...

blog ini sekadar pengisian biasa-biasa milik hamba yang dicipta yang sentiasa berharap kepada Yang Maha Mencipta

"mohon, sesape yang menjengah kesini, sila tinggalkan jejak anda disini:) time kasih yew atas kejesama kalian"

my nuffy

TeTaMu

اعداد

Pesanan Penaja

Saturday 25 June 2011

ape kena dengan kepalaku..

Dari semalam kepala ku berdenyut-denyut..mata ku berpinar-pinar..bila makanan masuk perut mula meminta untuk mengeluarkan kembali..oh Tuhan, ape kena dengan diri ku ni..mungkin ni angkara dosa-dosa ku. Allah sakitkan sebagai kifarah dosa..

 Sesungguhnya aku redha dengan ujian ini ya Allah.
“Bismillahi lazi la yadurru ma’as mihi syai’un fil ard, wala fissama’i wahuassami’ul ‘alim…”  

semoga ia dapat membantu ku 'disana' nanti.

Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit 
~Hanya Insan Biasa..Tanpa Pinjaman DariNya Siapalah Aku..~

Tuesday 21 June 2011

inteam- damba kasih

Semakin jauh ku dari-Mu,Semakin dekat pula Kau menghampiri daku, Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih, Siapalah diriku di pandangan-Mu, Semakin cuba ku dekat, Semakin kuat pula Kau mendugai aku, Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna, Kerdilnya diriku di hadapan-Mu



Saya Rela dan Saya RedhaBiarpun Mujahadah Itu Amat Perit~Hanya Insan Biasa..Tanpa Pinjaman DariNya Siapalah Aku..~

kalimah cinta

lama sudah ku hanyut dengan dunia ku tuhan, hanyut dengan cinta manusia...
Aku rindu pada Mu, bimbinglah cintaku untuk mendapat cintaMu yang Abadi



Saya Rela dan Saya RedhaBiarpun Mujahadah Itu Amat Perit~Hanya Insan Biasa..Tanpa Pinjaman DariNya Siapalah Aku..~

Friday 17 June 2011

Main tembak zaman dolu-doluuu

teringin hambe nak kongsi game yang hambe main dolu-dolu..tp kenkadang best jugak main zaman la ni.. patut ajar dekat budak-budak zaman la ni..jimat letrik..keh keh keh..hambe main game ni mase keboringan bertugas di bengkel latihan fasilititator manual islam hiv-aids...

zaman la ni org main game tembak-tembak yang macam namanye..sampai hambe pun xponah dongar
Clear Vision, The Sniper, S.W.A.T. 2 Tactical Sniper, Bloodshot dan Sniper: Demonic Osbournes dan sebagainya..

jom hari ni kita skali sekala main yang zaman akak-akak, abang-abang kita main dulu..silap-silap ari bulan mak-mak kite pun penah main yang ni

peralatan yang diperlukan:-
kertas- sebagai medan perang
pensil- sebagai senjata
tangan -sebagai tentera..

jom kita tgk cara-cara bermain :)












demikian lah caranya...selamat bermain..:)



~Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit~

Ingatan dihari lahir..

salam sayang salam ingatan...hari ini hambe telah selamat berada kajang dirumah kanda ke-4 hambe Al-Hafiz Abdul Gaffar..lusa hambe akan menghadiri kursus di ILIM..so dikesempatan yang ada ni hambe ingin mengambil peluang untuk bertemu buah hati yang sangat dirindui zauji ya habibi dalam pada itu hambe jugak datang menghantar adinda puteri bongsu hambe yang akan berangkat ke negeri dibawah bayu petang nanti..

sekadar ingatan untuk diri hambe yang sentiasa alpa..

Tanggal 18 jun 2011..genap 27 tahun umo hambe..nampaknya umo hambe makin berkurangan..tali inci kehidupan hambe semakin sempit jaraknya...

Pernah tak tengok tali inci?.



Ya.. tali inci atau pita pengukur sering hambe gunakan untuk mengukur kain langsir, mengukur kain nak buat baju. Tali pengukur kain yang standard panjang nya 5 kaki atau 60 inci. Biasanya tali ukur ini di lebihkan sikit sekitar 3 inci dan menjadikan keseluruhan tali tersebut 63 inci.

Mungkin secara kebetulan sahaja persamaan tali ukur dengan umur Rasullalah. Umur Nabi Mohamad SAW adalah 63 tahun. Nabi nabi Allah yang lain umurnya panjang panjang. Nabi Adam 930 tahun, Nabi Nuh 1,000 tahun dan Nabi Ibrahim 195 tahun. Rasullallah SAW pernah bersabda bemaksud : " Umur umat ku adalah antara 60 hingga 70 tahun".

Kalau digunting tali inci ni di umur hambe agaknya sekarang... banyak mana umur hambe yang tinggal agaknya?

dalam hari-hari yang telah hambe lalui sebelum ni...begitu banyak kelompangan yang telah hambe buat..tidak terhitung perkara yang sia-sia yang hambe sengaja buat..

hari ini janji hambe pada diri..hambe ingin mengisi setiap kelompangan yang pernah hambe sengaja lompangkan dahulu..agar hari-hari hambe yang mendatang penuh berfaedah..serta mendapat keberkatanNya..insyaAllah..

Ya Allah berikanlah kekuatan untuk hambe meneruskan kehidupan yang penuh liku-liku dan noda ini...iringilah hambe dengan keredhaanMu..kerahmatanMu..dan maghfirah keampunan dariMu hambe harapkan..

untuk kekanda buah hati pengarang jantung hambe "salam sayang suamiku, dihari kelahiran isterimu ini, dinda mohan kanda doakan semoga dinda menjadi pendampingmu yang solehah. Doakan semoga kita dikurniakan cahayamata yang soleh/solehah..agar kehadiran insan kecil itu nanti akan mengeratkan lagi ikatan cinta kita..kandaku, andai ditaqdirkan hari ini nikmat kehidupan yang Allah pinjamkan sementara buat dinda di ambil kembali..restuilah pemergian dinda dengan redha..maafkan segala salah silap dinda..halalkan segala pemberian yang pernah kanda berikan..semoga kita bertemu jua diakhirat sana..insyaAllah. dinda sayang kanda sepenuh hati kerana Allah.. selamat berkerja..semoga mendapat rezeki yang diberkati..rindu abang..

kata hambe: syukran buat semua yang wish.. doakan hambe dihari lahir ni..semoga kalian jua mendapat berkat dari Nya


dan buat semua yang wish selepas entry ini dimasukkan..syukran yew...

Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit ~Hanya Insan Biasa..Tanpa Pinjaman DariNya Siapalah Aku..~

jalan-jalan cari limu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My MaKtaBaH...

Shelfari: Book reviews on your book blog

Senarai Blog Imamah Ikuti