah berlalu sia-sia. Usia yang semakin senja terasa hendak dimanja, tapi bukan dengan kemewahan atau gelaktawa keriangan, sebaliknya dengan ketaqwaan dan kesayuan mengenang birai dosa yang melambai, meresah, berdampingan dengan kemuliaan al-Quran, menyusuri inci pengertian mendidik jiwa dan hati dengan keampunan.

Bersamalah kita bina rumahtangga ini atas tapak iman, tuluskan niat, luruskan matlamat. Ya zauji, kaulah pemimpin menuju ilahi..dan diri ini isterimu, permaisuri hatimu. Diatas tapak iman ini kita dirikan hukum Tuhan, iman itu tujuan, syariat itu jalan, tempat menuju segala permasalahan, tempat mencari segala penyelesaian..ya habibi Ya zauji, patuhilah sunnah Rasulullah saw, didiklah isterimu ini mentaati hukum Allah.

Ya habibi ya zauji, Sebelum dipejam mata membuai lena dengan mimpi, panjatkanlah doa agar tidur abang kali ini tidak kosong kerana keletihan disiangnya. Berzikirlah dan berdoalah agar ada sepertiga malam terisi dan bertambahlah saham pahala yang sedia ada.

Ulang tahun abang kali ini sayang bingkiskan panduan untuk tatapan bersama. Rasulullah saw pernah bersabda kepada kita semua “seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka, manakala isteri adalah pemimpin rumah suami dan anak-anaknya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka” (HR Muslim)

Justeru itu bang, bersama kita menjaga perkara yang wajib kita jaga, kerana melaluinyalah tercapai matlamat perkahwinan kita, sayang akan sedaya upaya menjaga kehormatan diri, harta benda dan rumahtangga kita sebagaimana sabda Baginda kekasihNya. Sayang akan mentaati segala perintah dan akan menghindarkan segala larangan abang selagimana tidak menyalahi syariatNya, sebagaimana yang ditetapkan..kerana setiap ketetapan itu ada janjinya, terpulang kepada diri kita untuk mencari, mentafsir serta menilainya.

Ya zauji Ya habibi, Selangkah kita menghampiri padaNya seribu langkah dia menghampiri kita dengan keampunan, kasih sayang dan perlindungan.

“Ya Allah, kami tahu dosa telah menyelimuti diri, tapi kami tahu kerahmatanMu, Ampunkanlah segala dosa kami andainya jiwa ini tidak bermaya, yang diharapkan hanyalah petunjukMu, iringilah perjalanan usia ini dengan NurMu dan janganlah kau pesongkan hati ini setelah kau berikan hidayahMu” Amin
Semoga kelahiran kali ini lebih bererti bagi insan seperti kita..insyaAllah. sayang sayang abang!!! 



الحب لک وحدک
~Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit~

Monday 14 March 2011

petua untuk bahagia


Apakah petua mudah untuk hidup bahagia itu?

Petuanya ialah, "INGAT 2 Perkara, LUPA 2 Perkara" ;

* INGAT (1)

Ingatlah kebaikan orang kepada kita. Syukur dengan kebaikan yang diterima. Hargai dan ingati selalu.

* LUPA (1)

Lupa-lupakanlah kebaikan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa jua. Jangan diungkit-ungkit. Jangan disebut-sebut.

* INGAT (2)

Ingat-ingatlah keburukan dan kesalahan yang pernah kita lakukan kepada orang lain. Istighfar selalu. Minta maaf pada dia, pohon ampun pada Allah.

* LUPA (2)

Lupa-lupakanlah keburukan dan kesalahan orang lain kepada kita. Walau hati terluka, lupakan sajalah. Maafkan dia.

Kalau dapat amal petua "INGAT 2, LUPA 2; ni, insyaAllah saya jamin, anda akan dapat hidup lebih bahagia. InsyaAllah, sama-samalah kita amalkan. ;)

~Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit ~

Tuesday 8 March 2011

Jadilah dirimu sendiri yang terbaik

Jika tak dapat jadi meranti di puncak bukit,

Jadilah aur dilembah,


tapi jadilah aur yang teranggun disisi bukit.

Jika tak boleh jadi rimbun, jadilah rumput,

Dan hiasilah jalan dimana-mana,

Jika tak dapat jadi haruan, jadilah sepat,

Tapi jadilah sepat yang terlincah didalam paya,

Bukan semua boleh jadi nakhoda,

Lainnya harus mengikut saja,

Pasti ada sesuatu untuk semua,

Kerana ada tugas yang berat,


ada tugas yang ringan,

Antaranya dibuat yang mana lebih berdekatan. 

Jika tak boleh jadi bulan, JADILAH BINTANG, 

Jika tak boleh jadi jagung, JADILAH KELEDEK, 

Bukannya mengikut besar kalah ataupun menang, 

JADILAH DIRIMU SENDIRI YANG TERBAIK...




~Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit~

Monday 7 March 2011

POHON SEMALU………UNTUKMU WANITA

"hari ni org dok sebok-sebok sebut hari wanita sedunia..jadi hambe pun nak kongsi satu kisah berkaitan dengan wanita ni...kisah ni dah lama tersimpan dalam CD hambe..kalau tak silap, hambe burn CD ni masa hambe tahun satu dekat KIAS...tahun 2003..semalam hambe dok selongkar CD-CD lame..terjumpa kisah ni..menarik dan penuh pengajaran kalau kita betul-betul baca dan hayatinya..okess selamat mambaca dan selamat beramal.."



Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda,Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek



 Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.


Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.


Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.



~Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit~

Wednesday 2 March 2011

HULURKAN BANTUAN WALAUPUN KECIL NILAINYA

Daripada Ummu Bujaid RH, beliau berkata : “ Wahai Rasulullah ! Sesungguhnya orang miskin sering datang ke pintu rumahku, tetapi aku tidak mempunyai sesuatu yang boleh diberikan kepadanya. “ Maka Rasulullah SAW bersabda: “ Sekiranya engkau tidak mempunyai sesuatu untuk diberikan kepadanya melainkan kuku yang telah terbakar maka hulurkanlah ketangannya. “ ( Riwayat Abu Daud dan Tirmizi )

Ulasan Hadis :

1.        Rasulullah SAW menggesa agar menghulurkan sedekah dengan apa sahaja benda yang dimiliki, sekalipun  kuku kuda atau seumpamanya. Ia merupakan benda yang paling rendah nilainya. Kebanyakan fakir miskin tidak mahu menerimanya kerana ia tidak bermanfaat meliankan semasa kebuluran, Maka janganlah menolak permintaan orang yang memerlukan dalam keadaan merugikannya. ( Al-Muntaqa syarah Muwatto’)

2.        Kita disarankan agar selalu menghulurkan sedekah tanpa memilih-milih, sesiapa sahaja yang meminta hendaklah kita hulurkan bantuan dan pemberian walaupun sedikit.

3.        Kebiasaanya manusia pada hari ini suka memberi tetapi memilih, mengikut keadaan orang yang meminta, jika kelihatan cukup kita tidak mahu memberi dan jika sebaliknya kita dengan rela hati mahu menyumbang. Sedangkan kita dikehendaki memberi kepada sesiapa sahaja yang meminta tanpa mengecewakannya.

4.        Rasulullah SAW tidak pernah sekali menghampakan hati sesiapa sahaja yang meminta sedekah daripadaNya sekalipun Baginda juga tidak mempunyai apa-apa, sehingga Baginda sanggup berhutang demi tidak mahu menghampakan orang yang meminta.

5.        Amalan sedekah merupakan amalan anak Adam yang tidak akan terputus pahalanya apabila mati. Sedekah yang ikhlas akan diganjari dan sedekah yang dibauri rasa riya’, ujub dan tidak ikhlas tidak akan dinilai walaupun besar nilainya.

6.        Bersedekahlah pada mereka yang memerlukan, lebih-lebih lagi kepada anak-anak yatim, fakir miskin dan orang-orang fisabilillah, dan ringankanlah tangan pada mereka yang memohon bantuan, kerana sesungguhnya harta yang kita miliki adalah hak dan milik mereka jua.

7.        Harta kita adalah milik ALLAH, belanjakanlah kerana hartaNYA yang kita pinjam tidak akan pernah habis jika kita hulurkannya kerana ALLAH dan pada jalanNYA. ALLAH SWT akan melipatkali gandakan setiap satu pemberian yang kita beri. WALLAHU’ALAM

1,086 penjawat awam muflis



PUTRAJAYA - Seramai 1,086 penjawat awam di negara ini diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi pada tahun 2009.
Jumlah itu merupakan 1.46 peratus daripada bilangan keseluruhan 1.27 juta penjawat awam.
Sebanyak 72.74 peratus daripada mereka yang muflis adalah lelaki.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong (gambar) berkata, perkara itu disebabkan mereka dibelenggu hutang yang serius sehingga membawa kepada muflis.

"Ini perlu difahami oleh semua penjawat awam kerana masalah hutang boleh menjejaskan prestasi mereka dan jika prestasi terjejas teruk, tindakan tatatertib boleh diambil," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Taklimat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Taklimat Kebankrapan dan Taklimat Bantuan Guaman kepada ahli Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di Jabatan Perdana Menteri di sini semalam.

sumber: Akhbar Kosmo!

~Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit ~Hanya Insan Biasa..Tanpa Pinjaman DariNya Siapalah Aku..~

Tuesday 1 March 2011

adam...

Adam, Mengertilah..
www.iLuvislam.com


Adam,mengertilah...
Hawa bukanlah insan yg kuat..
bukan juga insan yg bisa menahan nafsu..
tatkala diri diuji, Hawa sering tewas...
tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri..

Adam,mengertilah...
sungguh, Hawa telah cuba melakukan yg terbaik..
agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia...
telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya..
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj..
perfume, make up, perhiasan...
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya..
namun mengapa masih Adam tertarik pd Hawa
yg serba kekurangan ini..

Adam,mengertilah...
Hawa ini berjiwa lembut...
sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta...
Hawa tau permintaan Adam
tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat...
namun, Hawa lemah...
Hawa takut zina hati...

Adam,mengertilah...
setiap kali 'sms' diterima..
Hawa keliru...
ingin sekali Hawa membiarkan sahaja..
tapi Hawa akur tuntutan sahabat...
Hawa tewas...
Hawa reply juga...
mengenangkan Adam adalah sahabat....

Adam,mengertilah...
setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu..
mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat Adam..
memudahkan perjalanan hidup Adam..
jgn disalah tafsir apa yg Hawa berikan..

Adam,mengertilah...
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa..
namun,bukanlah 'couple' yg Hawa pinta...
tp cukuplah sekadar tidak memandang Hawa..
cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa..
jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan..
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya...

Adam,mengertilah...

10 pintu masuk syaitan kuasai hati manusia

KETERBUKAAN manusia mengundang kehadiran syaitan dalam diri ada kaitan dengan sifat mazmumah yang menjadi amalan kehidupan seharian. Melalui pelbagai perbuatan maksiat dalam sedar atau tidak, sebenarnya menyediakan ruang syaitan menapak dalam diri.

Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, individu sanggup melakukan apa juga perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan.
Hati, organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia pada saat itu juga goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana merayap untuk menguasai tunjang dalam badan manusia.

Berlumbalah syaitan untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka sedaya upaya menawan hati itu dan memujuk nurani manusia supaya melanggar segala perintah Allah.

Allah berfirman bermaksud: "Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya." (Surah an-Nisa', ayat 120-121)
Beruntung manusia yang berupaya menangkis godaan syaitan. Menurut ulama, syaitan menguasai tubuh badan manusia melalui 10 pintu:

·  Sifat sombong dan angkuh

Dua sifat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia yang lazimnya mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan.

·  Bakhil dan kedekut
Setiap harta benda dan kemewahan adalah kurniaan Allah yang harus dibelanjakan ke jalan benar. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau sedekah.

·  Takbur dan bongkak

Sifat ini selalu bertapak dalam diri manusia yang berasakan memiliki segala-galanya dalam hidup. Mereka terlupa kesenangan dan kenikmatan dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja.

Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur." (Surah an-Nahl, ayat 23)

·  Sifat khianat

Khianat yang dimaksudkan bukan saja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi perjanjian atau perkongsian yang dibuat.

·  Tidak suka menerima ilmu dan nasihat

Junjungan Rasulullah SAW selalu menasihati sahabat supaya mengelakkan diri daripada menjadi golongan keempat di kalangan manusia yang dibenci Allah iaitu tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

·  Hasad dengki

Sifat ini selalu diikuti rasa benci dan dendam berpanjangan. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Hindari kamu sifat hasad kerana ia memakan amalan kamu seperti api memakan kayu kering." (Hadis riwayat Bukhori dan Muslim)

·  Meremehkan orang lain

Sifat ego manusia selalu lahir apabila individu berasa dirinya sempurna berbanding orang lain yang dilihat terlalu kecil dan kerdil dengan apa dia miliki.

Abu Umamah pernah meriwayatkan Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang berilmu dan imam yang adil." (Hadis riwayat Muslim)

·  Sifat ujub atau bangga diri

Menurut Imam Ahmad, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Jangan kamu bersenang-lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah bukan orang yang bersenang-senang saja." (Hadis riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

·  Suka berangan-angan

Islam anti-kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha mencapai kecemerlangan dalam hidup dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.

·  Buruk sangka

Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidik amat dicela Islam. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang sudah rosak dirinya." (Hadis riwayat Muslim)
Suburkan diri dengan iman sebagai perisai tangkis godaan lakukan maksiat..Berjuangla h melawan syaitan!!

~Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit~
~Hanya Insan Biasa..Tanpa Pinjaman DariNya Siapalah Aku..~

PAKU DI DINDING HATIMU

kisah ni dh lama tersimpan dalam folder PC ..hari ni saya nak kongsi ngn sume..sama2 kita ambik pengajaran dari kisah ini yep..



Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.
Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu
” jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.  Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata 

“Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.” 
SAHABAT adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita. 

moral of de stori..aku tak mo marah-marah daa ;)

Mampukah aku menjadi seperti "Mereka"??

Ya ALLAH..
Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah? Agung cintanya kepada ALLAH dan Rasulullah? Hartanya diperjuangkan kejalan Fisabilillah, Penawar hati kekasih ALLAH, Susah dan senang rela bersama. Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aisyah? Isteri Rasulullah yang bijak, Pendorong di kesusahan dan penderitaan, Tiada sukar untuk dilaksanakan. Mengalir airmataku tatkala melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah, akur dalam setiap perintah, taat dengan Ayahandanya yang sentiasa berjuang, Tiada memiliki harta dunia, Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga.


Ketika aku dilanda amarah, Ingin sekali aku intip serpihan sabar, Dari catatan hidup Siti Sarah. Tabahkah jiwaku setabah ummi Nabi Ismail? Mengendong bayinya yang masih merah, Mencari air penghilang dahaga dipanas terik mentari. Ditinggal suami akur tanpa bantah, Pengharapannya hanya pada ALLAH, Itulah wanita bernama Siti Hajar. Mampukah aku menjadi wanita Solehah?? Mati dalam keunggulan iman?  Bersinar harum tersebar, Bagai wanginya pusara Mashitah?? 

~Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit~

jalan-jalan cari limu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My MaKtaBaH...

Shelfari: Book reviews on your book blog

Senarai Blog Imamah Ikuti