...

blog ini sekadar pengisian biasa-biasa milik hamba yang dicipta yang sentiasa berharap kepada Yang Maha Mencipta

"mohon, sesape yang menjengah kesini, sila tinggalkan jejak anda disini:) time kasih yew atas kejesama kalian"

my nuffy

TeTaMu

اعداد

Pesanan Penaja

Wednesday 14 April 2010

Program E-Learning Score A

 ZAMAN SEDANG BERUBAH…
Sudahkah ANAK ANDA bersedia menghadapi PERSAINGAN PELAJARAN?
Sudahkah ANDA bersedia menghadapi KEGAWATAN EKONOMI?

Score A Programme™ menyediakan peluang untuk anak/pelajar menjadi cemerlang di dalam pelajaran (di samping enjoy belajar), dan ibubapa/kita menjadi gemilang di dalam bisnes (di samping enjoy duit).


Bagus untuk budak-budak ni… daripada main computer & tv game je… dan bagus untuk ibubapa juga… sebab busy macam mana pun kerja/bisnes, masih boleh pantau prestasi pelajaran anak-anak.

Syarat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ialah dengan menggunakan kaedah “pembelajaran output”, kebolehan untuk mengeluarkan dan menggunakan apa yang telah dipelajari. Ramai pelajar hanya melakukan pembelajaran input – membaca, belajar, menghafal dan mendengar adalah pembelajaran input. Inilah sebabnya ramai pelajar yang mendapat markah yang sederhana.

Untuk menyerlah, anak anda memerlukan pembelajaran output. Ketahuilah bagaimana kami melatih anak anda teknik pembelajaran output kami. Kami telah mengambil masa 4 tahun untuk membentuk satu kaedah pembelajaran output yang cukup komprehensif yang mana ianya telah direka mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Kami akan membantu dan membimbing anak anda supaya Bersedia Menghadapi Peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A. Berlatih mencapai kecemerlangan, keinginan untuk berjaya adalah penting, tetapi keinginan untuk bersedia adalah lebih penting. Apabila tiba hari peperiksaan anak anda akan mengharungi cabaran dengan keyakinan dan mencapai kecemerlangan A

"Pakai baju corak apa pun tak mengapa yang penting semangat, kejujuran dan komitmen untuk menjayakan agenda pendidikan negara.
Score A Programme diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia didalam usahanya membantu melaksanakan misi Kementerian Pelajaran!"

-petikan ucapan Y.B Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein
Menteri Pelajaran Malaysia
Sempena Pelancaran Portal Pendidikan Score- A Programme
Peringkat Negeri johor Pada 3hb Mac 2006


layari: http://www.intelekniaga.com.my/amamah_rt
klik untuk Online Demo masukkan password 82828

Tuesday 16 February 2010

Ummi Ya Ruhii Wa Hayati..

~Ummi Ku Sayang~

 
Tiga kata di atas sungguh sederhana namun mengandung berjuta makna. Tiga kata yang sangat dirindukan setiap ibu dari setiap anak-anaknya. Tiga kata yang sanggup melelehkan air mata dan meringankan beban setiap ibu yang telah mengandung, melahirkan, mendidik, dan membesarkan buah hatinya. Peluh ibu ser...asa tak sia-sia bila beliau mendengar ketiga kata itu terucap dari buah hati yang amat disayanginya.

Namun, sebagai anak, kita terkadang lupa atau bahkan pura-pura lupa untuk mengucapkan ketiga kata itu. Kita sering disibukkan oleh urusan kerja lah..sehingga kita lupa bahwa ibu kita sedang merindukan mendoakan anak-anaknya di rumah. Bahkan kita seringkali mengelak untuk mengunjungi ibu kita dengan alasan sibuk.

"Aku sayang Ibu", kata-kata yang sederhana namun terkadang berat untuk diucapkan. Kebanyakan dari kita merasa malu untuk mengucapkan "Aku sayang Ibu" hanya karena takut mengucpkn perkataan keramat ini.. anak mama atau pun alasan lain yang mengedepankan ego kita. Di sinilah sebenarnya kita ditentang untuk mengalahkan ego kita sendiri demi orang yang amat berperanan dalam hidup ini. Sudah cukup banyak Ibu berkorban untuk kita, lalu kenapa hanya mengucapkan "Aku sayang Ibu" saja terasa susah. Bukankah ucapan itu lebih ringan dibandingkan dengan pengorbanannya untuk melahirkan kita di dunia ini? Bukankah ucapan itu lebih mudah bila dibandingkan dengan kesabaran dan ketabahannya dalam mendidik dan membesarkan kita? Lalu kenapa kita mesti berat hati untuk mengucapkan "Aku sayang Ibu"?
Mari, kita katakan "Aku sayang Ibu" kepada Ibunda kita tercinta, baik secara langsung maupun telefon. Jangan ragu atau bimbang untuk mengucapkannya. Jangan sampai kita terlambat mengucapkannya, karena itu akan menjadi penyesalan seumur hidup kita. Memang mengekspresikan sayang tidak cukup hanya dengan kata-kata, tapi minimal kita sudah berikrar pada ibu kita dan pada Tuhan Yang Maha Mengetahui bahwa kita akan sayang dan selalu menyayangi ibunda kita hanya dngn kata-kata itu.
Kasih ibu,kepada ku,tak terkira sepanjang masa.Slalu memberi,tak harap kembali,bagai sang surya menerangi dunia.
~Gambar Hiasan~

kredit to kak Perindu Kedamaian


Ayah...

Ayah aku meninggal 5/8/2002..3. 25pm. Apa yang aku tuliskan sini adalah untuk mereka yang masih lagi ada orang tersayang, untuk terus menyayangi dan berjasa sebelum menyesal.

Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi meninggalkan mak yang kesorangan. Anak-anak semua dah besar. kerja semua jejauh. Hidup ini seolah tiada erti....selama nie setiap suka duka.... pasti telefon dan maklumkan pada mak dan abah. Kalau naik gaji... dapat keputusan bagus dll...pasti
telefon mereka sepaya mereka gembira. Kalau boleh mahu terus berada di perak menemani mak yang terus menangis.

Syukur, abah mati dipelukan mak yang mengucap dua kalimah syahadah...di telinga kirinya...dan aku ketika itu mengucap ditelinga kanannya.... .. ini adalah kali pertama aku melihat kematian.... masih terbayang... abah memandang jauh kehadapan dan mata nya ke atas.... sambil mengucap dan memejamkan mata. Sungguh cepat dan tenang...semoga roh abah ditempatkan digolongan yang beriman. Syukur sembahyang jemaah abah lebih dari seratus orang...syukur abah dikebumikan dengan selamat.

Sejam sebelum kematian .....
sempat berbual dengan abah. Abah kata kalau nak beli kereta tunggulah
2005. Bila time AFTA nanti kereta honda jatuh harga.Boleh lah bawak mak berjalan. Waktu tu abah dah sihat... dah selera makan.

Pastu... abah suruh esok pergi buat kad pengenalan baru. Sebab abah dan Mak baru ambil kelmarin. Abah kata sehari jer buat. Tak payah ambik gambar kat kedai gambar. Diorang guna digital kamera kat office jer. Tapi abah
kata jangan pakai baju putih. Nanti gambar tak clear. Tapi tak sangka esok nyer aku pergi sana bukannya utk buat kad pengenalan aku, sebaliknya buat sijil kematian abah.

Apabila Izrail datang mengambil nyawa....kita tak boleh mencepat atau mengajak walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah masa tu.Tapi macam tak sangka. Abah hanya tengok atas dan tutup mata.
Badan tidak bergoyang walau seinci. Abah cuma nak baring. Sambil mulut mengucap dua kalimah syahadah.

Pertama kali.... pergi ke rumah mayat jenazah.
Pertama kali.... naik van jenazah,
pertama kali.... buat sijil kematian,
pertama kali.... tak tidur 2 hari,
pertama kali.... asyik menangis,
pertama kali.... menimbus kubur,
pertama kali.... menjirus air mawar,
semuanya pertama kali........ ....
Dan pertama kali.... juga takkan jumpa abah lagi.

Aku memandikan abah......memasangkan kain ihram sebagai kain kapan. Ketika ditutup muka abah, aku mencium dahi....pipi kanan.... pipi kiri.....dan bangun....tetiba hati aku ingin terus mencium lagi... aku membongkokkan kaki dan mencium dahi nya semula. Ciuman ini adalah ciuman terakhir. Semasa kecil aku salu cium abah.Tetapi apabila dah besar sudah lama tidak mencium pipinya.

Ya Allah..tuhan segala alam... aku dan abang mengangkat jenazahnya.. . dan mengebumikannya. hati ini sayu mengenangkan pemergian abah yang tercinta. Mak hanya memandang dengan air mata sayu....penglihatan nya
kosong......setelah 36 tahun hidup bersama abah......kini tinggal seorang.Selaku seorang anak.....aku tahu bagaimana kasih seorang abah. Abah seorang pendiam..... . sabar.. dan alim.... Jemaah masjid...bendahari
masjid.....dan pelbagai amanah kebajikan dilakukannya.

Aku selama ini tidak pernah meluahkan kasih kepada abah secara terus terang.Memang sayang abah... cuma... dengan abah saya hormat dan memendam kasih saya.....Lainnya pula dengan emak...yang sentiasa
berterus terang.... seringkali tidur di peha.

Kelmarin, aku baca dairi abah.Tak sangka abah pun tulis diari. Tiada apa yang ada dalam dairi itu melainkan perkara anak-anak nya. Semuanya berkisar tentang anak-anaknya. Aku sendiri tak ingat bila aku beli kereta.
Tapi abah catat..18 February..rizal beli kereta satria hijau 1.6.....abah catat setiap kali anak nya telefon beserta waktunya. Sekali tu jam 1.00 pagi aku telefon dari KL.....abah pun catat. Semuanya abah catat berkenaan anaknya. Abah catat rizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok. dll.......

Abah catat Kak Se keguguran... Abah catat Shaifol (abang sulung) ke KL......menangis kami semua bila baca dairi tue....

Abah sayang anaknya..... tak pernah tunjuk... sebab abah lebih suka mendiam dan tidak bercakap pasal orang. Begitu juga dengan orang lain ayah hanya banyak cakap pasal ilmu agama dan berkenaan anak-anaknya sahaja.

Ada kawan kampung abah baru nie cakap "Abah kamu masa hidup selalu cakap pasal anaknye. Sorang keje sana sorang keje sini. Dia bangga ada anak macam korang".

Tapi jauh di sudut hati aku, aku masih terkilan sebab aku selalu fikir... aku...bukan anak yang baik. Abah memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta, rumah, bil, kedai dll memang semua tersusun.. Aku terjumpa buku nota kuliah subuh abah yang terbaru..... catatan terakhir yang abah tulis "hatiorang beriman sentiasa ingat kubur"...

abah gariskan perkataan ingat kubur.... dan kami bersyukur bahawa abah sememangnya telah bersiap sedia untuk meninggal. Dan menyerahkan kepada Allah untuk melepaskan seksaan di kubur dan api neraka. Abah memang suka budak kecik..pantang anak saper pasti dia dukung... bawak berjalan.... .. cucu-cucunya setiap kali balik pasti nak tidur sama. Kini semuanya tiada.

YaALLAH.... aku tak tahu bagaimana kehidupan utk diteruskan.. . tanpa Abah......baru bercadang nak balik dan bertekad bonus tahun nie nak kasi abah seribu mak seribu... tapi Allah lebih menyayangginya. .. abah meninggal
5hb..tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yang baru masuk 10hb Ogos 2002.Kali nie tak sangka bonus banyak digunakan untuk majlis tahlil dan batu nisan untuk abah.

Tok Imam ada cakap kat kami....
"kubur ayah dikorek... pastu ditanam... tanahnya masih penuh kat tepi.... terlebih tandanya seorang yang pemurah....sedangkan ada sesetengah kubur dikorek pastu ditimbus semula masih tak cukup tanah."

"abah kamu wajahnya senyumnyer walau pun dah meninggal"

"Abah kamu waktu dimandikan dah bersih...tak der kotor najis pun takder"...

perkara itulah menyedapkan hati kami.... untuk jadi seperti abah.... Sembahyang Jumaat minggu sudah di Masjid..... aku memulangkan semula duit masjid dan buku akaun yang abah pegang selaku bendahari. Sambil mengira kutipan Jumaat hari itu tok imam dan bilal turut menangis....

"Dulu abah kau yang tolong kira pastu tulis kat white board tu".........

Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampung walau kerja apa sekali pun....

YaAllah...
sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada aku ..... Talkin buat abah masih segar... "Wahai Hj Badzri Bin Hajah Habsah...ketahuilah kamu bahawa mati itu benar, kiamat itu benar, Allah itu benar"

dan,> kita yang hidup akan pergi juga.... Lelaki berat tanggungjawabnya. ... suami menanggung dosa isteri dan anak-anak... . isyaAllah selaku anak-anak kami telah dibekalkan ilmu agama.

Cuma...
aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak mula bekerja setelah terlupa dgn nikmat Allah.. Mak juga seorang yang solehah.... saya yakin Allah maha pengampun dan maha bijak sana dalam menentukan Al-Mizan..

Dulu mak dan abah tiap waktu ke Masjid dekat rumah berdua.... tapi sekarang nie mak kata mak takut nak ke masjid seorang diri takut tak tenang hati teringat abah.

Inilah perasaan aku sekarang. Buat korang yang masih ada.... jadikan iktibar..... Cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir.

Dan curahkan kasih sayang tanpa selindung. Tunjukkan... .


kisah ini dipetik dari email yang dikirimkan kepada ku.

telah sekian lama bayangmu lenyap dari pandangan..
namun tetap segar di sudut ingatan..
memori lalu adalah memori indah bersamamu ayahandaku..


~~teringat arwah baba yang telah kembali kerahmatullah pada
23 nov 2001

Tuesday 9 February 2010

Who Created This? **SUBHANALLAH**

Believe It..........
These trees takes years and lots & lots of patience.



Thursday 21 January 2010

SiKecil dan Sepasang Baju Impian



Kampung Pantai Bidara sunyi sepi. Dinihari masih lagi kelam dan dingin. Anak berusia lima tahun itu sudah pun turun ke tanah. Ayam jantan masih lagi giat berkokok. Sedang sang rembulan baru terasa mengantuk. Awanan berarak perlahan, bermalas-malasan. Udara pagi yang nyaman itu dihirup semahunya. Bayu pagi yang bertiup sepoi-sepoi bahasa asyik menyapa rambut lurusnya yang mencecah bahu. Dia memandang ke arah pantai yang terbentang luas nun beberapa langkah dari rumahnya. Humaira menarik nafas sambil mendepakan tangannya dan dihembuskan nafasnya perlahan-lahan. Dia tersenyum puas kerana dapat menikmati udara pagi yang menyegarkan itu. Lain kali nak bangun awal lagi lah, bisik hati kecilnya.

Usai solat subuh dan bermunajat kepada Ilahi, Kak Leha memandang jam dinding yang setia berdetik di dinding rumahnya. Erm, dah pukul 6.30, ujarnya di dalam hati. Kain telekung dilipat. Dia harus segera ke dapur. Sarapan pagi harus disediakan supaya anak tunggal dan suaminya yang tersayang dapat mengalas perut. Sekejap lagi suaminya, Abang Mud akan pulang dari surau. Kemudian, Abang Mud akan bersiap-siap pula untuk ke tempat kerjanya di Bandar Panglima sejauh 30 km dari rumah mereka. Abang Mud seorang kerani di pejabat pendaftaran. Sebab itu Kak Leha harus cepat supaya Abang Mud sempat mencicip air tangannya. Dia terus ke dapur. Air yang dijerang sebelum solat tadi dituang ke dalam teko untuk membancuh Milo. Kemudian tangannya ligat menggoreng nasi yang telah disediakan bahan-bahannya malam tadi.


Abang Mud memberhentikan motor di depan tangga rumah. Humaira yang sedang berteleku di hujung tangga terus mengukir senyum saat melihat wajah ayah tersayang.
“Assalamualaikum..awalnya anak Abi bangun hari ni.”
“Waalaikumussalam, Abi..erm, Mai nak tolong Ummi jemur ikan hari ni.”
“Bagusnya anak Abi. Tapi kan Mai dah solat ke belum?” Tanya Abang Mud kepada satu-satunya buah hati pengarang jantungnya itu.
“Ala Abi ni, kan Subuh Mai pukul 8.” Ujar Humaira sambil tersengih. Menampakkan susunan giginya yang putih bersih.
“Ish, Ish kalau bangun awal kenala solat awal. Tak baik tau. Nanti Allah marah.” Kata Abang Mud sambil tersenyum. Dia bukannya apa, cuma mahu mendidik anaknya yang satu itu dari rebungnya lagi supaya nanti Humaira menjadi seorang anak yang solehah.

Siapa pula yang bercakap pagi-pagi ni kat depan rumah aku, ujar Kak Leha dalam hati. Dijenguknya ke pintu. Daun pintu depannya ternganga luas. Terkejut dia. Ya Allah, bila masa pula aku buka pintu ni, omel Kak Leha sendirian. Bergegas dia ke muka pintu.
“ Eh, Abang dan balik. Aik, Mai, Ummi ingat Mai tengah tidur. Kenapa tak bagitau Ummi, Mai dah bangun.”
“ Macam mana Mai nak bagitau, Ummi tengah solat tadi.“ ujar Humaira.
“ Ye lah, Lain kali jangan buat macam tu lagi. Bahaya puteri cantik keluar sorang-sorang waktu sunyi macam ni.” Nasihat Kak Leha sambil mengusik Humaira.
“ Mai minta maaf Ummi. Nanti Mai tak buat lagi.” ujar Humaira sambil mengangkat tangannya seperti sedang melafazkan ikrar.

Saat matahari menegak di atas kepala, jejari runcing Kak Leha sibuk menyusun ikan-ikan yang ikan masin. Sudah hampir dua tahun dia mengusahakan perusaahan memproses ikan masin di kampungnya. Ikan-ikan itu diambil dari Dollah Nelayan yang menjadi pembekalnya. Dia bersyukur kerana ikan-ikannya mendapat sambutan yang hangat di kampungnya dan juga kampung-kampung yang berdekatan dan sekarang dia mendapat tempahan dari bandar dan daerah lain. Kata mereka ikan-ikan masinnya berbeza dari ikan-ikan masin lain. Ikannya secukup rasa kata pelanggan-pelanggannya, tidak terlalu masin dan tidak pula tawar. Entahlah, baginya biasa saja. Kerana tidak mampu menguruskan perniagaannya itu sendiri, Kak Leha mengambil empat orang pembantu.
“ Ummi, Mai nak tolong, boleh?” Tanya Humaira.
“ Boleh, tapi kalau kulit Mai gelap macam Ummi nanti, jangan salahkan Ummi tau.” Ujar Kak Leha berseloroh.
“ Yea, Yea !!. Humaira bersorak keriangan. Melompat-lompat dia. Kak Leha hanya tersenyum melihat gelagat penawar hatinya itu. Inilah kali pertama Kak Leha membenarkannya untuk menolong. Kalau sebelum ini bermacam alasan diberikan. Nanti tangan kotor la. Nanti tangan kena tulang ikan la.
“ Pergi cuci tangan dengan Kak Lina dulu, cuci bersih bersih tau. Lepas tu pakai sarung tangan. ” Arah Kak Leha sambil menghadiahkan senyuman manis kepada anaknya dan salah seorang pembantunya, Lina.

Suasana pagi Sabtu ini amat mendamaikan nurani, sang beburung girang bersiulan menyanyikan lagu alam. Terasa terlepas sementara segala bebanan kerja yang ditanggungnya di pejabat. Hujung minggu beginilah kesempatan buat keluarga ini untuk bersantai setelah penat bekerja. Abang Mud bercadang untuk membawa anak dan isterinya ke bandar. Beli kelengkapan rumah dan juga kelengkapan sekolah Humaira. Sekarang sudah pertengahan bulan 12. Lagi dua minggu Humaira dah boleh masuk sekolah tadika.
“ Abi, kita nak gi bandar buat apa?” soal Humaira.
“Beli baju sekolah Mai la. Tahun depan Mai dah besar, dah boleh sekolah tau.”
“ ooo, bestnya.” Ujar Humaira, mengangguk-angguk.
Keadaan bandar agak sesak. Maklumlah hujung minggu. Masing-masing sibuk mengambil kesempatan untuk membawa keluarga membeli belah. Abang Mud terpaksa berpusing-pusing beberapa kali untuk mendapatkan tempat letak kereta.

Mereka singgah ke sebuah pasaraya untuk membeli uniform sekolah Humaira. Mata Humaira melilau-lilau kesana kemari. Dilihatnya banyak pakaian bergantungan. Ada kasut, seluar, baju. Eh, matanya terpaku di situ. Matanya yang bundar tidak berkelip-kelip. Ditatapnya baju itu dengan wajah penuh teruja. Lama sekali dia berkeadaan begitu. Cantiknya baju yang ada gambar Doraemon tu, ujarnya di dalam hati. Dia membelek belek sepasang baju t-shirt berlengan panjang dan berseluar itu. Ada rama-rama kecil berwarna-warni yang menghiasi baju yang berwarna biru laut itu. Watak kartun Doreamon dan kawan-kawannya yang diminati Humaira terpampang di bahagian belakang baju itu. Indah. Sepersalinan yang cukup pakejnya untuk menarik minat seorang kanak-kanak berusia lima tahun sepertinya. Seronoknya kalau dapat beli baju ni, warna dia biru, macam warna air laut, kalau Mai beli bolehlah pakai nanti pergi rumah Tok Wan, bisiknya dalam hati.
“ Kak, baju ni berapa ringgit?” Spontan dia bertanya kepada pekerja pasaraya itu dengan penuh minat.
“ RM50 dik. Adik nak beli ke?”
“ Hehe, takpe lah.”ujar Humaira. Dia terus berlalu menuju kearah Ummi dan Abi nya yang mengawasinya tidak jauh dari situ. Dia tidak mahu meminta supaya dibelikan baju itu kerana dia tidak mahu menyusahkan Ummi dan Abi. Tapi dia sangat menyukai baju itu. Nanti Mai nak kumpul duit sendiri lah, supaya dapat beli baju tu, dia berbicara sendiri sambil akalnya berputar ligat memikirkan cara untuk mengumpul duit.

Sekali lagi senja bertamu menghiasi bergerakan alam maya ini. Matahari kian beransur mencondong ke barat. Burung-burung yang girang berterbangan mencari rezeki mula menuju ke jalan pulang. Sinar cahaya bertukar jingga. Humaira bagaikan terpesona pada lukisan alam yang terlakar indah. Di kejauhan dia memerhatikan ummi dan pembantu-pembantunya mengangkat ikan-ikan masin yang kelihatan sudah mengering. Cakera memorinya masih berputar laju memikirkan baju Doraemon yang dilihatnya di pasaraya semalam. Lantas layar angannya seolah-olah melihat baju itu melambai-lambai mesra ke arahnya. Tapi, macam mana nak dapat duit. Fikir Humaira sendiri. Diperhatikan sekelilingnya seolah-olah mencari inspirasi. Dilihatnya ada banyak botol-botol kaca yang disusun rapi oleh Abi dan Umminya di tepi rumah.

“ Ummi, boleh tak Mai jual botol-botol tu? Nanti dapat duit tak?”soal Humaira kepada Umminya.
“ Mestilah boleh. Botol-botol tu nanti akan dikitar semula tau. Biasanya 20 sen bagi satu botol kaca tu Mai. Kenapa ni?”soal Kak Leha kembali. Hairan dia dengan sikap Humaira. Sebelum ini, Humaira tidak pernah berfikir dan peduli pun tentang botol-botol itu.
“ Yelah, kalau tak jual pun, botol tu terbiar je kat situ.” Dalih Humairaa. Masih mahu berahsia.
“ Nanti Ummi tolong jualkan untuk Mai boleh?”
“ Ye lah sayang. Nanti esok Ummi jualkan. Sekarang dah gelap, jomlah kita naik.”
“ Yeaa!!” Humaira melompat girang. Dia dapat membayangkan yang baju itu tidak lama lagi akan menjadi miliknya.

Hari ini hari pertama Humaira ke sekolah. Pagi-pagi lagi Humaira sudah bangun bersiap. Abang Mud dan Kak Leha tersenyum bangga. Besar sudah anak mereka rupanya. Melihat Humaira begitu mudah untuk disuruh ke sekolah, hati Kak Leha berbunga riang. Terasa sejuk perutnya mengandungkan Humaira. Terasa berkurang deritanya menahan sakit pening sewaktu sakit bersalin dan berpantang. Dia bersyukur yang teramat sangat. Tanpa disedari kelopak matanya bergenang dengan air mata gembira. Dibantunya Humaira bersiap, Uniform berwarna biru itu amat manis di tubuh kecil molek Humaira. Ditocangnya rambut Humaira agar anaknya itu kelihatan lebih kemas.
“ Ok, Tuan Puteri. Sudah siap. Masa pergi sekolah Abi yang hantarkan Mai tau. Nanti balik, Ummi yang jemput. Mai tunggu je kalau Ummi lambat sikit. Jangan ikut orang yang…”
“ Tak dikenali.” Sambung Humaira. Ayat itu sangat dihafalnya. Dan kerana sepotong ayat itulah dia dapat mengerti yang umminya itu amat mengambil berat tentangnya. “ Ok,lah Ummi, Mai pergi dulu, jangan lupa jualkan botol-botol tu untuk Mai.” Kata Humaira sambil tersenyum. Kemudian disalami tangan Umminya, dikucup lembut tangan, kedua belah pipi serta dahi Umminya.

Kak Leha menyambut huluran wang hasil jualan botol-botol daripada Tauke Lee. Not RM10 itu bertukar tangan. Dia berharap humaira akan suka dengan hasil jualan ini.
“ Assalamualikum, Leha.”
Kak Leha segera menoleh ke arah suara itu. Suara yang amat dirinduinya.
“Waalaikumussalam. Mak..!. Mak sihat ke? Kenapa datang tak bagitau dulu. Leha belum masak apa-apa lagi mak.” Ujar Kak Leha sambil memeluk dan mencium tangan ibunya, Mak Senah.
“ Mak sihat. Mak bukan merancang nak datang pun, kebetulan si Husin tu nak balik rumah bini muda dia dekat bandar tu hari ni, jadi mak tumpang je lah.”jelas Mak Senah.
“ Eh, dah berbini muda dia ye mak.”
“ A’a, rezeki dia la tu. Si Humaira nya mana. Mak tak nampak pun dia. Biasanya kalau mak datang tercongok je dia kat depan pintu ni. Ni ha mak bawa buah rambutan kesukaan dia.” Kata Mak senah.
“ Hari ni dia mula bersekolah tadika mak. Jom la naik mak, Leha buatkan air.
“ Ye lah.”

Tengah hari itu, Kak Leha pergi menjemput Humaira di tadika. Bersorak anak itu bila diberitahu yang Tok Wan nya ada di rumah. Mereka berdua memang rapat memandangkan Mak Senah itulah neneknya. Datuknya sudah lama tiada. Apa lagi Abang Mud seorang anak yatim piatu sejak kecil lagi. Sibuk Humaira menyuruh Kak Leha memecut motor yang dipandunya supaya cepat sampai ke rumah.
“ Tok Wan..!” teriak Humaira setelah masuk ke rumah.
Mak Senah senyum.
“ Dah besar ye cucu Tok Wan ni.” Dipeluknya erat tubuh kecil kesayangannya itu.
“ Ni ha hadiah dari Tok Wan.” Kata Mak Senah sambil menghulurkan not RM50. Terkesima Humaira seketika. Terus bayangan baju Doraemon itu menjelma lagi di indera lihatnya. Hem, duit ni dah cukup untuk beli baju tu. Yang duit jual botol ni biar Mai simpan je lah dulu. Getus hatinya.
“ Terima Kasih, Tok Wan.”
“ Sama-sama.”

Malam itu, sewaktu mereka sekeluarga sedang menonton tv, Humaira menyuarakan hasratnya. Dihulurkan not RM50 pemberian Tok Wannya kepada Abang Mud. Kak Leha dan Mak Senah tersentak. Apatah lagi Abang Mud sendiri. Humaira tidak pernah begini. Biasanya dia seorang anak yang suka berterus terang. Tapi kali ini dia lebih rela memendamkan perasaan demi tidak mahu menyusahkan abi dan umminya. Abang Mud merangkul Humaira. Air mata lelakinya yang sekian lama tidak dilanda tengkujuh, tidak dapat dibendung lagi buat kali ini. Disambut jua huluran Humaira demi tidak mengecewakan anak kecil itu. Kak Leha pula seolah-olah baru tersedar kenapa Humaira memintanya menjualkan botol-botol kaca itu. Kalaulah Humaira memberitahunya di pasar raya tempoh hari, dia sudah pasti membelinya untuk Humaira. Dia tidak kisah kalau benda-benda berfaedah yang dipinta Humaira.

Kak Leha bersiap-siap untuk ke pasar. Hari ini dia mahu memasak sesuatu yang istimewa kerana Mak Senah ada di rumah, disamping mahu meraikan persekolahan Humaira. Urusan kilang diserahkan seketika kepada pembantu-pembantunya. Mak Senah pula awal-awal lagi turun ke kilang. Mahu meninjau-ninjau katanya. Dicapainya kunci motor di atas meja. Dilihatnya, telefon bimbit Abang Mud ada di situ. Tertinggal la tu, getus hatinya.

Kak Leha tersenyum puas. Dipandangnya lauk yang dimasaknya hari ini. Masak lemak ikan masin kesukaan Abang Mud, Telur Bungkus kesukaan Mak Senah dan Ayam percik kesukaan Humaira. Pasti orang-orang kesayangannya itu akan makan dengan berselera nanti. Ditoleh jam tangan yang menghiasi lengannya yang hitam manis itu, sudah pukul 11.50 pagi. Sekejap lagi Humaira akan pulang. Sekali lagi dia mencapai kunci motor untuk menjemput anaknya dari tadika.

Kak Leha berhenti di seberang jalan, kelihatan kanak-kanak berlarian-larian keluar dari pagar sekolah. Masing-masing tidak sabar-sabar mahu pulang ke rumah. Tidak lama kemudian, wajah yang ditunggunya muncul. Humaira tersenyum dan melambai-lambainya dari pintu pagar besi tadikanya.
“ Mai tunggu kat situ, biar Ummi pergi dekat Mai.” Kata kak Leha dari seberang jalan.
Namun humaira terlebih dahulu berlari ke arahnya. Sebuah motosikal dari arah bertentangan meluncur laju kearah Humaira. Bum! Satu dentuman kuat tercetus. Masya-Allah, Kak Leha terkedu dan terkaku di situ. Humaira kah yang dilanggar itu, di hadapan matanya sendiri. Dihadapan mata ibu yang mengandungkan, melahirkan, menjaga dan menyayangi Humaira. Dia meluru ke arah Humaira, tubuh kecil itu dirangkulnya. Uniform biru Humaira telah bertukar warna dek dihujani darah merah yang mengalir. Suara Humaira yang lunak yang selalu menjadi halwa telinganya sudah tidak kedengaran lagi. Kedua belah mata bundar Humaira terkatup rapat. Tubuh itu longlai diribaannya. Air mata keibuan Kak Leha mula menerjah deras ke pipinya yang licin. Esak tangisnya sudah tidak tertahan lagi. Ibu mana yang mampu melihat derita yang tercermin di wajah redup anak yang ditatangnya bagai minyak yang penuh.
“ Tolong panggil ambulan..!” pinta Kak Leha kepada salah seorang manusia yang mengerumuninya.

Senja berlabuh. Dan tabir malam mula tersingkap. Kilauannya seakan sirna seketika. Gerimis halus menitis tanpa segan silu lagi seolah turut meratapi pemergian anak itu. Bacaan surah Yassin bergema bersahut-sahutan. Memecah kegelapan dan kesepian senja itu. Mak Senah mengesat pelupuk mata dengan hujung selendangnya. Biarlah dia menahan kepedihan hatinya seketika. Kolam matanya seakan sudah ditimpa kemarau. Kak Leha menoleh jam berkali-kali. Dipandangnya daun pintu tanpa jemu. Kenapa Abang Mud belum pulang-pulang juga. Allahyarhamah anak mereka harus dikebumikan segera. Setiap mata yang memandang turut melimpahkan simpati, hanya itu yang mereka mampu lakukan kerana keluarga itu yang lebih berat memangku derita dan pahit menelan luka.

Abang Mud pulang dengan rasa hampa. Apa yang harus dikatakan kepada Humaira? Baju yang dikirim Humaira sudah kehabisan stok. Sudah tiga pasar raya yang digeledahnya untuk mencari baju itu sehingga tidak sedar waktu Maghrib sudah bertamu. Ingin menelefon ke rumah untuk memberitahu kelewatannya, telefon bimbitnya tertinggal di rumah pula. Selapas solat Maghrib di masjid Sakinah, Abang Mud bergegas memandu kereta untuk pulang ke rumah dengan hati yang walang.

Setengah jam mengharung jalan raya, Abang Mud tiba di rumah. Dilihatnya pintu rumahnya ternganga luas. Tidak seperti selalu. Orang-orang kampung kelihatan berpusu-pusu keluar masuk dari rumahnya. Jantungnya seakan bertambah laju berdegup. Apa dah jadi ni, bisik hatinya. Dia terus keluar dari kereta Proton Saganya. Kak Leha menunggu di pintu dengan wajah yang lesu.
“ Leha, kenapa ni Leha. Apa dah jadi?” soal Abang Mud tercungap-cungap.
Kak Leha tidak mampu berkata apa-apa lagi. Dia hanya menuding jari telunjuknya kearah jenazah Humaira. Abang Mud terus longlai di situ.
“ Tolang angkat menantu aku.” Pinta Mak Senah kepada orang kampung.

Harum kemboja semerbak mewangi di situ. Tanah kuburan kecil itu merah. Semerah luka yang parah berdarah di hati Abang Mud, Kak Leha dan Mak Senah. Siapalah mereka untuk menolak takdir Ilahi. Diterima takdir itu walau dalam payah. Namun cakera memori Abang Mud masih tetap memutarkan saat Humaira memintanya supaya dibelikan baju Doraemon. Patutlah baju itu sudah kehabisan stok. Rupanya tempoh untuk arwah anaknya itu berkelana di bumi Ilahi ini sudah tamat, baju itu bukan untuk arwah anaknya. Perlahan-lahan dibuka telapak tangannya. Masih tergenggam di situ not RM50 yang diberikan arwah kelmarin. Arwah Humaira anak yang baik. Kanvas hidupnya yang putih masih belum tercorak dengan warna-warna kehidupan yang suram. Diusapnya tanah kuburan itu seperti dia pernah mengusap lembut rambut lurus arwah Humaira.

Bersemadilah engkau dengan aman, anakku. Semoga dirimu tenang di sana. Abi dan Ummi sudah meredhakan segalanya. Semoga di sana engkau mendapat pakaian yang sangat indah. Pakaian Doraemon yang pernah hadir dalam hidupmu itu, bukanlah pakaian yang terindah, anakku. Perlahan-perlahan Abang Mud bangun, ditinggalkan pusara itu sendirian, bertemankan dua nisan yang kaku. Hanya pusara itu yang ditinggalkan disitu, bukan ingatannya terhadap arwah Humaira. Tasik kasihnya tidak pernah kering untuk arwah Humaira. Selagi jasadnya menggenggam jiwa, ingatan terhadap arwah Humaira tetap terpahat kukuh di sanubari untuk selamanya.


Hasil nukilan,
Afifah Bt Abdullah @ Abas
PPISMP PML JULAI 09 ( sem 2 ).
untuk subjek BM1-kesusasteraan-Encik Abdullah Musa

Surat Daripada Anak Mak Yang Dah Tak Degil


 kenangan aidil fitri `09




Mak…..
Terlalu bosan rasa duduk membilang hari..
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih..

Mak tau tak..
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa..
dan itu juga terakhir kali nya..
Emmmm… rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh..
nak tinggal kan anak2 mak.. nak tinggal kan dunia fana ni..

mak macam dah sedia..
Seminggu sebelum tu..
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai..
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu..
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih..
kakak pun rasa hairan..
mak tak penah buat gitu..

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak..
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam..
kengkadang siaran indonesia..
mak terus tekun menganyam..
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan..

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2..
pastu mak jemur karpet-karpet..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..
paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari..
ada kat dalam dalam beg..
ada dalam ASB..
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi..
ada kat dalam gulung tikar..

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar..
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa..
mak cuma gelak jer..
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak…..
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut..
bila malam tu kiter sampai dari KL..
mak dah dalam kesakitan..
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk..
mak tetap takmau pi hospital..
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital..
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor..
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk..
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital..

Mak..
amponkan kami semua..
kami nak mak sehat..
kami sayang mak..
kami tak mau mak sakit..
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital..
ampon kan kami yer mak..

Mak..
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter..
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta..
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duit..
kiter jawab pula..
kalau tak cukup, mak kan banyak duit..
mak gelak ajerr..

Lepas tu bila kereta kiter sampai..
mak buat kenduri kesyukuran..
Dan kiter masih ingat lagi..
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor..
Punya la kiter takut..
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak..
Bila balik sahaja kampong..
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj..
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek..
mak tanya kenapa…?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga..

Mak..
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau..
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar..
mak, kiter menipu mak kan..
ampon kan kiter..

Mak..
Jam 4.30 pagi 19/08/2006
Bila tiba aja kat hospital..
nurse tengah balut mak dengan kain putih..
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital..
Mesti mak nampak abang cium dahi mak..
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak..
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu..
mesti mak nampak semua tu kann…kann..kannn

Mak tau tak..
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar..
Adik kat sebelah diam melayan perasann..
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini..
jalan di depan terasa makin kelam..
airmata dah tak mampu di tahan..
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela..
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga..
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong..sekosong hati ini..
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya..
terasa syahdu dan sayu.. dinginnnn..

Mak..
Kiter masih ingat lagi..
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak..
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan..
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi..
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak..
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan..
Mak perasan tak…?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter..
Dia kata…” dikk…jangan nangis….kalau sayang mak jangan buat
gitu…jangan nangis ya..”
Bila makcik tu kata gitu..
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak..

Mak..
Sampai takat ini surat ni kiter tulis..
kiter nangis ni..
Ni kat dlm bilik…baru pukul 4.00 pagi..
Takder orang yang bangun lagi..
kiter dengar nasyid tajuk “anak soleh” kiter sedih..
kiter rindu kat mak..!
Takpa la…..
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak…
mak tunggu ya..!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya..
Semua anak2 mak mengelilingi mak..
menatap wajah mak buat kali terakhir..
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja..

Mak rasa tak….
masa tu kiter sentuh dahi mak..
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk..
Kiter tak mampu nak cium mak..
kiter tak daya..
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar..
Airmata kiter tak boleh tahan..
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak..
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak..

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah..
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik..
badan akak terasa panas..

Makk..
anak mak yang seorang tu demam..

Mak tauu..
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan..

Mak..
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi..
Begitu terasa kehilangan mak..
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata..
Dan sampai satu tahap..
masa tu malam jumaat selepas maghrib..
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan..
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi..
semakin kiter tenung terasa semakin sayu..
tangisan tak dapat dibendung…

Mak tauu..
kiter cuba bertahan..
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda..
Kiter rasa nak telefon mak..
nak cakap dengan mak..
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong..
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi..
Puas la kakak memujuk kiter..
Akak kata…” tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..”
Dan akhirnya akak juga nangis..

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati..
rasa nyilu sangat..
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni..
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma..
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan..

Mak..
cukup la sampai sini dulu..
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu..
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid..
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan..
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak..
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula..
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih..
pastu kawan kiter bgtau..
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje..
Takper yer mak…
kiter kasi orang lain baca..
Kiter stop dulu..
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu..
akhir kata untuk mak,

I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter..
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang..
boleh rasa duduk kat negara orang…
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih.
Yang Benar,
Anak mak yang dah tak degil

Wednesday 13 January 2010


Doa Untuk Orang Sakit


Friday 8 January 2010

Memiliki Karamah Sehingga Mengislamkan Kaumnya

Setiap  kali tuan Qhadi bertembung dengan ku dia akan menyebut nama Abu Umamah Al-Bahili aku tertanya-tanya siapakah orang itu, hebatkah dia, dan hari ini aku mengambil keputusan untuk mencari siapakah dia yang selalu disebut oleh tuan Qhadi..

dan telah kutemui siapa dia dia adalah seorang yang hebat..tapi mengapa tuan Qhadi memanggilku dengan nama itu?mungkin sebab nama ku hampir sama dengan nama itu..tapi aku adalah insan biasa yang dilahirkan dizaman ini..

Abu Umamah Al-Bahili

Dalam kehidupan para sahabat, sering membuat orang kehairanan kerana karamah Ilahi yang diberikan kepada mereka untuk menolong mereka dalam menyiarkan agama Allah dan menghapus kejahilan yang membelenggu akal manusia. Di antara para sahabat ada yang diberi karamah dapat menyaksikan malaikat yang sedang memukul pasukan kafir di medan peperangan; seperti Abu Thalhah. Di antara mereka ada yang diberi karamah Allah melihat malaikat yang menjelma menjadi payung di atas rumahnya ketika ia membaca Al-Quran, seperti Usaid Ibnu Al-Hudair.
Di antara mereka ada pula yang diberi karamah Allah, ia dapat menurunkan hujan bila ia menadahkan tangannya ke langit dan berdoa kepada Allah agar hujan diturunkan, maka Allah segera mengabulkan doanya, seperti Al-Abbas bapa saudara Rasulullah SAW.


Di antara mereka ada yang diberi karamah Allah, tongkat boleh berubah menjadi lampu yang menyinari jalannya pada malam yang gelap gelita, seperti Thufail Ad-Dausi. Di antara mereka ada yang mendapat kiriman makanan dari Allah, ketika ia dipenjara kaum musyrikin, di dalam bilik yang tertutup, seperti Khabab Ibnu Al-Arat. Di antara mereka ada pula yang setelah mati syahid jenazahnya dimandikan oleh malaikat seperti Handhalan Ibn Abi Amir.
Beraneka ragam karamah dari Allah yang diberikan kepada para sahabat yang disebutkan sejarah Islam di mana kisah-kisahnya dikuatkan oleh sanad-sanad yang tidak dicampuri oleh keraguan. Karamah Allah yang diberikan kepada Abu Umamah Al-Bahili telah menyebabkan kaumnya tercengang kerana takjub. Maka mereka segera memeluk agama Islam yang didakwahkan Abu Umamah, hati mereka terbuka untuk menerima cahaya Ilahi, meskipun sebelum itu hati mereka terbelenggu oleh ajaran jahiliyah yang berisi kesesatan dan dugaan saja.

Adapun sebab-sebab kaum Abu Umamah masuk Islam adalah kerana pada suatu hari Suday Ibn Ajlan yang biasa dipanggil Abu Umamah datang kepada kaumnya dan mengajak mereka menyembah Allah. Abu Umamah mengisahkan peristiwa yang terjadi ketika ia bersama kaumnya yang menggembala. Ia berkata: “Ketika aku datang kepada kaumku, mereka telah memberi minum kambing-kambing mereka, memerah susunya dan meminumnya.

Ketika mereka melihat kedatanganku, mereka berkata: “Selamat datang wahai Suday Ibn Ajlan, kami mendengar bahawa kamu telah cenderung pada Muhammad.” Jawabku: “Tidak, tetapi aku telah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah telah mengutus aku kepada kalian supaya menunjukkan Islam kepadamu.”

Ketika aku sedang bersama dengan mereka, tiba-tiba mereka menghidangkan bekas yang berisi darah, kemudian mereka berkumpul di sekelilingnya. Mereka berkata kepadaku: “Wahai Suday Ibn Ajlan, kemarilah.” Aku berkata kepada mereka: “Celakalah kalian! Aku datang kepadamu sebagai utusan dari orang yang mengharamkan atas kalian makanan semacam ini kecuali yang disembelih sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah.”

Mereka bertanya: “Bagaimana bunyi firman-Nya?”

Jawabku. “Telah diturunkan ayat Al-Quran yang menerangkan tentang makanan yang diharamkan: “Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, (haiwan) yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, yang diterkam binatang buas kecuali sempat kamu sembelih, dan (diharamkan bagi) yang disembelih untuk berhala.”

(Al-Maidah: 3)
Kemudian aku mengajak mereka kepada Islam, tetapi mereka menolak, ketika aku kehausan aku berkata kepada mereka: “Berilah aku minuman air, sungguh aku sangat haus.” Mereka berkata: “Tidak, kami akan membiarkan kamu mati kehausan.” Setelah itu aku membungkus kepalaku dengan kain serban kemudian aku tidur di bawah terik matahari yang sangat panas, dan aku biarkan mereka makan darah.
Tiba-tiba dalam tidurku aku melihat seseorang datang kepadaku dengan membawa sebuah bekas yang dibuat dari kaca; aku tidak pernah melihat bekas yang sebaik itu. Di dalamnya ada minuman yang menyegarkan yang tak pernah aku dapatkan di dunia. Aku mengambil bekas itu dan segera meminumnya hingga aku merasa kenyang. Setelah selesai minum, aku bangun. Demi Allah sejak saat itu aku tidak pernah haus sama sekali.

Ketika aku kenyang, salah seorang daripada mereka berkata pada mereka: “Telah datang padamu seorang dari keluarga kamu, mengapa kamu tidak memberinya makan.” Maka mereka datang kepadaku dengan membawa segelas susu; maka aku katakan pada mereka: “Aku tidak perlu lagi minuman ini.” Kemudian aku memperlihatkan perutku yang sudah kenyang pada mereka, sehingga mereka akhirnya masuk Islam.” Mereka meninggalkan berhala-berhala mereka dan masuk Islam. Mereka masuk Islam dengan hati yang rindu pada cahaya Ilahi dan kesucian agama Islam.

Abu Umamah adalah salah satu dari sahabat Rasulullah SAW yang dipilih Islam untuk menyampaikan sinar Islam, ia belajar Islam dari Rasulullah SAW dan ia menjalankan apa yang diajarkan padanya dengan penuh ketaatan dan kesungguhan.
Pada suatu ketika, ia mendengar Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menjadikan ucapan salam kesejahteraan untuk umat kita dan jaminan bagi ahli Dhimmah kita.” Sejak itu Abu Umamah sentiasa memberi salam kepada setiap yang dijumpainya. Tidaklah ia bertemu dengan seorang muslim baik itu muslim kecil atau besar, melainkan ia mengucapkan: “Assalamu’alaikum.”

Tidak seorang pun yang mendahului ia mengucapkan salam, kecuali hanya sekali saja. Iaitu ketika ada seorang Yahudi bersembunyi di balik pohon, kemudian Yahudi itu keluar dengan secara tiba-tiba dan mengucapkan salam padanya.
Maka Abu Umamah berkata padanya: “Celakalah kamu wahai orang Yahudi, apa yang mendorongmu untuk berbuat demikian?”

Jawab Yahudi itu; “Kamu adalah orang yang banyak mengucapkan salam, dan aku tahu itu lebih utama, maka aku ingin mendapatkan keutamaan itu dengan mengucapkan salam lebih dulu.”


Maka jawab Abu Umamah, “Sesungguhnya salam adalah ajaran akhlak Islam yang diajarkan oleh Rasulullah pada kami.”

Hal lain yang didapatkan oleh Abu Umamah dari Rasulullah adalah perintah untuk berbakti kepada kedua orang tuanya. Pada suatu ketika bonda Abu Umamah sedang sakit, maka baginda menyuruh Abu Umamah supaya tetap mendampingi ibunya hingga meninggal pada saat peperangan berlangsung. Setelah Rasulullah SAW memperoleh kemenangan pada peperangan tersebut dan baginda kembali ke Madinah, maka baginda mendatangi kubur bonda Abu Umamah dan meminta rahmat bagi almarhumah.

Abu Umamah salah seorang yang berbaiat kepada Rasulullah pada baiatur Ridwan yang diikrarkan di bawah pohon, hingga akhirnya kaum musyrikin mengajak berdamai dengan kaum muslimin yang terkenal dengan “Perjanjian al-Hudaibiyah.” Peristiwa itu terjadi pada 6 H. Ketika turun firman Allah dalam Al-Quran surah Al-Fath ayat 18 yang ertinya: “Sungguh Allah telah reda terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepada-Mu di bawah pohon, maka Allah telah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kesenangan yang dekat (waktunya).” Abu Umamah berkata: “Wahai Rasulullah SAW, aku termasuk orang yang berbaiat pada-Nya di bawah pohon itu.”

Rasulullah berkata padanya: “Kamu bahagian dari aku dan aku bahagian dari kamu.”

Abu Umamah sangat haus dengan ilmu pengetahuan; ketika ia mendengar suatu kalimat dari Rasulullah SAW maka ia menghafalkan. Ketika ia ditanya tentang rahsia mengapa ia lebih mengutamakan ilmu daripada berbaiat, ia berkata: “Tatkala Rasulullah SAW ditanya tentang dua orang, yang satu orang ahli ibadah dan yang satu seorang ahli ilmu, mana yang lebih utama dari keduanya? Rasulullah SAW bersabda: “Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah itu, bagaikan keutamaan diriku daripada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang ramai.” Kemudian baginda membaca ayat (Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama).

Di antara sifat-sifat yang dimiliki oleh Abu Umamah Al-Bahili ialah sabar ketika ditimpa musibah, tidak pernah mengadukan persoalannya kepada orang lain, mensyukuri nikmat meskipun nikmat itu hanya sedikit. Sifatnya yang penyabar dan banyak bersyukur melapangkan hatinya dalam menghadapi berbagai kesusahan, meskipun kesusahan itu lebih berat dari sebuah gunung. Tapi ia mampu menanggungnya dengan iman yang teguh, kerana ia tahu, bahawa semua itu telah ditakdirkan Allah atas dirinya. Harta kekayaan tidak pernah ada ertinya bagi dirinya, oleh kerana itu ia selalu berpaling dari kesenangan duniawi kerana ia tidak menyukainya. Sekalipun ia tidak pernah mengunjungi para penguasa atau gabenor daerah.

Abu Umamah banyak hafal khutbah-khutbah Rasulullah dan ia senang meriwayatkan khutbah itu dengan nasihatnya yang benar dan terang.

Ia hidup sampai usia lanjut, keadaan badannya telah lemah dan kesihatannya telah menurun, meskipun demikian ia tidak pernah meninggalkan solat berjemaah baik ketika musim dingin atau pada musim panas. Lisannya tidak pernah dikotori perbuatan mengumpat atau mengadu domba. Ia tidak pernah membiarkan sesuatu masuk dalam fikirannya kecuali hanya Allah.

Ia berkisah pada suatu hari, ia meminta Rasulullah agar baginda menyuruhnya melakukan sesuatu amalan yang bermanfaat bagi dirinya di sisi Allah. Maka Rasulullah SAW bersabda padanya: “Hendaklah kamu sentiasa berpuasa, kerana pahala puasa tiada bandingan.” Sejak itu Abu Umamah berserta keluarga dan pelayannya selalu berpuasa. Dan mereka hanya memakan roti kering dan garam, mereka tidak menyalakan api kecuali bila ada tamu.

Abu Umamah belum merasa cukup dengan hanya berpuasa setahun, setelah itu ia datang pada Rasulullah SAW dan berkata pada baginda: “Wahai Rasulullah, engkau telah menyuruhku mengerjakan amalan (puasa), kini aku berharap agar Allah memberi manfaat padaku dengan amalan itu.” Rasulullah SAW bersabda padanya: “Ketahuilah, bahawa kamu tidak akan bersujud pada Allah sekalipun melainkan Allah akan mengangkat darjatmu dengan sujud itu atau Dia akan menghapus dosa-dosamu kerana sujud itu.”

Meskipun Abu Umamah orang yang tidak kaya, tetapi ia seorang dermawan, ia sering memberikan apa saja yang ada padanya. Ia tidak peduli apakah ada sesuatu yang untuk dimakan pada hari ini atau tidak, bahkan ia tidak pernah memberikan roti atau bawang jika tidak ada sesuatu yang lain untuk diberikan. Isterinya meriwayatkan: “Pada suatu hari di rumahnya tidak ada apa pun kecuali hanya wang 3 dinar. Tiba-tiba ada seorang pengemis di depan rumah, maka ia memberinya pengemis 1 dinar. Kemudian datang pula pengemis lain maka ia memberikan satu dinar, dan begitu juga untuk pengemis yang ketiga datang.

Akhirnya aku marah dan berkata padanya: “Kita sudah tidak memiliki apa-apa.” Maka kemudian ia berbaring di atas tempat tidur dan menutup pintu sampai azan Zuhur. Aku datang padanya dan membangunkannya, maka ia pergi ke masjid dalam keadaan berpuasa, sehingga aku kasihan padanya, maka aku meminjam wang untuk membeli makanan untuknya berbuka.

Ketika aku menyiapkan lampu dan makan malam, ia berkata: “Hidangan ini lebih enak daripada yang lain.” Setelah ia baru selesai makan malam, tiba-tiba salah seorang sahabatnya datang dan berkata padanya: “Wahai Abu Umamah, ini wang sejumlah 3,000 dinar sebagai keuntungan pinjaman dari wang yang aku pinjam darimu beberapa tahun yang lalu.” Maka ia menatapkan wajahnya ke langit sambil berbisik: “Wang satu dinar dibalas dengan seribu dinar, alangkah besarnya balasan Zat Tuhan Yang Maha Pemurah.”

Pada tahun 86 H. Abu Umamah meninggal dunia menuju kampung akhirat untuk menikmati kehidupan di hadirat Allah, dengan memperoleh balasan sebagai orang mukmin, ahli ibadah, penyabar dan orang yang bersyukur.

~adakah Abu Umamah Al-Bahili adalah ayahanda kepada Umamah cucunda Rasulullah SAW??

jalan-jalan cari limu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My MaKtaBaH...

Shelfari: Book reviews on your book blog

Senarai Blog Imamah Ikuti