...

blog ini sekadar pengisian biasa-biasa milik hamba yang dicipta yang sentiasa berharap kepada Yang Maha Mencipta

"mohon, sesape yang menjengah kesini, sila tinggalkan jejak anda disini:) time kasih yew atas kejesama kalian"

my nuffy

TeTaMu

اعداد

Pesanan Penaja

Tuesday 20 September 2011

Carilah Yang Solehah..

petang ni sampai 30 sept hambe ada kursus induksi..so sebelum hambe menghilang..hambe nak berpesan-pesan pada diri hambe dan semua insan kesayangan hambe.. sesama kita renung-renungkan


Jika wanita solehah dan beragama = 1

Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10

Jika dia kaya; tambah lagi 0 = 100
...
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000

Tetapi jika yang "1" tiada, maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0".

Wanita solehah tidak pernah membisikkan rasa sayu, tidak pernah rasa keresahan jika tidak pernah didambakan oleh mana-mana lelaki. Tetapi hanya mendambakan cinta Ilahi yang diutamakan. Keindahan rupa paras yang mempersona tidak pernah terhakis dengan hasutan Syaitan. Keaiban diri sendiri tidak digayakan. Keindahan susuk tubuhnya ditutupi mengikut syariat, keindahan itu dijaga.

Wanita solehah itu tidak pernah menghiraukan akan balasan atas segala kebaikan yang diberikannya, tetapi keikhlasan di hati itu yang dijaga. Keikhlasan di hati yang tidak ada sesiapa yang dapat dijangka, kerana tiada siapa tahu apa ada di hati kecuali Ilahi. Erti hidupnya hanya pada memberi. Suka berada di bawah, kerana yang di bawah hanya perlu meminta, meminta pertolongan Ilahi.



*di kopi pes dr Wall sahabat FB...renung-renungkan..selamat BERAMAL

Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit 
~Hanya Insan Biasa..Tanpa Pinjaman DariNya Siapalah Aku..~

Wednesday 14 September 2011

Andai dapat Ku undurkan putaran dunia

hari ni terasa nak dgr lagu ni je..


Andai Dapat Ku Undurkan Masa (AXL's)

Dalam usikku merajuk seketika
Laluku pergi meninggalkan dirimu
Tanpa ku duga
Lilin menjadi bara
Gurauanku jadi dilema prasangka

Kau menyangka aku pergi kerna dia
Yang tak pernah wujud dalam alam cinta
Belum sempat ku jernihkan suasana
Engkau pula yang hilang
Entah ke mana

Puas sudah ku mencari
Ku tinggalkan pesan
Ku kirimkan berita
Agar dapatku temui dirimu
Umpama sebutir permata yang sirna

Andai dapat
Ku undurkan putaran dunia
Inginku ubah semula kata
Dan tingkahlakuku yang salah
Agar kita dapat seiring
Di mercu asmara

Tak ingin lagi
Dan tak mahu lagi berpisah
Bukan dengan kerelaan hati
Penyesalan yang tiada kesudahan
Ku tersepit dalam jerat sendiri


Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit 
~Hanya Insan Biasa..Tanpa Pinjaman DariNya Siapalah Aku..~

Tuesday 6 September 2011

Eti Sebuah Pengorbanan

bercakap tentang sebuah pengobanan..bukan mudah untuk berkorban. sebuah pengorbanan itu bukanlah mengharapkan balasan..cuma alangkah indahnya jika pengorbanan itu di sertakan dengan secebis ingatan, baru rasa berbaloi susah payah berkorban..bukan balasan yang diharapkan tapi cukup sahaja dgn setitis penghargaan..agar org yg telah susah payah berkorban terasa berbaloi dgn pengorbanan yang dibuat..walau sekadar ucapan "terima kasih"..mungkin itu sudah memadai..

tapi yang menyedihkan..pengorbanan itu dibalas dgn sebuah penghinaan, perbandingan, kritikan dan kadang kala rejection.. owh hati yang berkorban..tabahlah kamu menghadapi cubaan itu..

bila itu yang terjadi hati si yang berkorban mula berbelah bagi..pengorbanan yang asalnya ikhlas mula bercampur baur.."Dengan NamaMU Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..Ya Allah ikhlaskan hatiku untuk meneruskan niat ku" kesian sungguh pada dia yang telah berkorban..hidup dalam keperitan, kesusahan..rela demi kesenangan orang lain.. tapi berbaloikah bila segala pengorbanan dia langsung tidak dihargai??? perlukah dia terus memikirkan kepentingan orang lain sehingga diri sendiri hidup melarat??..mungkin sudah tiba masanya untuk dia pentingkan diri..

kate hambe: kesian sungguh dekat dia kan?! adakah org lain yang sanggup berkorban seperti dia?? rela melihat org lain senang sedangkan dia kesusahan.. dan saat dia dalam kesusahan ini adakah org yang dia pernah berkorban sedia berada disisi menghulurkan tangan memberi bantuan?? kejamkan?! wahai insan yang banyak berkorban..cukup2 lah anda berkorban..jangan anda menzalimi diri anda sendiri..fikirkan diri lg penting dari fikirkan org yang tak menghargai pengorbanan mu..

*entry ini ditulis selepas berbual dgn beberapa sahabat berkenaan dgn pengorbanan mereka yang tidak dihargai..kesiannnn

Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit 
~Hanya Insan Biasa..Tanpa Pinjaman DariNya Siapalah Aku..~

jalan-jalan cari limu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My MaKtaBaH...

Shelfari: Book reviews on your book blog

Senarai Blog Imamah Ikuti