...

blog ini sekadar pengisian biasa-biasa milik hamba yang dicipta yang sentiasa berharap kepada Yang Maha Mencipta

"mohon, sesape yang menjengah kesini, sila tinggalkan jejak anda disini:) time kasih yew atas kejesama kalian"

my nuffy

TeTaMu

اعداد

Pesanan Penaja

Sunday 30 January 2011

dia yang aku rindu

Menatap potretmu didalam album usang seolah-olah mengundur kembali masa ke suatu detik. Senyummu,marahmu,gurauanmu ,nasihatmu tersisip rapi di dalam kantung kenangan. Bab demi bab, helaian demi helaian memori kuselak. Entah kenapa ingatan terhadapmu menggigit tangkai nurani kecilku membawa aku mengembara sejauh ini.untuk apa?untuk aku memungut permata-permata yang kau beri dulu.setelah sekian lama aku tercicirnya di belantara perjalanan yang panjang. Maafkan aku…bukan aku tak menghargai permata indah itu.tapi aku tertipu oleh kilauan kaca yang memukau mataku.hingga akhirnya permata pemberianmu aku buang.Aku datang kembali malam ini, demi menjejak jalan yang kita pernah lalui suatu masa dulu.biarpun engkau telah tiada, tapi ku tahu bayangmu masih ada sedang tersenyum memandangku.maafkan aku, kerana aku malu untuk tersenyum kepadamu kembali.aku teramat malu.

Baba..sewaktu aku melewati pusaramu pada cuti semester yang lalu..teringat aku pada cerita yang kau kisahkan kepadaku di zaman kanak-kanakku. Cerita seorang budak yang pintar yang menangis teresak-esak dibawah sepohon tamar. Bila ditanya sebabnya.dia menjawab “ ketika aku melihat ibuku menghidupkan api untuk memasak,ibuku memasukkan ranting-ranting kering yang kecil dahulu sebelum memasukkan kayu yang besar, aku bimbang..jika api neraka kelak,aku yang menjadi ranting kecil itu..” baba..cerita itu masih terkesan di hatiku sehingga kini.kisah kanak-kanak yang takutkan api neraka.

Lalu..kau katakan lagi hati kanak-kanak ibarat cermin putih yang lutsinar yang mampu melihat ke sebelah sana.namun semakin hari debu akan melekat pada cermin lutsinar tadi hingga cermin lutsinar tadi menjadi lutcahaya sehingga tidak Nampak lagi ke sebelah sana.pandangan hati semakin terbatas untuk memikirkan akhirat..kini aku sedar hakikat itu.kata-katamu ada kebenarannya..
Cukup disini dahulu kembaraku dalam menjejak bayang-bayangmu . aku akan datang lagi sehingga kelak aku akan mampu untuk tersenyum kepadamu tanpa segan atau malu..-anakmu-

protected under copyright act 1987

jalan-jalan cari limu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My MaKtaBaH...

Shelfari: Book reviews on your book blog

Senarai Blog Imamah Ikuti