...

blog ini sekadar pengisian biasa-biasa milik hamba yang dicipta yang sentiasa berharap kepada Yang Maha Mencipta

"mohon, sesape yang menjengah kesini, sila tinggalkan jejak anda disini:) time kasih yew atas kejesama kalian"

my nuffy

TeTaMu

اعداد

Pesanan Penaja

Wednesday 30 December 2009

Selamat Tinggal 2009, Selamat Datang 2010

jika hari ini hari terakhir bagi tahun 2009,
pernahkah kita menghitung amal kebaikan dan keburukan kita?
Andai ajal menziarahi kita esok hari,
sudahkah kita bersedia untuk itu?!
sudahkah kita...???!!!

Monday 28 December 2009

Doa Khusus Untuk Elak 'Dirogol' (Hafal dan Sebarkan)

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Fikirkanlah.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

12 Ramadhan 1428 H

24 September 2008

P/S ; DIBENARKAN SEMUA PIHAK UNTUK MENGEDARKAN TULISAN INI. SAYA MEMBERIKAN KEIZINAN MALAH GALAKKAN.

SUMBER: (http://www.rakanmasjid.com)

Wednesday 16 December 2009

Sanad Jadid..




DOA AKHIR TAHUN


Dengan nama Allah yang Amat Pemurah lagi Amat Penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekelian alam. Selawat dan salam ke atas penghulu sekelian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekelian.


Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan DiKau wahai Tuhan yang Mulia yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia.


Wahai Tuhan kami, telah kami lakukan kezaliman ke atas diri-diri kami dan sekiranya Engkau tidak mengampunkan kami dan mengasihani akan kami nescaya jadilah kami daripada golongan orang-orang yang rugi. Wahai Tuhan kami berikan kami kebaikan di dunia ini dan juga kebaikan di akhirat nanti, serta peliharakan kami akan azab api neraka.





DOA AWAL TAHUN


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian itu bagi Allah pentadbir sekelian alam. Selawat dan salam ke atas semulia-mulia Nabi dan Rasul iaitu penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas keluarganya dan para sahabatnya sekelian.


Ya Allah, Engkaulah yang Kekal, Qadim lagi Azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan Kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau.


Ya Allah, Tuhan yang mengubah segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi Maha Tinggi. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada azab neraka.



Satu Muharam


1 Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah


Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta


Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan


Oleh itu, mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman…!!

Wednesday 2 December 2009

Jangan Bosan Berdoa Kepada Allah SWT

1. Kita selaku hamba Allah hendaklah berdoa dan memohon kepadaNya,sebab ini adalah petanda bahawa kita adalah makhlukNya yang tidak melepaskan diri daripadaNya. Barang siapa yang tidak berdoa kepada Allah, dia tergolong orang-orang yang sombong. Firman Allah di dalam Al-Quran, surah Al-Mukmin ;ayat 60 bermaksud:

" Dan Tuhan kamu berfirman : berdoalah kepada ku, nanti Ku perkenankan (permintaan) kamu itu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan dirinya dari menyembahKu, akan masuk neraka jahanam dengan kehinaan."

Kita harus berdoa kepada Allah dan Allah akan meperkenankan doa kita. Kita boleh memohon sesuatu kepadaNya, tetapi Tuhanlah yang berhak menentukan pada apa yang kita pilih. Sebab kita tidak mengetahui apakah sesuatu yang kita pohon itu, adakah baik disisi Allah atau tidak.

Kita boleh berdoa agar permintaan kita itu diperkenankan Allah pada waktu yang kita tentukan, tetapi Allah lah yang berhak dan berkuasa untuk memperkenankan doa kita itu diwaktu yang dikehendaki oleh Allah, bukan pada waktu yang kita kehendaki. Kenapa ini berlaku? Kerana kita tidak mengetahui adakah doa kita itu baik disisi Allah atau tidak. Mungkin menurut pendapat kita doa itu baik, tetapi menurut Allah ada yang lebih baik lagi, atau yang doa tadi tidak baik sama sekali kepada kita. Demikian sebaliknya, menurut kita doa itu itu tidak baik, tetapi Allah menganggapnya baik. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 216:

"....Dan boleh jadi kamu kurang menyukai sesuatu sedangkan ia amat baik untukmu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Tuhan mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

Yang dikatakan doa kita mustajab apabilanTuhan memperkenankan doa kita itu dengan RidhaNya dan pilihanNya, bukan pilihan kita dan pada waktu yang Ia kehendaki, bukan pada waktu yang kita kehendaki.

Keadaan ini serupa dengan amal ibadah yang kita lakukan, kebagusan ibadah kita dilihat diakhir hayat kita samada mati dalam husnul khatimah atau suul khatimah. Dan kita berlindung kepada Allah dari doa yang mengakibatkan keburukan di akhir hayat kita.

Tuesday 24 November 2009

PeRuBaHaN MoOd KeRJa...veRy CuTe


Wajah-wajah anda ketika datang kerja / semasa kuliah setiap hari


Ahad




Isnin




Selasa




Rabu




Khamis



Last one paling best....
.....
.....
.....
Jumaat & Sabtu






Monday 23 November 2009

Salam Aidil Adha

Tazkirah Aidiladha:
Salam Eidul Adha



Hadis Jundab bin Sufian r.a katanya:
"Aku pernah menyaksikan sembelihan korban sewaktu bersama Rasulullah s.a.w sebelum mendirikan sembahyang dan apabila selesai sembahyang dengan memberi salam, baginda mendapati daging korban telah disembelih sebelum selesai mendirikan sembahyang. Baginda bersabda: Sesiapa yang telah menyembelih korbannya sebelum dia mendirikan sembahyang atau kami sembahyang, dia hendaklah menyembelih yang lain sebagai gantinya. Manakala sesiapa yang belum melakukan sembelihan, dia hendaklah menyembelih dengan menyebut nama Allah."


HADIS RIWAYAT MUSLIM

Sunday 15 November 2009

KEM KECEMERLANGAN PELAJAR MUSLIM 2005

KEM KECEMERLANGAN PELAJAR MUSLIM 2005
(KPM`05)

Anjuran Bersama:

Alumni SMU(A)Al-Ihsan
&
Alumni Maahad Ahmadi Tanah Merah


Dengan kerjasama:

Badan Dakwah SMU(A) Al-Ihsan Tanah Merah(BALKIS)


Tarikh:

30 jun-2 Julai 2005M bersamaan
23-25 Jamadil Awal 1426H (Khamis hingga Sabtu)

Tempat:

SMU(A)Al-Ihsan,Jalan Pondok Lama,
17500 Tanah Merah Kelantan


Nama peserta:

_____________________


sekolah:

______________________


"Bina Keyakinan Runtuhkan Ketakutan"



اسماء الحسنى

نســـئلك يا من هو الله الذي لا اله الا هو الرحمن الرحيم الملك القدوس السلام المؤمن المهيمن العزيزالجبار المتكبر الخالق البارئ المصور الغفار القهار الوهاب الرزاق الفتاح العليم القابض الباسط الخافض الرافع المعز المذل السميع البصير الحكيم العدل اللطيف الخبير الحليم العظيم الغفور الشكور العلي الكبير الحفيظ المقيت الحسيب الجليل الكريم الرقيب المجيب الواسع الحكيم الودود المجيد الباعث الشهيد الحق الوكيل القوى المتين الولي الحميد المحصى المبدئ المعيد المحى المميت الحى القيوم الواجد الملجد الواحد الصمد القادر المقتدر المقدم المؤخر الاول الاخر الظاهر الباطن الولي المتعال البر التواب المنتقم العفو الرؤف مالك الملك ذوالجلال والاكرام المقسط الجامع الغنى المغنى الملنع الضار النافع النور الهادي البديع الباقي الوارث الرشيد الصبور الذي ليس كمثله شيء وهو السميع البصير اللهم صل افضل الصلاة علي اسعد مخلوقاتك سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم عدد معلوماتك ومداد كلماتك كلما ذكرك الذاكرون وغفل عن ذكره الغافلون.


LAGU TEMA

BERSATU KE MEDAN JIHAD

Marilah teman kita bersatu,
Mara bersama ke medan jihad,
Menyahut seruan tuhan yang esa,
Pergi bersama laungkan takbir

Marilah kita bergandingan bahu,
Bersatu teguh mara bersama,
Usahlah dikau terus terleka,
ALLAH pasti bersama dengan kita,

Janganlah takut, janganlah gentar,
Tehadap musuh-musuh ALLAH,
Tegakkan kema’rufan runtuhkan kemungkaran,
Bersama laungkan takbir

Robohkan rangkaian penindasan,
Tegakkan Islam agama tercinta,
Bersama kita bentukkan ukhwah,
Syahid matlamat kita yang utama.



TANZIM PELAKSANA


Penaung:

Ustaz Wan Ahmad Zamri Bin Wan Yusoff

Penasihat

Ustaz Shaharuddin Bin Salleh
Ustazah Saniah Binti Zakaria

Pengarah

Al-Akh Ahmad Salji Bin Abdul Manaf

Tim. Pengarah 1

Al-Akh Ahmad Tarmizi Bin Ariffin

Tim.Pengarah 2

Al-ukht Azilawatifatma Binti Muhamad

Setiausaha

Al-Ukht Amamah Binti Abdullah @ Abas

Timb.Setiausaha

Al-Ukht Rosliza Binti Che Musa

Bendahari

Al-Ukht Saripah Binti Sulaiman

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Eksekutif pengisian dan kerohanian

Ketua : Al-Akh Ahmad Tarmizi B Ariffin
Tim : Al-Ukht Noor Fatihah Bt Mohd Zain
Ajk : Al-Ukht siti hajar bt Setapa
: Al-Ukht Siti Aishah Bt Adam

Eksekutif Disiplin Dan Kerohanian

Ketua : Al-Akh Salji b Abdul Manaf
Tim : Al-Ukht Tengku Nazirah Bt Tengku Mat
Ajk : Al-Akh tarmizi b
: Al-ukht Zawani Bt Zakaria

Eksekutif Persegaran

Ketua : Al-Akh Masmawardi b Che Musa
Tim : Al-Ukht Natrah Bt Shaari
Ajk : Al-Ukht Siti Zuriana Bt Yusoff
: Al-Ukht Rohani Bt Ilyas

Eksekutif Persiapan Dan Teknikal

Ketua : Al-Akh Azmi Bin Mohamad
Tim : Al-ukht Amamah Bt Abdullah@Abas
Ajk : Al-ukht Noor Faddilah Bt Mohd Zain
: Al-Ukht Mas Ayu Bt Abdullah

Eksekutif Perhubungan Luar

Ketua : Al-Akh Wan Fauzi B Wan Mohamad
Tim : Al-Ukht Siti Sara Bt kamarudin
Ajk : Al-Akh Mohd Jasri Bin Othman
: Al-Ukht natrah Bt Mohd Zain

Eksekutif Protokol Dan Cenderahati

Ketua : Syahrul Azlan B Abdul Aziz
Tim : Al-Ukht Rosmariani Bt Shaari@Mohamad
Ajk : Al-Ukht Norazliza Bt kamaruzzaman
: Al-Ukht Nurul Jihad Bt Ibrahim


WARTA DISIPLIN KEM KECEMERLANGAN PELAJAR MUSLIM 2005
(KPM 05)


1. Semua peserta diwajibkan berdisiplin sepanjang program berjalan.

2. Di kehendaki mengikut semua arahan yang ditetapkan.

3. Hendaklah mendengar setiap arahan dari urusetia.

4. Di wajibkan solat berjamaah di Musolla

5. semua peserta dikehendaki menepati masa yang telah ditetapkan dalam tentatif yang diberikan.
i. Bersedia 5 minit lebih awal untuk setiap program yang akan dijalankan.
ii. Menepati setiap waktu solat lima waktu.

6. cara pemakaian bagi setiap peserta hendaklah sentiasa sopan dan menutup aurat.
Untuk peserta muslimat mestilah seperti berikut:
i. memakai baju kurung bagi setiap program yang dijalankan
ii. bertudung labuh
iii. wajib memakai stoking/sarung kaki.

Untuk peserta muslimin hendaklah seperti berikut:
i. berpakaian sopan dan menutup aurat serta bersesuaian dengan program
ii. berkopiah.

7. semua peserta hendaklah berakhlak semasa program.
Di dalam dewan:
i. mestilah menumpukan semua perhatian sepenuhnya kepada penceramah
ii. sentiasa menjaga kebersihan semasa di dalam dewan.
iii. Dilarang tidur atau berbual sewaktu berada di dewan atau ceramah berjalan.

8. peraturan umum bagi setiap peserta:
i. Telefon bimbit dan barang elektronik hendaklah diserahkan kepada urusetia program
ii. Merokok adalah dilarang sama sekali sepanjang program berjalan.
iii. Kad mana mesti dipakai sepanjang masa program
iv. Sebarang masalah atau kesulitan yang timbul hendaklah diusuli kepada pihak urusetia serta mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan.
v. Di larang membuang masa
vi. Qiamullail diwajibkan
vii. Sampaikan salam apabila berjumpa sesame peserta atau urusetia
viii. Beradam dengan urusetia atau sesame peserta
ix. Makan dalam kumpulan yang ditetapkan.
x. Pastikan fail dan isinya dibawa bersama semasa program berjalan.
xi. Tidur pada waktu yang ditetapkan
xii. Dilarang mengambil kesempatan.
xiii. Peserta hendaklah menjaga adab-adab di dalam program
xiv. Menjaga batas-batas pergaulan antara muslimin dan muslimat.
xv. Peserta tidak dibenarkan keluar dari kawasan tapak program kecuali telah mendapat keizinan dari KD disiplin.
xvi. Tidak dibenarkan menceroboh kawasan larangan.


TENTATIF PROGRAM

TARIKH 28 JULAI 05 ( KHAMIS )
5.00 ptg : pendaftaran
6.00 : taklimat program
6.15 : takruf urusetia
6.30 : pembahagian kumpulan
6.45 : makan malam
7.00 mlm : siap siaga
7.20 : solat maghrib berjamaah
: Solat hajat
- kuliah maghrib:‘batasan-batasan ikhtila’ dikalangan pelajar’
- oleh: Al-Fadhil Ustaz Hj Abdullah
8.40 : solat isya’ berjamaah
9.00 : Ceramah 1 “pelajar berakhlak penjana generasi hadapan”
- Oleh: Al-Fadhilah Ustazah Siti Zailah Bt Yusoff
10.30 : LDK 1
11.15 : Cicipan
11.30 : Slot Disiplin
11.45 : ibadah sunyi

TARIKH 29 JULAI 05 (JUMAAT)
4.30 pg : qiamullail
- zikir munajat
5.44 : siolat subuh berjamaah
- kuliah subuh “fadhilat menuntut ilmu Allah dan kesannya”
- oleh : Al-Akh Ahmad Salji Bin Abdul manaf
7.00 : riadhah
7.30 : Futhur
- solat dhuha
8.15 : majlis perasmian pembukaan program
- oleh : Al-Fadhil Ustaz Wan Zamri B Wan Yusoff
( Pengetua SMU(A) Al-Ihsan)
9.15 : taklimat program
9.30 : Ceramah 2 “ hakikat man ana”
- oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Fadhli Bin Shaari
11.00 : cicipan
11.15 : LDK 2
12.00 tgh : Tayangan Ilmu
12.45 : Makan Tengahari
- siap siaga utk solat jumaat(muslimin)
1.15 : Solat jumaat(muslimin)
2.00 ptg : seminar “bagaimana untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang”
- oleh : Cikgu Wan Yusoff bin Wan mustaffa
3.30 : cicipan
3.45 : LDK 3
4.30 : solat asar berjamaah
- bacaan mathurat
5.00 : exsplorasi
6.40 : makan malam
- siap siaga
7.20 mlm : solat maghrib berjamaah
- kuliah maghrib : “ciri-ciri pelajar yang membawa kearah generasi
Ulama’ A’milin.
8.40 : solat isya’ berjamaah
9.0 : Forum : “Cinta dibangku sekolah, sejauhmana keberkesanannya”
- Ahli panel: Al-Akh Hanafi Bin Zulkapli
Al-Akh Wan hadiyuddin B wan Mahmud
Al-Ukht Wan Balqis Bt Wan Ibrahim
- MC Al-Akh Che Rahim Bin Omar
11.00 : cicipan
11.15 : Muhasabah Diri
12.00 : Ibadah sufi


TARIKH 30 JULAI 05 (SABTU)

4.30 pg : Qiamullail
- zikir munajat
5.44 : solat subuh berjamaah
- tilawah al-quran
- bacaan mathurat
7.00 : riadhah
7.30 : A’mal khair (gotong royong)
7.45 : sarapan pagi
8.00 : slot khas
8.15 : ceramah motivasi
“bina keyakinan dan runtuhkan ketakutan untuk cemerlang”
- oleh: Al-Fadhil Dr Johari Bin Mat
9.45 : resolusi
10.15 : majlis perasmian penutup program
- oleh: YB Abdul Fattah Bin Mahmod
(Adun Bukit Panau)
11.30 : Lambaian wada’
12.00 tgh : Bersurai


“kebebasan manusia adalah terbatas laksana kebebasan layang-layang ditangan tuannya, boleh terbang meninggi, boleh berpusing-pusing dengan megahnya, tapi ingat!!! Bila-bila masa boleh disentap turun oleh tuannya…

“kemudaan akan hilang, kecantikan akan pudar kekuatan akan lemah, tua akan datang kematian akan meragut tiba, jadi mengapa mesti lupakan tuhan??
Secebis peringatan dari badan pelakasana KPM'05


Ingat dan renungkanlah wahai ikhwah/akhawat ku!!!

KITA SEBENARNYA

KITA SEBENARNYA…
Lebih gembira menyambut 1 januari daripada 1 muharram
KITA SEBENARNYA…
Lebih tahu 14 februari daripada 12 rabiulawal
KITA SEBENARNYA….
Lebih membesarkan hari sabtu dan ahad daripada hari jumaat
KITA SEBENARNYA….
Lebih khusyu’ mendengar lagu daripada azan
Lebih sukamenyebut hello daripada asssalamualaikum
KITA SEBENARNYA…
Lebih suka marah, mengumpat daripada memuji
KITA SEBENRANYA….
Lebih suka mencarut daripada menyebut masya Allah
KITA SEBENARNYA….
Lebih bangga dengan kejahilan dari bersyukur dengan keimanan. Tapi apabila orang bertanya arah tuju pastinya kita menjawab ke syurga…
TAPI …
Layakkah kita dengan syurga Allah itu???


Untuk Renungan Bersama

"Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dan ia dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan ganjaran yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan" (Surah An Nahl ayat 97)

Sesungguhnya ingatlah bahawa agama Islam kita telah sempurna. Tiada yang boleh menandingi atau melebihi ajaran Rasulullah Sallallahu"Alaihi Wassallam. Seperti yang telah dinyatakan dalam Al Quran: "Pada hari ini, Aku sempurnakan untukmu agamamu dan Aku cukupkan atasmu nikmat-Ku serta Aku redha bagimu Islam sebagai agama" (Surah Al Maaidah ayat 3). Sahabat, DaripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali. Selagi hidup berusahalah untuk bersama-sama mencari keredhaan dengan mensucikan 'Aqidah dan menjauhi bid'aah.

Moga segala amal kita menurut 3 syarat:
1.Ikhlas
2.Mengikutsyari'at
3.Ittiba'

KENAPA NAFSU DEGIL?

"Dalam kitab karangan Usman b Hasan b Ahmad ada menceritakan Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud, "Wahai akal! mengadaplah engkau. Aku ingin tahu darimu, siapakah Aku ini dan siapa pula engkau?" Lalu akal pun menjawab... "Engkau adalah Tuhan yang menjadikanku dan aku adalah hambaMu yang lemah." Setelah itu Allah memanggil nafsu pula datang mengadap, tetapi nafsu hanya mendiamkan diri. Begitulah sehingga tiga kali ianya dipanggil barulah ia datang mengadap.
Allah berfirman padanya, "Siapakah engkau dan siapakah Aku?" Jawab nafsu, "Engkau adalah Engkau dan aku adalah aku." Allah lalu menyeksanya dalam neraka jahim selama 100 tahun kemudian mengeluarkannya semula untuk disoal. Allah menyoal lagi, "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Jawab nafsu, "Aku adalah aku, Engkau adalah Engkau." Allah lalu memasukkannya ke dalam neraka juu' pula selama 100 tahun, kemudian mengeluarkannya untuk disoal.
Kali ini barulah nafsu mengaku hakikat dirinya, katanya, "Aku adalah hambaMu yang lemah dan Engkau adalah Tuhanku yang Maha Kaya." Dalam kitab yang sama juga ada diterangkan dengan sebab itulah Allah telah mewajibkan puasa bagi mengekang nafsu yang jahat.
Artikel ini dipetik dari Diari Islamiah 1417-1418. Mudah-mudahan dapat dijadikan renungan kita semua.


BALASAN MENINGGALKAN SOLAT

"Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu di di dunia dulu? "Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam." Kisah di atas pernah saya postkan dalam Kisah Teladan 111: JENAZAH BERUBAH MENJADI BABI HUTAN. Telitilah pula kisah berikut yang juga ada kaitan dengan solat.
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"
 Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
 Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
 Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya."

HIKMAH JARI JEMARI

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan disebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.
Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah : melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja.Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira…pada ketika ini.
Alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda?? Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah.
Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak hantu-hantu pengacau yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan. Kita beralih kepada jari telunjuk, Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini.
Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat. Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara.
Bak kata orang Jawa cap jempol atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata atau sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda. Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Di manakah anda sekarang???
Dari kalamsufi84@yahoo.com


MOTIVASI DIRI

Pelajar Cemerlang :

Pelajar cemerlang merupakan pelajar yang sangat berjaya di dalam segala aspek penilaian yang disertainya. Ianya merupakan pelajar yang terkemuka dan sangat pandai serta bijak. He is an excellent, very good, very bright, very clever, very upstanding and exceptionally good student. Pendek kata ianya seorang pelajar yang paling istemewa.
Seorang pelajar yang cemerlang biasanya:
- dia rajin melaksanakan amal ibadat
- yang bertanggungjawab dan berdisiplin
- yang berusaha dan rajin belajar
- yang aktif dalam semua kegiatan yang berfaedah
- yang berjaya mencapai hasrat dan cita-citanya

Yang nyata dan jelas mereka ini :
- cemerlang dalam peperiksaan bagi setiap mata pelajaran
- cemerlang dalam setiap kegiatan ko- kurikulum
- cemerlang dalam menyempurnakan amal ibadah kepada Allah
- cemerlang dalam pergaulan dan perhubungan
- cemerlang dalam menabur bakti kepada ibu bapa dan masyarakat
- cemerlang dalam aspek budi pekerti dan disiplin
- cemerlang dalam memilih kursus untuk ke menara gading


PELAJAR BERWAWASAN

Pelajar berwawasan ialah pelajar yang mempunyai cita-cita dan bermatlamat, mereka ini mempunyai vision dan sentiasa berperancangan serta mempunyai hasrat dan pengharapan di samping sanggup korbankan apa sahaja demi kejayaannya. Mereka ini merupakan pelajar yang sedar dan insaf tentang keadaan, kedudukan serta mengenali diri sendiri masing-masing. Di samping itu, mereka juga menaruh penuh keyakinan terhadap masa depan yang gemilang selain dari berpandangan yang jauh dan mempunyai kematangan diri.
Setiap pelajar cemerlang, biasanya mempunyai :
- wawasan untuk menuju dan mencapai kecemerlangan hidup
- wawasan untuk sampai kemenara gading dan berjaya secepat yang boleh
- wawasan untuk mengejar cita-cita dan impian masa yang gemialng
- wawasan untuk berjawatan tinggi dan bergaji lumayan
- wawasan untuk membuktikan kemampuan dan kebolehan diri sendiri
- wawasan untuk membuat sesuatu yang disanjung dan dihormati ramai.

TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH JAYA DIRI

Tanggungjawab dan amanah kepada Allah
Tanggungjawab dan amanah kepada diri sendiri
Tanggungjawab dan amanah kepada ibu bapa dan keluarga
Tanggungjawab kepada sekolah dan guru-guru
Tanggungjawab kepada masyarakat, bangsa dan Negara

HAKIKAT DAN KENYATAAN

 yang berkelulusan cemerlang dapat meneruskan pelajaran ke menara gading
 yang berjaya membawa pulang segulung ijazah biasanya dapat memegang jawatan tinggi
 yang berjaya dalam kerjaya dapat menikmati hidup mewah dan sentiasa dihormati dan disanjungi
 yang tidak berkelulusan tinggi akan terus ketinggalan dan hidup penuh dengan rintangan serta kesengsaraan
 yang gagal exam… susah nak dapat kerja dan hidup mereka sentiasa dicemuh orang dan mendapat kesusahan

KESIMPULAN:

UNTUK GURU-GURU, IBU BAPA DAN ANAK-ANAK!!!!!!!
INGATLAH….SEDARLAH….INSAFLAH…BAHAWA:
 jangan menyalahkan orang lain sebelum kita menyalahkan diri sendiri terlebih dahulu
 jangan mengharapkan pertolongan orang lain sebelum kita tolong diri kita terlebih dahulu
 jangan merugikan masa kerana masa tidak akan menunggu kita bahkan mesti meninggalkan kita
 yakinkan diri, kuatkan semangat, azam dan tekad teruskan berusaha, banyakkan berdoa memohon petunjuk, keredhaan dan keberkatan ilahi. Insya Allah anda boleh berjaya
 YANG AKAN AMBIL EXAM…..DIRI KITA, ANAK KITA, MURID KITA. YANG AKAN DAPAT RESULT…..MURID KITA, ANAK KITA, DAN DIRI KITA. KALAU CEMERLANG…..YANG BANGGA……KITA, TETAPI KALAU GAGAL………..YANG MENDAPAT MALU DAN MENYESAL…….ADALAH JUGA KITA
 BEST OF LUCK…………….SELAMAT BERJAYA…………………ALWAYS KEEP IT UP.


AWAS JARAK…ANDA MAMPU MENGUBAHNYA…

Kami tidak berzina! Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina. Kami hanya berbual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum...Adakah Itu menghampiri zina? Kami dapat mengawal perasaan kami dan kami tidak berniat kearah itu. Hari ini,ya.besok belum tentu. kamu dalam bahaya. Iblis dan syaitan akan Memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis ini yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman. Ia telah menipu bapa kita yang pertama, Adam dan Ibu kita yang pertama, Hawa, jangan pula buat-buat lupa. Siapa kita kalau nak Dibandingkan dengan mereka. Iblis amat licik. Pengalamannya banyak. Ia ada Lebih 1001 cara. Ingat, apabila bertemu diantara lelaki dan perempuan, iblis yang Ketiganya. Ia akan menghembus perasaan berahi. Akuilah kita lemah untuk Menghadapi ujiannya…

Tidak semestinya semua orang bercinta terjerumus kepada penzinaan. Ada yang Hanya bercinta dalam telefon dan hantar sms sahaja. Tak pernah bersua muka Pun! Itulah yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. memang pada awalnya Tidak bersua muka, tapi perasaan manusia akan bergelora. Lambat laungnya Desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis, akan mengheret untuk suatu Pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. percayalah ia akan Berlanjutan dan berterusan…

Takkan nak berbual pun tak boleh?itu pun zina juga ke? zina macam-macam, ada zina betul. Ada zina tangan iaitu berpegang-pegeng. Zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi atau melihat auratnya. Zina hati iaitu berkhayal dengan kekasih.berjalan-jalan menuju kepada penzinaan Amat banyak. Jangan berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang Boleh membawa kepada perzinaan…

Duduk berdiskusi pelajaran pun tak boleh ke?bincang pelajaran sahaja! Berdiskusi, betul ke? Nampak lain macam. mesra dan manja, senyum dan tersengeh Memanjang, tak macam gaya diskusi. Takkan study group berdua aje. dimana-mana Berdua aje. Kalau ya pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan Betulkah berbincang pelajaran? takut sekejap aje berbincang pelajaran, banyak masa Dihabiskan berbincang fanyasi cinta! Tidaklah. sungguh kami berbincang pelajaran. Betul ke? baik sungguh. betapa kuatnya iman kamu. Jangan cuba menafikan fitrah Manusia. Kita bukan malaikat. jangan bagi alasan yang melucukan…Couple untuk belajar dan memotivasi semata-mata…Tak adakah kau sejenis boleh dijadikan rakan belajar? sudah habiskah kaum sejenis Yang boleh memberi motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. banyak orang cemerlang Yang belajar hanya dengan kaum sejenis. lebih tenang, perasaan tidak terganggu…

Takkan tidak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam islam umtuk bercinta? Adakah islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan manusia. Naluri ingin memiliki Dan suka kalau dimiliki (sens of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri out tidak Wujud, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan. Islam tidak suruh membunuh naluri seperti dilakukan oleh para sami dan paderi. Jangan Nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa perasaan Yang datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh Pada arahan dan perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi Malaikat kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya Akan hambar tanpa naluri nafsu…

Tentu ada cinta secara islam? Inilah kemuliaan agama kita. Apabila islam melarang sesuatu perkara, tentu ia gantikan Dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta berahi antara lelaki dan Perempuan. Ia akan membawa sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.cinta secara islam hanya satu, iaitu Perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul. Cinta lepas kahwin. Itulah cinta suci dan Qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan…

Kalau begitu,cinta remaja semua menghampiri perzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan melayan perasaan,teringat,rindu,kadand-kadang keluar Dan duduk berdua-duaan, berasmara memandu cinta, berpegang tangan. Apakah pula Selepas itu…bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan perzinaan? Penghujung cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta Telah sampai ke daerah penzinaan dan kesengsaraan.kasihanilah diri dan ibu bapa yang Melahirkan kita dalam keadaan putih bersih…Masih ramai yang bercinta tetapi tetap selamat,tidak sampai berzina. Kami tahan uji...Katakan maruah mereka telah tercalar dengan teruk.Allah yang menciptakan manusia Dia tahu apa yang baik dan buruk bagi manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan Manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara Yang di tegah takut manusia akan kecundang...

Jadi manusia itu tidak tahan ujian? Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal pencipta manusia, Allah Telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan ujian walaupun kecil. Oleh itu Allah memerintahkan Adam dan Hawa supaya tidak menghampiri tegahan. Apabila Berhadapan dengan tegahan,manusia akan kecundang. Sebab itu Allah memerintahkan Adam dan Hawa jangan hampiri pokok khuldi. Tegahan sebenarnya adalah jangan Memakannya.

Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa jika menghampiri Perkara tegahan, maka tegahnya mereka dari menghampiri pokok tersebut takut nanti Mereka akan memakannya.kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Begitu juga Dengan zina. Ditegah berzina, maka jalan kearah penzinaan juga di larang. Takut apabila Berhadapan dengan godaan perzinaan, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita Belajar daripada pengalaman ibu bapa kita yang asal sehingga menghampiru pokok Dan kemudiannya mereka tidak dapat mengawal diri lalu mumakan buah khuldi. Akibatnya mereka di campak ke dunia…

Bercinta lepas kahwin banyak masalah. kita tak kenal pasangan secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenak hati budi pasangan sebelum buat keputusan Muktamad…Bolehkah percaya dengan maklumat dalam masa bercinta?bercinta penuh dengan Lakonan yang dibuat-buat. Masa bercinta masa merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dengan maklumat semasa bercinta. Perangai Pasangan jauh berbeza. Macam langit dengan bumi. Masa bercinta,dia seorang Yang amat penyayang, penyabar, tunggu pasangan lambat sampai berjam-jam, Sabar. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit dah kena tengking. Jadi, maklumat Masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan yang Melampau…

Adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Semua itu adalah bisikan syaitan. Hakikatnya cinta yang di beri nafas baru. Kulitnya berlainan, isinya yang sama.adik angkat, kakak angkat, abang angkat Adalah tipu daya syaitan dan iblis. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat Ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma untuk tunggu masa Untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke motivator ke, Semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina…

Orang yang bercinta masih ada maruah diri…Itu adalah ukuran setengah manusia yang memiliki maruah yang sama. Bukan Ukuran yang benar-benar maruah. Apatah lagi ukuran disisi Allah. Maruah mereka Amat hina. Mereka tidak lagi setaraf dengan orang yang beriman dengan sebenarnya. Apakah maruah mereka? Orang yang bercita amat terdedah kepada perzinaan. Orang yang berzina tidak layak Berkahwin kecuali dengan orang yang berzina juga. Mereka tidak layak berkahwin Dengan orang yang beriman…(surah al-nur:3). Jadi orang yang pernah bercinta juga Tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah Itu suatu penghinaan…

Kami telah berjanji sehidup semati Ada apa dengan janji cinta? berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? lelaki? Jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang…Si dia ni lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang, bertanggungjawab. Tahukah hati budi secara umumnya. Sejahat mana lelaki, apabila ingi mengambil Seorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu kepada anak-anaknya, Dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok suka dan berfoya-foya, Lelaki biasanya akan memilih wanita murahan kerana ia satu pelaburan yang Menguntungkan.itulah rahsia lelaki…

Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta Juga? Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk Lelaki yang baik. Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik...Perempuan yang pernah bercinta, jatuhkan pandangannya pada lelaki mana ada orang Yang normal suka pada orang yang second hand sedangkan barang yang baru masih Ada. Tidak ada lelaki yang waras akan memilih bekas kekasih orang.

Bagaimana saya? Awak masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah, moga Allah mentakdirkan jodoh awak dengan orang yang beriman kerana awak Memang bertaubat nasuha…

Apa taubat nasuha? Taubat yang murni.taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 Syarat:
1-tinggalkan perbuatan maksiat.putuskan hubungan cinta yang tidak
Diredhai Allah ini.
2-menyesal, menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjerumus
Dalam lembah percintaan yang jijik.
3-berazam, bertekad didalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa
Kecuali dengan orang yang bernama isteri atau suami. Saatnya ialah selepas
Ijad qabul…

YA ALLAH. HAMBAMU TELAH YTERSESAT JALAN. AMPUNI DOSA-DOSA
HAMBAMU INI. SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PENGAMPUN DAN
PENERIMA TAUBAT. BERILAH KEKUATAN KEPADAKU UNTUK MENGHADAPI
GODAAN KEREMAJAAN INI. ANUGERAHKANLAH KEPADAKU PERASAAN
BENCI TERHADAP MAKSIAT. HIASILAH AKU DENGAN AKHLAK YANG MULIA.
IBU DAN AYAH, ANAKMU BERDOSA BESAR. ENGKAU JAGA DIRIKU SEDARI
KECIL DENGAN KASIH SAYANG. MENGAPAKU CURAHKAN KASIHKU KEPADA
ORANG LAIN. OH TUHAN, HAMBAMU BERDOSA… AMIN, YA RABB. MOGA Allah terima taubat…



ذكر المناجات

 أستغفر الله العظيم الذي لا إله الا هو الحي القيوم فأتوب اليه
 سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله اكبر
 الله الله الله يا الله
 حسبي ربي جل الله ما في قلبي غير الله نور محمد صلي الله لا اله الا الله
 تبنا الي الله ورجعنا الي الله وندمنا على ما فعلنا
 فسبحان من لا يقدر الخلق قدره ومن هو فوق العرش فرد موحد مليك على عرش السماء مهيمن لعزته تعنى الوجود وتسجد
 حسبي ربي جل الله ما في قلبي غير الله نور محمد صلى الله لا اله الا الله
 ليس لها من دون الله كاشفه
 لا اله الا الله الملك الحق المبين محمد رسول الله صادق الوعد الامين
 استغفر الله ان الله كان توابا
 إلهى لست للفردوس اهلا ولا اقوى على الذنب العظيم فهبل توبة واغفر وفرذنوب فان كغافر الذنب العظيم
 يا لطيف يا كافي يا حفيظ يا شافى يا لطيف يا وافى يا كريم انت الله

Wednesday 11 November 2009

mulakan dgn langkah yang satu

tuahn ku hari ini aku diuji lg...aku sgt kecewa

Sunday 8 November 2009

Tuhan tidak pernah 'tinggalkan' kita...

"...pasti kamu sangka Allah membenci dirimu kerana menurunkan bermacam ujian."
Kadang-kadang ujian silih berganti, pasang-surut tanpa henti membuatkan saya pernah bertanya apakah sebab dilahirkan ke dunia ini. Adakah untuk merasai kesakitan dan 1000 kepayahan mendatang?

Kata-kata itu terpacul tatkala, saya masih cukup naif agama dan kosong jiwa. Lantas, bertanya kepada seorang tua, di sebuah warung, berhampiran rumah bujang saya kira-kira 15 tahun lalu.

"Azamin...pasti kamu sangka Allah membenci dirimu kerana menurunkan bermacam-macam ujian. Jangan bersangka buruk kepada tuhan," kata lelaki beruban, lewat usia 50an itu, membuatkan saya tertunduk.
"Muhammad, kekasih Allah itu dibaling batu, dilempar najis dan kakinya terpijak duri-duri yang sengaja di letakkan di tepi jalan. Giginya patah dan pipinya berdarah sewaktu perang.

"Pernah disihir dan usaha untuk membunuhnya tidak pernah surut. Lawannya sentiasa mengejek dan menghinanya.

"Lalu adakah ujian-ujian itu tanda Muhammad itu dibenci dan dipinggirkan Tuhan?" soalnya lagi dan kali ini air mata saya mula bergelinangan.

Dan dialog itu, terus menerkam sanubari, bilamana saya dihurung musibah. Kadang-kadang saya merasa penat dan adakalanya hampir putus asa. Sebabnya, tak jemu-jemu ujian dan masalah hinggap dalam kehidupan.

Bila saya mengaji dan terbaca terjemahan surah Al-Baqarah, ayat 155, barulah hati saya reda dan tenang semula.

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa (kematian) serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:"

Saya bertanya lagi kepada pakcik itu, kenapa orang lain bahagia, kaya, berjaya dan hidup aman makmur berbanding saya.

"Sebenarnya kamu lihat dengan mata kepala bukan dengan mata hati...lantas apa yang dilihat hanya zahir semata-mata. Kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan mereka dinilai dengan apa yang ada di depan mata kamu.

"Kamu tidak tahu di sebalik semua itu. Hutang keliling pinggang, penipuan, kesakitan, kepayahan dan ujian-ujian yang dihadapi mereka. Dan tidakkah Azamin tahu, ujian paling bahaya adalah ujian kesenangan!

"Jika kita sakit serta susah, kita mengadu dan menyebut Allah tetapi bila sihat dan senang, adakanya kita lupa dan alpa..." katanya membuatkan saya terdiam seketika.

Ya benar, kita sentiasa lupa pada-Nya tetapi Allah tidak pernah lupa dan tinggalkan kita, apatah lagi di kala berlaku kesulitan dan kepayahan.

Kira-kira enam tahun lalu, saya menerima panggilan bahawa bapa saudara saya meninggal dunia di utara. Berat sungguh ujian ketika itu. Sudahlah sayu dan pilu, saya yang 'kurang' harta ini pula bercampur-baur antara mahu pergi ataupun tidak menziarahi jenazahnya yang juga merupakan adik kepada bonda tercinta.

Saya di Kuala Lumpur, ibu di Negeri Sembilan dan jenazah arwah di Kedah sana. Kocek, cukup-cukup tampung perjalanan pergi sahaja. Kereta juga uzur. Saya bertawakal dan berserah diri bulat kepada Allah. Niat saya untuk membawa ibu, dan mengadap arwah buat kali penghabisan.

Dalam perjalanan, hati cukup resah tanpa disedari ibu, isteri yang sedang menyusukan anak sulung. Apakah sampai di sana nanti, saya akan mengemis atau meminta-minta belas ihsan mendapatkan wang untuk 'tambang' pulang.

Ya Allah, saya berdoa, jauhilah diri saya melakukan sebarang aib dan malu dimuka keluarga.

Selesai pemakaman jenazah, saya ditepuk seorang hamba Allah (pun sudah meninggal dunia empat tahun lalu) sambil bersalam dengan saya.

"Nah, wang belanja sedikit untuk Azamin. Pakcik dah pasang niat bila nampak Azamin tiba subuh tadi. Pakcik tahu Azamin pun susah payah datang sini..." katanya menyebabkan saya menangis termanggu-manggu.

Sangka orang, saya sayu menghadapi pemergian bapa saudara tetapi, saya cukup pilu kerana di sebalik kepayahan dan kerisauan, Allah 'menjawab' keresahan dan kerisauan saya dengan bantuan yang tidak diduga.

Peristiwa kedua cukup menyeramkan saya, ketika dalam perjalanan pulang daripada menziarahi pengebumian jenazah seorang bapa saudara (adik ayahanda saya pula) di Setiawan, Perak pada tahun yang sama. Waktu itu kira-kira 12 tengah malam.

Entah macamana, saya tersesat mencari jalan susur keluar menuju ke Kuala Lumpur. Kalau tidak silap, saya berpusing di tempat yang sama, sekitar kawasan Cenderung Balai, Teluk Intan.

Malam cukup pekat. Tidak ada 'sebiji' kereta pun pada masa itu yang lalu lalang, apatah lagi orang pejalan kaki untuk saya bertanya haluan. Kiri kanan ladang kelapa sawit dan tiada lampu di sepanjang jalan raya.
Lebih menakutkan, tiada papan tanda atau 'sign board' penunjukk jalan kelihatan dan makin mengerikan bilamana minyak kereta sudah hampir habis. Aduhai.

Saya cuba untuk bertenang, supaya isteri yang duduk di kerusi belakang kereta sambil membelai anak berusia setahun tidak berkongsi kepayahan yang dilalui hati nurani ini. Apatah lagi, minyak kereta juga sudah kekeringan yang amat sangat. Lampu minyak, menyala tanpa henti menandakan bahaya bakal menimpa jika tidak diisi.

"Abang...rasa macam lama je...tak jumpa jalan ke?," soal isteri mengesyaki sesuatu.
"Taklah, abang tengah cari stesen minyak ni..." kata saya berselindung. Memang benar kata isteri, sudah lebih sejam saya memandu di kawasan yang sama, sama gelap dan likat tanpa jumpa jalan keluar.

Tiba-tiba saya nampak sebuah warung dipenuhi orang di sebelah bertentangan kanan jalan. Asalnya mahu gembira, tetapi terbit rasa aneh dan ganjil, bila sebuah warung, di sepanjang jalan gelap dipenuhi orang, jam 12 tengah malam. Sedangkan saya sudah melalui jalan tersebut berkali-kali, tetapi baru kini bertemu warung aneh di malam hari.
Sesat selama sejam

Lantas, dengan kocakan dada yang cukup berdebar, saya memberhentikan kereta di kiri jalan. Pada hemat saya, akal, minda dan perasaan saya sudah cukup letih dan berselirat sehingga melihat perkara-perkara aneh pula.

"Abang...kenapa berhenti?

"Rehat sekejap...rasa mengantuk sikit," kata saya menyembunyikan perasaan takut tadi.

Sah..isteri saya tidak nampak, apa yang saya lihat.

Lalu, dengan kekuatan yang saya ada, saya baca surah-surah pendek seperti al-Ikhlas, al-Kafirun dan an-Nas. Lebih kurang 10 minit juga, saya cebiskan beberapa doa yang diajar bonda antaranya:

"Dengan Nama Allah yang dengan nama-Nya tidak akan memberi mudharat apa pun yang ada di bumi dan di langit dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Riwayat Tirmidzi & Abu Daud)

"Ya, Allah selamatkan aku, isteri dan anakku daripada sebarang malapetaka. Kasihanilah anakku yang tidak berdosa," doa saya kepada Tuhan sambil merenung sikecil yang tidur lena sejak dari tadi.

Saya tarik nafas panjang, dan berserah pada Allah. Kelibat warung sudah tidak kelihatan dan kemudian saya memandu dan terus memandu tanpa hala tuju.

Tiba-tiba, kurang lima minit saya terlihat sebuah papan tanda tertulis 'Kuala Lumpur' dan lima minit kemudian, sebuah stesen minyak kelihatan di sebuah simpang empat.
Alhamdullilah, Allah menyelamatkan saya ketika saya berharap benar pertolongan-Nya.
Suatu hari, sekitar tahun 2002, rumah saya kehabisan, barang keperluan. Ketika itu, dalam hati saya berdoa, janganlah ada tetamu yang datang kerana tidak ada sebarang 'habuk' pun untuk dijamu. Buruk sungguh kelaku saya sehingga berdoa begitu. Bukan apa tetapi saya malu dan khuatir tidak dapat meraikan tetamu dengan juadah yang boleh dijamu.

Ya, kita fikir perancangan dan doa kita betul padahal Allah itu lebih menyayangi kita. Sebenarnya, sudah diajar jika ada tetamu, jamu dan layan sedaya mampu kerana kehadiran mereka, 'membawa' rahmat dan 'membersihkan' dosa.

Bonda saya ada berpesan, jika ada tetamu, apa yang ada di dapur jangan disimpan. Jamulah semuanya kerana utamakan tetamu adalah ajaran Nabi dan agama.

Lantas, selesai sahaja berdoa, tiba-tiba pintu rumah diketuk orang. Doa saya tidak diperkenan, dan tetamu pun datang. Hati saya berbolak-balik. Saya memandang wajah isteri dan memberi isyarat bertenang. Dalam keadaan gelisah, kami mampu jua hidangkan 'teh o bujang' tanpa sekeping biskut pun ada sebagai hidangan.
"Tak pa, Min...kami datang ni nak tengok anak sulung awak, janganlah susah-susah. Lagipun kami ada hal lain lagi," sambil tetamu bersalaman, mengepilkan wang not RM50.00 ke telapak tangan.

Kemudian, air mata basah mula menjadi teman...
Benarlah kata Tuhan, Nabi dan agama. Janganlah kita memandai-mandai berdoa yang tidak baik atau berfikir yang bukan-bukan sedangkan Allah tidak pernah tinggalkan kita.
Apa-apa yang kita rasa dan lalui, adakalanya kita rasakan tidak baik bagi kita sedangkan ianya elok untuk kita dan hanyalah Allah sahaja yang mengetahui.

Ujian yang bertindih, bertali-arus adakala membuatkan saya kerdil dan 'menyumpah' diri dengan kata-kata tidak baik seolah-olah dimurkai tuhan sedangkan ujian itu cukup baik dan manis bagi saya selepas itu.

"...boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Surah Al- Baqarah, ayat 216)

Teringat ketika, putus cinta lantaran kekasih meninggalkan diri saya yang sudah menjalinkan hubungan yang agak lama. Remuk hati dan berkecai perasaan.
Kasih yang dibaja, kononnya untuk membina mahligai, hancur di tengah jalan. Tahun itu, sekitar 1994.

Saya sujud dan bermunajat duka bahawa selepas ini, hanya Allahlah yang menentukan dan memilih buat saya tanpa perlu saya tercari-cari lagi, getus hati kecewa.
Saya adukan keperitan yang ditanggung kepada majikan, yang menjadi kawan rapat saya juga di kala susah. Saya ketika itu berusia 20an manakala majikan yang dikenali Encik Rakha itu, berusia lewat 40an.

"Beginilah min...kau rasa kereta proton Satria itu segak bergaya dan cukup cantik bagi kau sedangkan Allah nak 'mengurniakan' sebuah 'Mercedez Benz' bagi kau di kemudian hari...tetapi kau tak tahu lagi.

"Jika suatu hari nanti, kau dah dapat yang jauh lebih baik dari sekarang...jangan lupa beritahu aku," kata bos lelaki itu yang suka membahasa diri sebagai 'aku'.
Ya, setahun selepas saya berdoa duka lara itu, Allah sekali lagi 'menjawab' keresahan hati saya dan kini saya sekali tersenyum dengan simpulan kata-kata bos lelaki itu tatkala memandang tiga cahaya mata hasil perkongsian kasih nan bahagia bersama jodoh, isteri yang tercinta.

Ya. Setiap yang berlaku ada hikmah. Dan tidak berlaku sia-sia. Sungguhpun perit dilalui ketika berlaku, di kemudiannya, Allah persiapkan kebahagiaan dan kejayaan setelah lama bersabar.

Dan selepas itu, ujian demi ujian terus datang dari Allah yang cukup sayang pada hambanya dan tidak pernah menghampakan, jika diperlukan.
"Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan sebesar zarrah, nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar" (An Nisaa ayat 40)

oleh
Ust Kay
PAJ Machang

tips bsahabat..

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…

"Apabila kau ingin berteman,Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan,Kau mungkin akan menjauhinya….

Andai kau ingin berteman,Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,Kau akan membencinya….

Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,Kau mungkin akan memfitnahnya… ..

Andai kau inginkan seorang teman,Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kau mungkin akan menyalahkannya… .

Andai kau ingin bersahabat,Terimala h dia seadanya,Kerana dia seorang sahabat,Yang hanya manusia biasa…

Jangan diharapkan sempurna,Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna…

Tapi bersahabatlah kerana Allah..

Pakaian Untuk Berfoya-foya dan Kesombongan

Ketentuan secara umum dalam hubungannya dengan masalah menikmati hal-hal yang baik, yang berupa makanan, minuman ataupun pakaian, iaitu tidak boleh berlebih-lebihan dan untuk kesombongan.

Berlebih-lebihan, iaitu melampaui batas ketentuan dalam menikmati yang halal. Dan yang disebut kesombongan, iaitu erat sekali hubungannya dengan masalah niat, dan hati manusia itu berkait dengan masalah yang zahir. Dengan demikian apa yang disebut kesombongan itu ialah bermaksud untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjukkan serta menyombongkan diri terhadap orang lain. Padahal Allah samasekali tidak suka terhadap orang yang sombong. Seperti firmanNya yg bermaksud:

"Allah tidak suka kepada setiap orang yang angkuh dan sombong." (al-Hadid: 23)

Dan Rasulullah s.a.w. juga bersabda:maksudnya, "Barangsiapa melabuhkan kainnya kerana sombong, maka Allah tidak akan melihatnya nanti di hari kiamat." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kemudian agar setiap muslim dapat menjauhkan diri dari hal-hal yang menyebabkan kesombongan, maka Rasulullah s.a.w. melarang berpakaian yang berlebih-lebihan, dimana hal tersebut akan dapat menimbulkan perasaan angkuh, membanggakan diri pada orang lain dengan bentuk-bentuk lahiriah yang kosong itu..

Di dalam hadisnya, Rasulullah s.a.w. bersabda sebagai berikut, maksudnya "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan nanti di hari kiamat." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah dengan sanad yang dipercaya)

Ada seorang laki-laki bertanya kepada Ibnu Umar tentang pakaian apa yang harus dipakainya? Maka jawab Ibnu Umar: "iaitu pakaian yang kiranya kamu tidak akan dihina oleh orang-orang bodoh dan tidak dicela oleh kaum filsuf." (Riwayat Thabarani)



2.2.8 Berlebih-Lebihan Dalam Berhias dengan Mengubah Ciptaan Allah

Islam menentang sikap berlebih-lebihan dalam berhias sampai kepada suatu batas yang menjurus kepada suatu sikap mengubah ciptaan Allah yang oleh al-Quran dinilai, bahawa mengubah ciptaan Allah itu sebagai salah satu ajakan syaitan kepada pengikut-pengikutny a, dimana syaitan akan berkata kepada pengikutnya itu sebagai berikut:

"Sungguh akan kami pengaruhi mereka itu, sehingga mereka mahu mengubah ciptaan Allah." (an-Nisa': 119)

Wanita..

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan izin Allah... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut kendur atau menggelebeh pulak..
Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu jugak….
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah,
Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami..
Offer lah pada suami,
Nabi bersabda lebih kurang maskudnya: bersama dgn isteri itu pahala..
jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya..

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Ses ungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha
illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha
illalLah', kamu pasti berjaya!"

Kerinduan Umar r.a kepada Rasulullah s.a.w

Kerinduan Umar r.a kepada Rasulullah s.a.w

Diriwayatkan bahawa pada suatu ketika,setelah Rasulullah s.a.w meninggal dunia, terdengar Umar bin Khattab r.a menangisi baginda s.a.w sambil berkata:
"Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah, dahulu hanya sebatang pokok kurma kau jadikan sandaran berdiri apabila sedang berkhutbah.Kemudian ,ketika orang semakin ramai, engkau pun menggunakan mimbar agar mereka dapat mendengar seruanmu.Maka, merintihlah pokok kurma dengan perasaan sangat sedih kerana berpisah denganmu.Lalu kau letakkan tanganmu di atasnya, sehingga ia pun tenang kembali. Jika sebatang pokok kurma pun begitu, apatah lagi umatmu, tentulah lebih layak merinduimu ketika kau berpisah dengan mereka."
"Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w.,sedemikian besarnya keutamaanmu di sisi Allah Taala, sehingga Dia menjadikan ketaatan kepadamu sama seperti ketaatan kepadaNya.Sebagaima na dalam firmanNya yang bermaksud:
(sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya dia telah taat kepada Allah.) -An Nisaa';4:80-
"Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w,demikian besar keutamaanmu di sisi Allah Taala,sehingga Dia memberitahumu tentang kemafaanNya ke atas dirimu, sebelum memberitahumu tentang kesalahan apa yang telah engkau lakukan.Maka dia pun berfirman:
(Allah memaafkanmu (wahai Muhammad),mengapa engkau izinkan mereka (tidak turut berperang)….
-At Taubah;9:43-

"Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w,sedemikian tinggi darjatmu, di sisi Allah Taala, sehingga meskipun Dia mengutusmu sebagai Nabi terakhir, namun Dia telah menyebutmu dalam peringkat pertama di antara para Nabi dan RasulNya. Maka dia pun berfirman:

(Teruslah bertakwa kepada Kami) dan (ingatlah) ketika Kami mengambil dari Nabi-nabi (umumnya):perjanjia n setia mereka, dan (khasnya) dari engkau sendiri (wahai Muhammad), dan dari Nabi Nuh, dan Nabi Ibrahim, dan Nabi Musa, serta Nabi Isa Ibni Maryam…)
-Al Ahzaab;33:7-
"Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w, sedemikian besar keutamaanmu di sisi Allah Taala, sehingga para penghuni neraka sangat teringin seandainya mereka dahulu (ketika masih hidup di dunia) mematuhimu, sementara mereka sedang merasakan azab di dalam neraka.

(Mereka berkata:Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.)
-Al Ahzaab;33:66-
"Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w,betapa Sulaiman bin Daud a.s telah diberi oleh Allah taala mukjizat berupa angin sebagai kenderaan yang kecepatannya di pagi hari sama dengan perjalanan sebulan dan kecepatan di waktu petang pula sama dengan perjalanan sebulan, namun perkara itu tidaklah lebih ajaib daripada Buraq yang pada peristiwa Israk Mikraj telah engkau naiki di malam hari sampai ke lapisan langit yang ketujuh, lalu engkau pulang (pada malam itu juga) dan mendirikan sembahyang Subuh di al Abthah (halaman Kaabah).Semoga selawat dan salam Allah Taala tetap ke atas dirimu."
"Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w, betapa Isa bin Maryam a.s diberi oleh Allah Subhanahu wa Taala kemampuan untuk menghidupkan orang yang telah mati, maka itu tidaklah lebih menghairankan daripada daging domba yang telah di racuni dan di bakar, terus berbicara kepadamu dan berkata: "Jangan memakanku, sebab aku telah di bubuh racun."
"Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w, telah berdoa Nuh a.s ke atas kaumnya dengan berkata:
(Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorang pun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi!)

-Surah Nuh;71:26-
"Maka seandainya engkau berdoa ke atas kami seperti doa Nuh a.s itu, nescaya kami semua telah binasa. Betapa tulang belakangmu telah diinjak, wajahmu telah di lukai dan gerahanmu telah di patahkan, namun engkau tetap sahaja tidak mahu mengucapkan sesuatu selain yang baik-baik sahaja. Ketika itu engkau telah berdoa:

("Ya Allah, ampunilah kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengerti dan barangkali belum mendapat hidayat.")
"Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w, engkau telah memperolehi begitu ramai pengikut walaupun usiamu sangat pendek, yang bilangannya jauh melebihi Nabi Nuh a.s. yang sangat panjang usianya. Sangat ramai orang yang beriman kepadamu, sementara yang beriman kepadanya hanyalah sedikit sekali."

"Demi ayah dan ibuku., wahai Rasulullah s.a.w, seandainya engkau hanya mahu bercampur dengan orang-orang yang sepadan denganmu sahaja, nescaya engkau tidak akan sudi bergaul denagn kami. Seandainya engkau hanya berkenan menikahi wanita-wanita yang sedarjat denganmu, nescaya engkau tidak akan sudi menikahi golongan kami. Seandainya engkau hanya berkenan makan bersama dengan orang-orang yang setaraf denganmu, nescaya engkau tidak sudi makan bersama-sama dengan kami. Namun demi Allah, engkau telah duduk-duduk bersama kami, menikahi wanita-wanita dari keturunan kami dan makan bersama-sama dengan kami. Engkau juga biasa mengenakan pakaian dari bulu biri-biri, menunggang keldai, meletakkan makananmu di atas lantai dan menjilat jari jemarimu selepas makan, yang kesemuanya itu bersumber dari sikap rendah hatimu. (Semoga Allah Taala melimpahkan selawat dan salamNya ke atas dirimu)."

"Alangkah baiknya, seandai rindu dan cinta kita kepada Allah dan Rasulullah melebihi rindu kita kepada insani…Maha suci Allah yang telah mencipta Muhammad, insan yang berbudi pekerti mulia…semoga kita memperoleh syafaat dari baginda di akhirat kelak…Amin"

Wednesday 21 October 2009

Jika Si Dia Bukan Milikmu

Posted by azrul.alwiApril 9, 2007

Setiap kali selepas solat, ada sepotong doa yang biasa dibaca yang bermaksud “Ya Allah, hidupkanlah aku/kami di dalam iman dan matikanlah aku/kami di dalam iman dan masukkanlah aku/kami ke Jannah bersama iman.”

Iman adalah penting. Pengeritan iman yang telah sedia kita ketahui adalah mempercayai kewujudan Allah yang Esa, kewujudan para malaikat sebagai para pegawai yang melaksanakan sistem tuhan, kewujudan kitab-kitab yang terdiri daripada firman-firman pencipta, kewujudan para Rasul sebagai utusan dan ketua manusia yang memberi peringatan dan amaran, juga mempercayai kewujudan Hari Kiamat, hari segala-galanya akan berakhir.

Namun, yang paling tidak dapat diterima ‘tanpa disedari’ oleh kebanyakkan orang adalah beriman dengan Qadak dan Qadar atau takdir.

Sebagai seorang Islam bergelar Muslim, kita harus memajukan diri kita menjadi seorang Mukmin. Perkataan Mukmin bermaksud orang yang beriman. Untuk menjadi seorang yang beriman, prinsip yang paling asas adalah mempercayai kesemua rukun iman yang di atas. Seterusnya mengikut garis panduan pada surah Al-Mukminun.

BERIMAN DENGAN TAKDIR
Bukan senang untuk beriman dengan takdir. Kita mungkin berkata kita percaya, tetapi apabila datang dugaan-dugaan tertentu, ada yang akan cuba bertindak seolah-olah tidak dapat menerima ketentuan tuhan. Firman Allah s.w.t di dalam surah Hud ayat 9, “Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.”

Orang yang berusaha dengan niat untuk beramal akan “berasa lain” sekiranya mereka gagal mencapai matlamat. Mereka akan sentiasa berasa tenang walaupun didatangi kesusahan atau kesenangan. Mereka terdiri daripada golongan yang bahagia di dunia dan sedang menanti kebahagiaan di akhirat. Tiada satu perkara yang berlaku pada diri mereka yang dapat menggugat ketenangan itu.

Sebaliknya, mereka yang berusaha untuk kebahagiaan dunia mungkin akan merasa bahagia apabila matlamat tercapai. Namun sekiranya gagal, mereka akan berasa amat dukacita. Sekiranya mereka kehilangan sesuatu, mereka akan bermatian-matian untuk mempertahankan atau mendapatkannya semula. Sekiranya mereka gagal mendapatkannya semula, hati mereka akan berasa gelisah dan hidup mereka mula menderita. Lalu mereka menyalahkan orang lain dan akhirnya menyalahkan tuhan.

Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita, walaupun apa pun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan.

AMAL DAN TAKDIR
Amat penting untuk kita faham, hidup ini adalah untuk beramal bukan menentukan takdir. Kita akan dihidupkan semula dan disoal tentang amalan bukan apa yang pernah kita “capai”. Kita akan ditanya tentang “what did you do ? ” bukannya ” so… what’s the outcome? “.

Di dalam ayat 154 surah Ali Imran diceritakan pada zaman Nabi s.a.w ada sesetengah orang tidak mahu ikut berperang dengan alasan takut mati, lalu Allah s.w.t berfirman “Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing. Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. ”

Jelas sekali, manusia bebas beramal. Namun “final result” adalah hak Allah s.w.t.

Jadi tak perlu susah-susah, Ali r.a. berkata, bahawa Nabi s.a.w bersabda, “Beramallah, setiap orang akan `dipermudahkan` seperti apa yang telah ditentukan.” Lalu beliau s.a.w membaca ayat 5-10 surah Al-Lail.

* Orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya), * Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik * Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya “kemudahan” untuk mendapat kesenangan (Syurga).

* Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya * Serta ia mendustakan perkara yang baik * Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya “kemudahan” untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan;

{Riwayat Bukhari}

BUKAN USAHA TETAPI DOA
Sebuah hadith daripada Salman r.a., bahawa Nabi s.a.w telah bersabda “Tidak boleh diubah takdir kecuali doa, dan tidak ada yang boleh menambah umur kecuali perbuatan baik. ” {Riwayat Tirmizi, hassan gharib}

Allah berfirman dalam surah Ar-Ra’ad ayat 39, “Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNya. (Ingatlah) pada sisiNya ada Ummu al-Kitab”. Firman Allah lagi di dalam surah Mukmin ayat 60, “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. ”

Abu Hurairah r.a juga melaporkan bahawa, “Nabi s.a.w selalu memohon perlindungan dari suratan takdir yang buruk, dari ditimpa kecelakaan, dari keghairahan musuh dan dari terkena bala.” {Riwayat Muslim}

Doa sahaja yang dapat mengubah takdir, bukan usaha.

ANTARA PUTUS ASA DAN BERSERAH KEPADA TAKDIR
Mempercayai takdir bukan bermaksud berputus asa. Frasa “putus asa” sepatutnya tidak wujud di dalam kamus hidup seorang mukmin. Kita tidak boleh berputus asa dalam mengharapkan rahmat Allah.

Semasa peperangan di Thaif, umat Islam telah mengepung kota Thaif. Ibnu Ishaq meriwayatkan Thaif telah dikepung selama 17 malam dan diserang dengan manjanik (senjata pelontar batu). Umat Islam terus menyerang dan menyerang namun tetap gagal. Lalu Nabi s.a.w bertindak untuk mengundur sahaja.

Abdullah bin Amru r.a melaporkan bahawa, Rasulullah s.a.w telah mengepung penduduk Thaif tetapi tidak mendapat apa-apa hasil dari pengepungannya tersebut. Seterusnya baginda bersabda: Insya Allah kita akan kembali ke Madinah. Para sahabat membantah: Mengapa kita harus kembali? Kita belum dapat menaklukinya. Rasulullah s.a.w bersabda kepada mereka: Pergilah kamu berperang. Mereka pun mencubanya sehingga mereka mendapat kecederaan. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Besok kita akan kembali. Para sahabat hairan dengan sabda baginda. Sementara itu Rasulullah s.a.w hanya tersenyum. {Riwayat Muslim}

Itu adalah contoh perbezaan antara putus asa dan menerima ketentuanNya. Adakah nabi s.a.w berputus asa ? Atau beliau tunduk dengan takdir ?

KESIMPULANNYA
Perbanyakkan doa untuk kebaikkan. Sebarang usaha perlu dijalankan dengan kaedah yang betul. Ada sesetengah orang yang ditinggalkan kekasih atau suami lalu cuba mendapatkan semula dengan kaedah mengumpat, memfitnah dan memburukkan orang lain.

Sebaliknya, sekiranya mereka berhenti seketika untuk berdoa dan bermuhasabah diri serta menerima ketentuannya, lebih banyak manfaat dapat diperolehi. Salah satu daripadanya adalah ketenangan, selanjutnya adalah iman.

CINTA DI DALAM ISLAM

Cinta di dalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantic atau caring atas alasan jika benar pencinta yang memahami corak Islam lebih ke arah menulis peringatan-peringatan Allah di dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin tidak pernah berdating...malah orang yang bercinta dalam bentuk syariat Islam takut untuk berhubungan secara menulis...kerana was-was dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan *zina hati*. Malah orang yang benar-benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah-lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chatting kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih ke arah tidak tertapis dan bisa ~menggoda keimanan~ dengan rasa ^rindu^ dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta ~asmaradana~ bermula kecuali bagi mereka yang benar-benar tiada masalah hati...itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak disekat.

Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungan dan akhirnya tanpa mengimbangkan ^kewarasan akal^ dan lebih mementingkan ^perasaan & nafsu^ akhirnya menjerumus kepada fahaman itulah ^chenta^ yang sebenarnya. Kerana atas dasar apa?? >>>rasa rindu yg amat sangatt<<< ...sedangkan hakikat rindu yang sebenar hanyalah satu; rindukan Allah. Orang yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas cinta benar-benar berlandaskan –->iman<--. Cinta berasaskan Islam ialah cintakan [kebaikan] [keimanan] dan [keutuhan pendirian] kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan. Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itulah cinta hakiki yang tidak boleh dijual beli. Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata-kata yang tidak sepatutnya. Malah, masalah samada sayang ke, samada tak sayang ke...tidak timbul...kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama-sama menggembleng meningkatkan iman andaikata terbina ikatan yang di akhiri ukhwah Islamiyah di dalam pemantapan jasmani & rohani. Itulah cinta yang sebenar di dalam Islam...bukan seperti sebahagian anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yang yang mana terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang, dan juga dengan hanya tautan kata-kata. Sememangnya tidak dinafikan kuasa cinta benar-benar dapat menguasai respondennya. Ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta...contoh ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat & peringatan oleh orang yang di cintainya. Tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andaikata :: cinta berpaling arah :: atau tidak menjadi. Inilah yang di bimbangi kerana rangsangn cinta murahan hanya satu yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati.
Ada yang jadi baik...bercakap yang baik2 di depan orang yang di cintainya...al-maklum le yang di cintai itu seorang yang beriman...tetapi bila bercakap dengan kawan-kawan yang lain mulalah membebel ntah ape ape kerana asas malu tiada.

Sebab itu di dalam konteks perhubungan cinta sesama Islam...jika ingin memulakan ikatan cinta itu...berasaskan cinta yang penuh didikan “iman”... perhati muamalat responden agar tidak tersalah jatuh di dalam ^jerat percintaan^ yang tak patut...sebab ia lebih ke arah mengheret masalah baru...mungkin akan menjatuhkan ke lembah hina.

Bila seorang menyampaikan hasrat cintanya...perhatikan agamanya, kebaikannya dan segalanya sejak dia belum mengenali kita...maksud sifat asalnya dan muamalat asalnya...kerana jika kita mudah membenarkan hati di lalui...ia hanya akan membuka peluang kepada ke arah #ketidakfahaman# konsep cinta berasaskan Islam. Uji mereka dulu dengan corak akhlak dan pergaulan yakni jangan membenarkan diri kita dirapati akan perasaan mereka...agar menimbulkan keraguan dan was-was yang kita tidak menerima cinta mereka.

Ini tidak, anak gadis dan pemuda suka ::melayan & melayan:: dan akhirnya terbuai kata-kata asmara yang terbina sendiri dan menimbulkan kerosakan hati di dalam hati-hati mereka sendiri. Biarlah di katakan diri kita EGO...ego untuk kebaikan yakni menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan...benarkah begitu?? Sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman, mempunyai sifat-sifat yang [[[konkrit]]] di dalam pendirian mahupun akhlak...bukankah akhlak yang *cantik* terbina dari didikan hati nurani iman yang cantik...?

So, kata-kata bidalan “berkawan biar beribu bercinta biar satu” tidak begitu tepat di dalam konteks Islam dan patut ditambah +++;bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang dihalalkan oleh Islam;+++ bersebabkan faktor-faktor semua ~panahan cinta~ di atas konsep berkawan adalah tidak tepat dan bercanggah di dalam konteks perhubungan di dalam Islam sebab kerana ia hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam suasana =fitnah=.

Akhir kalam, hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikamnya yakni hanya orang-orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang yang patut dicintainya kerana hanya orang yang baik-baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik...di situ sudah menampakkan penilaiannya...di mana jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik... dan begitulah sebaliknya. Kerana orang yang tidak baik tidak menyanggupi untuk hidup bersama dengan orang yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah mempunyai zat yang baik juga.

Berkata Imam Nawawi:

“Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu,
jika kau hilangkan agama dalam dirimu,
hilanglah cintaku padamu”

jalan-jalan cari limu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My MaKtaBaH...

Shelfari: Book reviews on your book blog

Senarai Blog Imamah Ikuti