...

blog ini sekadar pengisian biasa-biasa milik hamba yang dicipta yang sentiasa berharap kepada Yang Maha Mencipta

"mohon, sesape yang menjengah kesini, sila tinggalkan jejak anda disini:) time kasih yew atas kejesama kalian"

my nuffy

TeTaMu

اعداد

Pesanan Penaja

Saturday 31 December 2011

apa azam tahun ni...

hurmm... dah masuk tahun baru yew..ape azam tahun baru kalian tahun ni?azam tahun lepas dah tercapai ke?..apa azam hambe ek..hurmmmmmm..lebih setahun hambe menjadi isteri, tapi... hambe belum dikurniakan "dia" lagi.. hati hambe kengkadang agak kesayuan dan ke"jeles"ang yang amat bila mendengar berita dan melihat sahabat handai bakal menanti kehadiran "dia" itu..

rasanya tahun ni hambe nak berazam nak jadi ibu lah.. boleh ke?! teringin nak ada bebi sendiri.. dah terasa jeles sesangat dah duk tengok bebi org..hihihi.

yang sering terlintas difikiran hambe yang dalam penantian ini, andainye hambe tidak punya zuriat, siapakah yang akan mendoakan hambe? bila kenangkan saat itu kesayuan bertambah-tambah.. namun hambe perlu kuat.. dan perlu sedar setiap yang DIA tetapkan, pastinya terkandung pengajaran dan hikmah. Tidak ada satu makhluk pun yang tahu apa yang terbaik untuknya. Hanya DIA yang Maha Mencipta yang tahu apa yang sepatutnya untuk hambaNYA...

Mungkin Allah tangguhkan hambe dari memikul amanah tersebut agar hambe suami isteri dapat mempersiapkan diri untuk menghadapinya dan lebih bersedia untuk mendidik "dia" agar menjadi insan soleh dan solehah.. kerana dalam suasana kehidupan sekarang agak mencabar bagi generasi baru yang tipis didikan agamanya..mungkin jugak DIA nak bagi sepasang terus...sape tau kan, hambe ni kembar, ada potensi nak dapat kembar jgk ni...hihihi ~mode pujuk diri

Untuk menghiburkan hati, hambe sering merenung kisah penantian nabi zakariyya terhadap kelahiran cahaya mata..

رب لا تذرني فردا وأنت خير الوارثين
"Ya Rabbi, jangan biarkan aku sendirian tanpa zuriat keturunan sedangkan Engkau sebaik-baik pemberi warisan "

apa yang perlu hambe buat ialah tak perlu khuatir pada perkara yang tidak diamanahkan kepada hambe, sebaliknya perlu khuatir pada perkara yang telah diamanahkan tapi tidak dapat dilaksanakan dengan baik.. berat jugak tu.. Insafi kelemahan diri yang memangnya serba lemah, yang tidak mungkin mampu menerima ujian yang tidak tertanggung. Sesungguhnya Allah s.w.t tidak akan menguji kita dengan ujian yang tak layak buat kita.. hehehehe, cuba menjadi orang yang tabah.. ~masih dalam mode memujuk diri...ngeeeeeeee

"ya Allah kurniakan kami zuriat soleh/solehah "
رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ
Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh. (As-Safaat: 100)

 Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit 
~Hanya Insan Biasa..Tanpa Pinjaman DariNya Siapalah Aku..~

Monday 21 November 2011

Kurniaan Allah SWT


Bismillahirrahmanir rahim...Salam Alaik semua..hari ni hambe nk kongsi satu kisah yang dolu2 penah hamba baca..tp hambe lupa kat mana...

Kisah mengenai Ibrahim Adham. Suatu hari, dia sedang berburu dan apabila dia penat dia duduk sambil memotong roti yang dibawanya. Tiba- tiba hinggap seekor burung sebesar burung gagak di depannya mematuk potongan roti dan membawa terbang.

Ibrahim berasa hairan dengan kejadian itu dan serta-merta mengikuti burung itu sehingga ke sebuah lereng gunung. Ibrahim melihat seorang lelaki dalam keadaan terikat kaki dan tangan. Setelah ikatan itu dilepaskan, dia menceritakan kejadian yang menimpanya.

''Saya adalah pedagang yang dirompak oleh sekumpulan penyamun dan diikat selama tujuh hari, maka burung itu datang kepada saya membawa roti setiap hari. Dengan demikian tahulah bahawa ALLAH s.w.t. tidak akan meninggalkan hambaNya kelaparan'', katanya.

Setelah kejadian itu, Ibrahim terus bertaubat dan menyerahkan segala hak miliknya ke jalan ALLAH s.w.t. dan menuju ke Makkah tanpa membawa bekal sedikit pun, tetapi dia tidak berasa lapar dalam perjalanan hingga masuk ke Kota Makkah dan bersyukur kepada ALLAH s.w.t.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya”. -Riwayat Muslim.

"Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Dia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata".
(surah As-syura ayat 27)

moral of the story: 
jangan lah terlalu alpa dgn harta dan kemewahan dunia,
jadikan kemewahan dan kekayaan hari ini untuk kegunaan di akhirat sana
banyak-banyaklah infak di jalannye..:)
jadilah tangan di atas bukan tangan yang dibawah kerana tangan yang di atas lebih mulia dari yang dibawah....

Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit
~Hanya Insan Biasa..Tanpa Pinjaman DariNya Siapalah Aku..~

Saturday 19 November 2011

Muda Lagi..Baru Setahun Jagung



Hari ini genap lah setahun ikatan cinta antara dua insan yang dulu langsung tak pernah mengenali antara satu sama lain..kehadiran dia telah mengubah hidupku..dulu aku seorang anak kini statusku berubah menjadi isteri..namun tanggungjawab sebagai seorang anak tak pernah kuabaikan..syurga ku ada pada dia, redha dia adalah redha Allah..

"suamiku,
andai diri ini salah, perbetulkanlah
andai diri ini berdosa, ampunkanlah
andai diri ini terkurang layanan terhadapmu, maklumkanlah
kerana diri ini hanya mengharap redha Allah melalui keredhaanmu
wahai suami ku, telah sedaya diri ini berusaha demi untuk mendapat redhamu
jangan menghantar diri ini ke neraka dengan kemurkaan mu"


saat ini aku terlalu mendambakan kehadiran insan kecil dalam hidupku, dengan harapan kasihsayang kami bertambah teguh seteguh tembok china. aku ingin mendidik dia dengan didikan agama, aku ingin dia menjadi mujahid mujahidah yang memperjuangkan panji-panji islam.. Ya Allah hadirkan dia dalam hidup kami

dalam meniti usia perkahwinan yang masih muda ini..pebagai rintangan dan dan cabaran hidup berumahtangga terpaksa aku hadapai..patutlah pernah ku dengar rungutan dari sahabat-sahabat diawal usia perkahwinan mereka.." kalau aku tau perkahwinan ini macam ni, aku takkan kahwin" "kalau la aku tau perangai dia macam ni, awal-awal lagi aku reject dia" dan macam-macam keluhan yang penah ku dengar..sampaikan pada masa tu aku terasa agak takut untuk berkahwin..hurmmm..pada aku, pelbagai mehnah didalam rumahtangga adalah cabaran dan ujian Allah untuk kita..

kenapa ku katakan ia cabaran dan ujian, coz..bila kita tengah bahagia jarang hati kita nak ingat Allah. sangat sukar untuk lidah kita menyebut namaNya..kerana itu lah Allah hadirkan ujian kat kita..masa tu baru kita nak ingat Allah, baru cari Allah..baru nak dekat dengan Allah, meminta dan berharap pada DIA yang Esa...hurmmm itulah kita..hamba yang sering lupa dan alpa. semoga aku menjadi insan yang sentiasa mengingati DIA

Ya Allah,
suburkanlah rasa cinta dihati dia untuk ku kerana Allah
panjangkan jodoh kami
iringilah hidup kami dengan redhai mu
lembutkan hati-hati kami agar mudah mendapat hidayahMu 
sentiasalah cuit hati kami andai kami ter alpa
jadilah kami pasangan yang mempunyai zuriat
kurniakan kami zuriat yang soleh/solehah
kamilah fiddin, fiddunya, fil akhirah
dan akhirilah hayat kami dengan iman dan islam

selamat menyambut ulang tahun pertama perkahwinan kite


الحب لک وحدک
Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit  
~Hanya Insan Biasa..Tanpa Pinjaman DariNya Siapalah Aku..~

Friday 18 November 2011

Perkhidmatan daftar nikah “Online” menggunakan E-Nikah

nak cite pasal nikah lagi...ngeh ngeh ngeh..nak dijadikan cite hari rabu lepas bos no dua hambe mintak hambe buatkan kertas keje berkaitan e-nikah...hambe dengan ketah keje ni ibarat tikus dengan besi la..ape pun hambe try jgk..bila sampai tang objektif tu, hambe mula blurrr..nampak itam je screen depan hambe tu..pastu try tnya pakcik gugel pasal e-nikah ni..walaupun ni keje hambe, tp kalau nk tulis secara rasminye, hambe tak reti gak..keh keh keh..dah siap pakcik gugel tu cari hambe ternampak gambo ni..

 terkezutt, sebab ni bos no tiga hambe ni...try bace lagi...owhhhh..hebat dah sekarang ni lepas ni pak-pak imam takyah dah nak perabih minyak kete g submit borang nikah anak mukim mereka..juz duk ngadap laptop..terus dapat nikahkan anak mukim tu...hohoho..hebat..setakat ni untuk masjid-masjid terpilih..moga-moga lepas ni seluruh masjid dikelate menggunakan perkhidmatan ni..

KOTA BHARU: Urusan pendaftaran perkahwinan di negeri ini kini dipermudahkan apabila 16 masjid utama di semua jajahan sudah dibekalkan dengan perkhidmatan daftar nikah secara dalam talian menggunakan E-Nikah.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri (JHEAIK), Datuk Che Mohd Rahim Jusoh, berkata dengan kemudahan teknologi terkini, semua maklumat daftar nikah boleh dilakukan dengan pantas dan mudah.

Ini adalah projek perintis dan JHEAIK merancang mengembangkannya kesemua masjid besar lain di negeri ini bagi memastikan urusan pendaftaran perkahwinan berjalan lancar. – Che Mohd Rahim Jusoh, Pengarah JHEAIK

Katanya, melalui sistem itu, JHEAIK juga berharap kaedah ini mampu mengatasi kegiatan pernikahan palsu yang dilakukan oleh sindiket kerana hanya pihak bertauliah saja dapat menggunakan sistem E-Nikah.

JHEAIK berharap melalui pe-ngenalan sistem E-Nikah di semua masjid utama di negeri ini, segala urusan pendaftaran nikah dapat dilakukan dengan segera sekali gus maklumat dapat dicapai dengan segera di jabatan ini.

Sesuai dengan perkembangan teknologi terkini, JHEAIK akan memanfaatkan penggunaan komputer riba untuk mengembangkan pengenalan E-Nikah sekali gus mengatasi sistem manual, menggunakan kaedah mengisi borang kertas yang sudah tentu membabitkan kos tinggi.


Ini adalah projek perintis dan JHEAIK merancang mengembangkannya kesemua masjid besar lain di negeri ini bagi memastikan urusan pendaftaran perkahwinan berjalan lancar, katanya.

Beliau memberitahu pemberita pada majlis pengurniaan komputer riba bersama kata laluan E-Nikah yang disempurnakan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian di sini, semalam.

Selain Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, masjid lain yang menerima kemudahan itu ialah Masjid Muhammadi, Masjid Kampung Sireh dan Masjid Telipot, masing-masing di Kota Bharu; Masjid Tengku Muhammad Faris Petra, Kuala Krai dan Masjid Mahmudi, Bachok.

Pada majlis sama, Tengku Muhammad Faiz Petra juga turut mencemar duli merasmikan Makmal Siber Masjid Al-Sultan Ismail Petra, yang bermatlamat memberikan kemudahan kepada belia di sekitar masjid menggunakan kemudahan komputer disediakan di makmal berkenaan.

Che Mohd Rahim berkata, sebanyak 20 unit komputer disediakan di makmal berkenaan dan pengguna terutama pelajar dan belia boleh menggunakan kemudahan itu yang disediakan secara percuma.

credit to :-berita harian online

Kad Perakuan Nikah, atau nama manjanye Kad Enikah

nak cerita la sket pasal sistem e-nikah ni, sistem ni diperkenalkan bagi memudahkan sistem pengurusan umat islam secara elektronik, dan telah dilancarkan dengan rasminya pada hari ahad 26 ogos 2007 oleh Kebawah Duli Sultan Kelantan

e-nikah mengandungi 5 modul yang utama dan 4 modul tambahan, modul-modul tersebut seperti Modul Kursus Pra perkahwinan Islam (MBKPPI), Modul Benar Nikah, Modul Pendaftaran perkahwinan, Modul Penceraian, Modul Rujuk, Modul pengeluaran Kad Perakuan Nikah, Modul Statistik dan Modul Informasi Keluarga Islam yang mana boleh menyimpan maklumat satu-satu keluarga secara terperinci dan boleh mendapatkan salasilah sesebuah keluarga mudah, berdasarkan maklumat berkenaan.

dan ape yang paling femes selain modul pendaftaran perkahwinan ialah modul pengeluaran kad nikah, so hambe nak ceghito lebih sket pasal modul ni...kad Nikah Pintar merupakan dokumen perakuan nikah yang diakui sah dan digunapakai mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Kelantan 6/2002. saiznya lebih kecil seperti saiz kad pengenalan a.k.a MyKad bagi kemudahan pasangan membawa bersama sebagai bukti perkahwinan.

Syarat-syarat untuk memohon kad enikah adalah
-bagi pasangan yang berkahwin @ mendaftar perkahwinan di Negeri Kelantan
-bagi pasangan yang telah lama berkahwin dan mempunyai sijil perakuan nikah yang dikeluarkan oleh pejabat atau mahkamah Qadhi Negeri Kelantan

untuk memohon, pemohon perlu melengkapkan borang permohonan yang boleh diambil dimana-mana Pejabat Agama Jajahan Negeri Kelantan atau boleh dimuat turun melalui web JAHEAIK dengan disertakan dokumen-dokumen seperti berikut:-
1 salinan kad pengenalan suami isteri
1 salinan perakuan nikah (sijil @ buku nikah..fotostat setiap muka surat)
2 keping gambar (gambar suami bersongkok, gambar isteri bertudung dan menutup aurat)

borang permohonan hendaklah diserahkan di Pejabat Agama Jajahan tempat mendaftar perkahwinan atau diserahkan ke Bahagian Pentadbiran Undang-undang Keluarga JAHEAIK bersama bayaran RM50 sahaja untuk sepasang...

mesti ada yang tanya, ape pekdahnye aku ada kad ni?ape aku dapat? untuk makluman sesapa yang memohon kad enikah ini secara otomatik maklumat nikah pemohon akan dimasuk kan kedalam bank data..jadi maklumat anda lebih terjamin dari hilang, rosak serta memudahkan semakan pengesahan status pasangan dengan segera..wassalam..
*berdasarkan research hambe untuk pengucapan awam semasa kursus induksi baru-baru ni.

 Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit 
~Hanya Insan Biasa..Tanpa Pinjaman DariNya Siapalah Aku..~

Dedikasi untuk sahabat pengantin baru ku

duk pikiaq nak tulis ape hari ni...hurmmmmm..kite berdoa dulu la

Ya Allah, berkatilah majlis perkahwinan ini, limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada mempelai ini, norzulwati & mohd rizuadi dan hazira & aslam .
Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan di akhirat dan sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini.

ok lah memandang kan hari ni adalah hari bersejarah dua sahabat saudara seislam hambe, sahabat halaqah, merangkap sahabat fesbuk dan bergelar sahabat kenalan hambe..yang tinggal di machang kelate, yang telah selamat diijabkabulkan pada jam 11.00 pagi, sebentar tadi.. dan seorang sahabat sepersekolahan hambe dulu..semasa berada di SMU (A) Al-ihsan, yang tinggal di tanah merah... jugak telah selamat bergelar isteri..

" Ya Allah
Satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah.
Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat “

sebenarnya umah mereka tak la jauh sangat dari kediaman hambe ni...tetapi memandangkan kesihatan hambe tak brape nak sehat mana lagi, terpaksa la hambe menguzurkan diri untuk kesana..bukan ape, kalu hambe pergi risau lak akan mencacatkan majlis mereka..lagi pun tanpa kehadiran hambe majlis ini tetap berjalan lancar...dan walaupun hambe takde kat majlis ni, doa tetap hambe kirimkan.

 yang ni sahabat halaqah hambe, selamat pengantin baru kak nor, encik rizuadi..

yang sipengantin tu dah lama kahwin, yang kahwin hari ni yang depan skali tu
selamat pengantin baru ira, yati, zawani, yustihajah bila nak ikut jejak izma ngn ira ni?


Barakallahu laka wabaaroka 'alaika wa jama'a bainakumaa fii khoir.. Alhamdulillah, Mabruk hambe ucapkan untuk kalian berdua, moga suami-suami kalian adalah sebaik-baik anugerah yang DIA anugerahkan..dan semoga kalian memang tulang rusuk dia yang memang untuk dia..(kalau tulang rusuk orang lain, rasanya nanti nampak pelik lak..nnti jadi OKU sebab tulang rusuk tu xpadan ngn dia)..hehehe


“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~

makngah:- esok 20/11/2011 ulang tahun pertama perkahwinan kami..
Ya Allah panjangkan jodoh kami, jadilah kami pasangan yang sentiasa mencari redhaMU

 Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit 
~Hanya Insan Biasa..Tanpa Pinjaman DariNya Siapalah Aku..~

Sunday 13 November 2011

memory SPM ku

 

selamat menduduki SPM buat sesape yang mendudukinya hari ni..

terkenang memory SPMku tahun 2001..kemangkatan Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah, Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-11 pada 21 November 2001 (bersamaan 5 Ramadan 1422)..dan 2 hari selepas itu ayahandaku Abdullah @ Abas bin Hussain pula mengikut jejak al-marhum Yang di-Pertuan Agong pada 23 November 2001 (bersamaan 7 Ramadan 1422)


ingat tak
Afifah, Asiah? masa tu kite ber3 je ada kat umah..Alfatihah buat arwah baba??

terlampau banyak moment masa ni, aku sebagai kakak yang paling tua yang ada kat umah masa tu, diamanahkan oleh ummi untuk jaga dua adik aku ni..masa tu diorg masih berada di sek rendah..
 gambar kenangan masa aku umo 5 tahun bersama bersama ummi dah adik-adik

arwah baba dibawa ke hospital pada 1 ramadhan, hari pertama kami berbuka tahun tu hanya bertiga coz ummi, abg ke2 ku kena jaga kat hospital, abe sulung aku masa tu klu tak silap diterengganu, abg ke 3 di mesir dan ke 4 di UKM. jadi aku lah anak yang paling tua ada kat umah, aku masak utk berbuka, untuk bersahur..pernah sekali aku buat ayam percik..masa berbuka sket aje makan nye, nak simpan utk sahur..tup..tup sedar esoknya dh lama subuh..huhuhu.. 

aku tak penah rasa yang pakcik aku tu take care pada aku dan adik-adik, kami di biarkan hidup sendiri, aku tak kisah, aku boleh buat semua tu..tp malam tu, kalau tak silap selepas aku solat terawih sendiri kat umah..pak cik aku datang dan bertanya khabar, mintak aku kemas bilik...aku tertanya awat la suh aku kemas bilik ni, nak wat pe? setelah siap semuanya, ummi sampai..rupe-rupenya baba ku dah kembali kerahmatullah..Innalillah...pakcik ku tak tergamak nak khabarkan berita tu pada kami masa tu.. patutla suh kami kemaskan bilik, nk bilik tu kosang coz nak letak jenazah arwah baba kat situ..hurmmmm

Alhamdlh sempat talqin baba di saat-saat akhir. sedang asyik talqin, misi kata "dah tak ada tu.." keluar dari tabir sementara petugas hospital uruskan jenazah, seorang pesakit di katil sebelah ucap tahniah kpd abah long yang tak ternilai m...ahalnya. "Tahniah..! anak soleh.." kata pesakit itu. Abah long harap kata-kata pakcik tu akan jadi saksi di akhrat yang dapat membantu memberatkan timbangan amal abah long yang sememangnya kurang beramal ni....

amin, mudah-mudahan


 Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit   
~Hanya Insan Biasa..Tanpa Pinjaman DariNya Siapalah Aku..~

Saturday 12 November 2011

Jom tengok slide ni... :D

suka tengok slide dekat blog dinda ku si puteri bungsu comel kan..terutama yang pasangan suami isteri yang pakai baju warne grey tu..hehehe






Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit
~Hanya Insan Biasa..Tanpa Pinjaman DariNya Siapalah Aku..~

Friday 11 November 2011

Kecil Je Tapi Kalau Dapat, Berbaloi-baloiiii

tersebut lah kisah pada zaman dulu-dulu..nilai sekeping syiling hanya 5posen aje..tp tegok sekarang dh berapa harganya..
RM580 harga tetap!!

bakpo mahal sangat?? patut la tahun 1967 dah 44 tahun berlalu..mungkin sesapa yang suka simpan barang-barang lama ni beli kot..kalau aku tak beli la, mahai bebeno..kalau rega nya RM10 pun dah untung berbaloi2 tuh..

tapi kalau yang ni aku tak kisah..aku sanggup beli walau ribu-ribuan regenya, sebab rasa sangat2 berbaloi simpan yang ni..amenda la ye yang aku suke sangat tuh... 
JOM IKUT TURUN BAWAH... TENGOK APA ADA KAT BAWAH..
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
╬═╬
NAK TURUN LAGI TAK? TAK HABIS LAGI NIH... ADA BENDA MENARIK KAT BAWAH!
PENAT YE? hehehe kesian..ok lah
ni haaa

eh, silap daaaa..ni lah benda nyer..

ini lah org panggil dinar emas

bahagian depan kepingan dinar emas kelantan

bahagian belakang
 amiri kata, best nye kalu dapat duit raya mcm ni..hihii

ni haaaa...bagi tokwan lak..budak-budak xleh pegang goni ni..nnti masuk mulut


kenapa aku suker kepingan dinar ni?
Dinar emas dalam hadis Nabi Muhammad SAW
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda
"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)"
Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
lagi satu sebab matawang kita selamat dari jatuh..hehehe klu beli emas ni..emas sentiasa naik...tgk niii
ni 7/11/2011 RM845 sedinar

 RM 856 pada 9/11/2011
RM864 pada 11/11/2011

sesal kemudian RUGIIII

 Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit  
~Hanya Insan Biasa..Tanpa Pinjaman DariNya Siapalah Aku..~

Thursday 10 November 2011

Urut Jap..macam best je

sakitnya badan..urut jap..hehehhehehehe..
ada ke tukang urut lagu nih? nak ngurut nih..ekekekeke

 Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit  ~Hanya Insan Biasa..Tanpa Pinjaman DariNya Siapalah Aku..~

ada ape dengan 11/11/11

awat dengan 11/11/11? ape ada dengan 11/11/11? denga cite nak bubar parlimen?betoi ke? tak kisah lah ape2 pun, yang aku tau esok hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, ke-42.

Tahniah patik sembahkan Ke Hadapan Ke Bawah duli Yang Maha Mulia Sultan, semoga kelantan sentiasa di bawah lembayung rahmat ILAHI berpaksikan syariat Islam dibawah payung Tuanku..Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!

tu antara hari ini dalam sejarah..
nak tinjau-tinjau dekat fesbuk jap..apa pandangan orang tentang 11/11/11 ni..antaranya

‎1- #INFO :
Dalam kitab satanic the holy is satan. Yg Mr St Wingston Father Satan bagi tahu yang 11.11.11 hari kebangkitan anak setan dan dajjal yang akan memerintah dunia. Dan org akan memuja2 pada hari keramat yg bratus tahun Wiliam satan tu...nggu-tunggukan. Sebenarnye orang tak akan tahu apakah makna tarik tersebut malah pada hari Jumaat datangnya kami untuk menyesat semua agama Islam, Kristian dan Buddha. Dan di mana nanti Yahudi dan kami akan gembira kerana kebodohan manusia yang ada agama tapi tidak guna dengan betul. Sesungguhnya father of god satan akan terus menyesat ank2 adam, St Mary and Crist Jesus. Maka kiamat akan muncul pada hari Jumaat dan tarikh ini bermakna untuk kami. Semperna keturunan kami 6.6.6 9.9.9 dan 11.11.11. Allahualam lah. And I'm here just for sharing .

2- "11/11/11" semua orang suka dengan tarikah ni, senang nak ingat sampai bila-bila, lebih-lebih lagi bagi pengantin baru, mesti takkan lepaskan peluang ini..pe2 pun selamat untuk semua...amin

3- ♥ 11 ♥ 11 ♥ 11 ♥ (ape maksudnya tu aku tak pasti, mungkin tarikh ni dia mengikat cintan cintun dengan pasangan dia kot..hihihihi

4- yang sambut hari lahir pun ramai, yang nak anak lahir tarikh ni pun ada, tp terlahir 2,3 hari sebelum ni..hehehehe..

 Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit  ~Hanya Insan Biasa..Tanpa Pinjaman DariNya Siapalah Aku..~

Sunday 6 November 2011

terimalah diri ini seadanya..

Usah terlalu menyanjung KELEBIHANKU.
Bimbang kau tak mampu menanggung KEKURANGANKU.
Usah terlalu berbangga akan KEUPAYAANKU.
Bimbang kau akan kecewa dengan KELEMAHANKU.
Usah terlalu memuji segala KEBAIKANKU.
... Bimbang kau akan teruji dengan KEJAHATANKU.
Usah terlalu berharap akan DIRIKU.
Bimbang nanti yang kau harap, tidak seperti yang kau MAHU..
Kerana Diriku cuma Insan BIASA..
 Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit  ~Hanya Insan Biasa..Tanpa Pinjaman DariNya Siapalah Aku..~

Tuesday 1 November 2011

Petikan Al-Qur'an Dalam Menyifatkan Wanita Yang Solehah

Kedudukan wanita yang Solehah tidaklah dapat dicapai dengan hanya menonton drama filem cinta Korea atau membaca novel-novel cinta atau menyertai mana-mana jemaah atau kumpulan lalu memakai pakaian jubah dan bertudung labuh sahaja.

Kita tahu betapa ramai wanita bertudung labuh dan berjubah sering menghancurkan hati lelaki-lelaki yang beriman dan mengecewakan para pejuang Islam dan kita juga tahu wanita yang mengambil jurusan agama pun seringkali mungkir janji dan berlaku khianat.

Seperti lelaki, kita juga mengetahui lebai dan kopiah boleh dipakai dan ditanggal sekaligus juga janggut boleh tumbuh dan dicukur lalu menjelaskan bahawa penampilan luaran selalu tidak dapat dijadikan sebagai kayu ukuran kesolahan dan kebaikan..

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Ketahuilah bahawa dalam tubuh ini terdapat segumpal daging Jika ianya baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan sebaliknya apabila ianya rosak maka rosaklah pula seluruh tubuh ini.” (Hadith sahih riwayat Bukhari 1/126 dan 4/290-Al Fath, Muslim 1599 dari Nu’man bin Basyir radliyallahu 'anhuma).

Islam Memberi Jalan Penyelesaian

" Mudah-mudahan tuhan-Nya, jika nabi menceraikan kamu bahawa tuhan pasti akan mengantikan kamu dengan isteri-isteri yang lain yang lebih baik dari diri kamu iaitu perempuan-perempuan muslimat, mukminat yang taat dan bertaubat serta beribadah yang berpuasa baik janda atau perawan" (At-Tahrim : 5).

Allah menyebut beberapa ciri perempuan yang solehah iaitu :

1) Perempuan muslimat yang beragama Islam dan menyerah diri kepada Allah dan rasul
2) Perempuan mukminah yang beriman dan yakin kepada Allah dan janji-janji- Nya
3) Muslimah yang taat kepada Allah dan rasul serta kepada suami
4) Muslimah yang seringkali bertaubat di atas dosa-dosa dan kesalahan dan kejahilannya
5) Muslimah yang rajin menunaikan ibadah dan berpuasa kerana dengan puasa itu dapat mengawal hawa nafsu dan kelakuan.

“ Sesungguhnya Allah memberi hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki- Nya dan barangsiapa yang diberikan hikmah maka sesungguhnya dia telah mendapat kebaikan yang banyak.” (Surah Al-Baqarah : 269).

Islam mengajar untuk mengetahui kebaikan agama seseorang ialah melalui amalan kebaikan yang dilakukan dan kesungguhan seseorang pada agama dan hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui kehidupan yang dilaluinya.

Seorang Saleswomen (penjual perempuan) yang bekerja di supermarket sekalipun kerjanya tidak bagus apabila terpaksa bercampur dengan lelaki dan menjebakkan dirinya kepada sosial dan mempromosikan barangan sehingga mendedahkan dirinya kepada pandangan buruk dan fitnah tetapi adakalanya mereka ini memiliki hati yang mulia dan suci.

“Dan hamba perempuan yang mukminah itu lebih utama dan baik bagi kamu dari perempuan musyrik yang kafir walau dianya menarik perhatian kamu” ( Al-baqarah : 221).

Mengasihi orang tua, orang susah, tidak suka bahkan benci menyakiti hati manusia lainnya apatah lagi menghancurkan hati seorang lelaki yang beriman dan sanggup bekorban menghancurkan dirinya sendiri (memiliki sifat ihsan) demi kebaikan orang lain menyebabkan tanpa tangguh golongan sepeprti ini mendapat rahmat Allah dan akhirnya dibimbing kepada hidayah dan pertunjuk dan hidupnya diberkati di langit sekalipun di bumi dia berasa hina dan tiada maruah.

Malaysia, dipenuhi wanita-wanita yang tidak bertudung , tidak menutup aurat , jahil agama dan tiada kesedaran untuk melaksanakan Islam tetapi dalam kerosakan itu ada di celah-celah kaca yang melukakan anak adam akan sejumlah wanita suci yang bersih hatinya tetapi diuji oleh Allah dengan berada di lingkungan kekotoran.

Mereka membesar tanpa ilmu agama, tanpa hidayah pertunjuk lalu hidup sosial dan bebas sehingga merosakan diri mereka tetapi punyai hati yang bersih dan suci. Alangkah bagusnya jika lelaki-lelaki muslim mendapatkan wanita-wanita ini dan diberi bimbing serta dipandu mereka sehingga mendapat hidayah dari Allah swt.

Kepentingan Hati dan Akhlak yang Baik

Sebaliknya kita mengetahui pula, wanita yang berpakaian jubah dan tudung labuh dan mendalami pengajian agama kerap kali melanggar batas dan merasa mereka mulia dan beragama sehingga menyebabkan mereka merasa bongkak dan sombong serta ego dan berlagak lalu dengan itu selalu menghancurkan diri mereka.

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Ketahuilah bahawa dalam tubuh ini terdapat segumpal daging Jika ianya baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan sebaliknya apabila ianya rosak maka rosaklah pula seluruh tubuh ini.” (Hadith sahih riwayat Bukhari 1/126 dan 4/290-Al Fath, Muslim 1599 dari Nu’man bin Basyir radliyallahu 'anhuma).

Bukankah wanita-wanita bertudung labuh dan berjubah ini ialah golongan yang kerap mengatakan kami ingin suami yang berfikrah dan menolak lelaki beriman yang berakhlak mulia hanya kerana fikrah ? Juga wanita bertudung labuh ini ialah mereka yang manis bicara pada lisan tapi kelat dan kotor pada hati dan perbuatan.

“ Katakanlah : Mahukah kami khabarkan kepada kamu akan keadaan golongan yang hanya merugi amalan mereka ? Iaitu mereka yang sesat perbuatan mereka (jalan mereka) di dunia sedangkan dalam kesesatan itu mereka menyangka mereka sedang berbuat baik”. (Al-kahfi : 103-104).

Menjadi perkara biasa mereka tidak mengenang budi pada lelaki yang bekorban masa depan dan hidupnya kepada mereka dan dengan mudah beralasan konon mahu menjaga hati dan maruah konon tidak mahu bercinta-cinta dan menerima cinta lelaki.

Mereka kemudian tergedik-gedik mahu berkahwin dan sedia menerima cinta apabila lelaki sefikrah dan sefahaman dengan mereka atau lelaki pilihan mereka datang menghulur bunga “ukhuwah” persahabatan dan kemudian berkasih-kasihan dengan mereka di bawah “Cinta Islamik”.

“Dan Dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang jijik (keji, buruk)" (Surah Al-A‘raf, ayat 157).

Alangkah sekiranya lelaki muslim yang beriman mengalih mata mereka kepada hati dan melihat kepada peribudi akhlak dan kesungguhan hati yang ingin kebaikan dari seorang wanita lemah di jalanan, di pasaraya, di kota-kota dan bandaraya mungkin mereka akan menjumpai wanita yang dengan mudah dapat menanggalkan pakaiannya untuk diberi kepada lelaki yang dicintainya.

Lalu ketika itu alangkah bagus jika lelaki yang beriman menahan perbuatannya dan mengajar wanita yang suci hatinya akan erti agama, taqwa, malu dan maruah serta menunjuk ajar kepadanya jalan sunnah rasulullah sehingga akhirnya wanita itu benar menanggalkan pakaiannya kepada lelaki itu tetapi dalam hak dan benar menurut syariat Allah swt.

“Adapun golongan yang takut kepada kebesaran tuhan mereka maka mereka menahan hawa nafsunya (tidak menurut hawa nafsu) maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal mereka” (An-Na’ziaat: 40).

Oleh : Ustaz Emran

Thursday 27 October 2011

Bertambah cucu tok wan

cucu ke 10 dan 11, zahin dan hilmi 
tanggal 6/9/11 ummi ku menyambut cucu ke 10 merupakan cucu lelaki ke 3 nama diberi Ammar Zahin..anak sulung abang ku..sebulan kemudian lahir sorang lagi bebi boy anak abang yang no 2..anak nya yang ke 4, diberi nama Muhammad Arshad Hilmi..

 tengok tok wan, senyum bahagia nampakkk
bila aku tengok budak kecik dua orang sayu je rasa hati ku, bila aku nak tolong menambahkan cucu untuk ummi dan mertua ku? aku rindu sangat kehadiran sikecil dalam hidupku. aku teringin sangat melalui saat terindah sebagai ibu hamil..

aku sentiasa berdoa agar aku bukan tergolong dalam golongan insan yang tak punya zuriat.antara doa yang sering di amalkan..

sebenanrnya lagi satu, terus terang aku cakap, aku sedih bila org tanya "makngah bila" "dah nak dapat baby ke" hurmmm..aku hanya mampu jawab KUN FAYAKUN..doakan semoga saya dihadirkan "sidia"


cucu tokwan ke 8, Muhammad Hassan Basri
 cucu ke 9, Abbas Amiri

tengah sebok ngan bebi kecik dua orang tu, tgk ape yang besor ni buat

habis la kain tu kena kait dekat amiri

 Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit  
~Hanya Insan Biasa..Tanpa Pinjaman DariNya Siapalah Aku..~

Thursday 13 October 2011

The Best Sambal in De Walllll


Entry kali ni hambe nak kongsi satu resepi yang bagi hambe sangat best..hurmmm..
Resepi ni dh lama hambe terima dari sahabat hambe..tapi baru 2 minggu lepas cuba buat, tu pun gara2 dah muak makan nasi dengan lauk2..hihihi..dan nk tukar selera dari sos bilis kepada yang berasaskan bilis gak..ape dia ye..

Hurmm Wangi! Sedap!!!!

Nama diberi sambal burma, ( S.A.M.B.A.L.  B.U.R.M.A ) saya xtau nape dipanggil sambal burma..samada kampung sambal ini di burma atau yang perkenal org burma Wallahu `alam..ape pun memeng enak membuka selera

Bahan-bahannya:-
Ikan bilis-ikut suka


Cili padi-ikut suka



Cara membuatnya:-
Basuh kedua-dua bahan, kemudian rebus sampai lembut
Toskan, kemudian tumbuk sehingga lumat
Masukkan garam, perasa dan gula secukup rasa..gaul sebati
Siap di makan bersama nasi panas..
ralit make nasik ngn sambal burma..sapa tak sedar tok tua wi sale..kih kih kih..
Veri simpel cara buatnya..tapi terbaekkk dari ladang..



 Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit  ~Hanya Insan Biasa..Tanpa Pinjaman DariNya Siapalah Aku..~

suka suki


asalnye hambe tertengok status dekat FB sahabat hambe dia berpantun

Asam Kumbang di petik kesuma
Daunnya Enak dimasak Kari,
teringt saat kita bersama
kenangan berlalu hari ke hari..

Anak itik Berenang di kolam
naik ke darat waktunya dah senja,
berlalu kenangan serasa semalam
Omel Mu lunak tawamu manja

Dua tiga kucing berlari
mana nak sama si kucing belang;
Dua tiga boleh kucari
mana nak sama kasih kalian
 

 ‎2-3 kuda berlari
mana nak sama si kuda belang
semua kuda boleh berlari
yg paling laju ..kuda tu yg menang
 
terasa hambe nak ngomen2 sket dekat situ..  
Sedap sungguh pantun demo
Ambo nak cuba buleh ke dop
xtido lg dok wat gapo namo?
Ambo sedih saing pun xdop

tingkap papan kayu bersegi
sampan sakat di pulau angsa
apakah gerangan  hajat dihati
sila kemuka dengan segera
 
make nasi berulamkn budu
budu dicicoh bersamo pegago
weh bakponyo kato gitu
ambo ado ke jd saeng demo
 
Lamo sungguh tak online male
Rasa rindu dekat saing sobat
buleh dop male ni ambo nak balah dende
nak online sapa pagi jumaat

tanam bunga diatas para
nampak cantik di dlm laman
besar hajat tidak terkira
hendak memetik bunga di taman

hamboih-hambih incik roslan
tinggi sungguh hajat hati anda
Bunga mana jd idaman
Kami-kami ni udah berkanda

Zikir munajat kedengaran di ikim
Guruh berdentum dilangit sana
ape buleh buat semua bermusim
tiba masanya kita bersua la na

petang hari ke felda lasah
pulang semula sebelah pagi
kita bertemu akhirnya berpisah
diizin Tuhan bersua lagi

Buah langsat kuning mencelah
senduduk tidak berbunga lagi;
sudi2 ler dtg berkelah
diteratak hamba lain kali. 

kaunter jaheaik jadi saksi
ketika pertemuan pertama kita
dah lama kita berbasa basi
bila nak atur pertemuan kedua

wah..kaunter jaheaik mnjadi sejarah..
saat pertemuan pertama kita..
napoknyo kali ni tggu imah bermadah..
time cuti skolah biasanya ada adat mjlis diraja..(raja sehari) ^__^

ketika cinta bertasbih sering kedengaran
ramai pemudi idamkan khairul azzam
episod silam sering bermain difikiran
keinginan nak berjumpa jadi iltizam

ralit teh kak we kito
napok tebokok jait manek
hati2 jange sapa ngatuk mato
nnti xdop pasa2 kena g klenek

kalau roboh kota melaka
papan dijawa hamba dirikan
episod kedua pasti akan tiba
hasrat pertemuan kedua dah lama kita rancangkan

 bakpo nk bangun papan di jawa
hok roboh kota melaka
ust yang bijak lagi berwibawa
kemana dia?adakah kemekah?

Mudir ko nama dia?
Ambo xbesa panggil ggitu
Sungguh bijok dan ceria
Tak seko jadi ggitu

itu lah pantun yang direka secara spontan..yang warna hitam tu hambe punya yang warna ungu sahabat hambe..pantun tu mengimbau saat kami mula-mula bersahabat dulu..ahhhhhh rindu sungguh saat itu..indah nya pertemuan bila bertemu kerana Allah mengasihi juga kerananya
ini lah bendanye..
nak simpan buat kenang-kenangan..bukan senang nk reka pantun spontan mcm ni:)




 Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit  ~Hanya Insan Biasa..Tanpa Pinjaman DariNya Siapalah Aku..~

Friday 7 October 2011

= aku tak mahu suamiku berdosa..

= aku tak mahu suamiku berdosa..
lantas aku melabuhkan jilbabku,
berusaha menutup sempurna auratku,
... ...
= aku tak mahu suamiku berdosa..
lantas aku perlengkapkan diriku dengan ajaran agama,
agar dapat membezakan antara yang benar dan salah,

= aku tak mahu suamiku berdosa..
lantas aku hadkan pergaulanku dengan yang bukan mahramku,

= aku tak mahu suamiku berdosa..
lantas aku menjaga diri agar terhindar dari fitnah manusia,

= aku tak mahu suamiku berdosa..
kerana aku sayangkan suamiku dan tak mahu suamiku terhumban ke neraka jahanam kerana diriku,

= aku tak mahu suamiku berdosa..
kerana aku,
-
 -
 -
 -
 -
 -
 -
 -
 -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

AKU INGIN MENJADI ISTERI SOLEHAH

di kopi pes dari wall FB adinda hambe Asiah Abdullah @ Abas

 Saya Rela dan Saya Redha Biarpun Mujahadah Itu Amat Perit  ~Hanya Insan Biasa..Tanpa Pinjaman DariNya Siapalah Aku..~

jalan-jalan cari limu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My MaKtaBaH...

Shelfari: Book reviews on your book blog

Senarai Blog Imamah Ikuti