...

blog ini sekadar pengisian biasa-biasa milik hamba yang dicipta yang sentiasa berharap kepada Yang Maha Mencipta

"mohon, sesape yang menjengah kesini, sila tinggalkan jejak anda disini:) time kasih yew atas kejesama kalian"

my nuffy

TeTaMu

اعداد

Pesanan Penaja

Monday 14 September 2009

عيد السعيد المبارك

menangis seluruh isi alam mengiringi kepulangan ramadhan
anda bagaimana? sucikan jiwa dengan iman
salam aidil fitri

كل عام و انتم بخير


Wednesday 2 September 2009

Kisah Duka Aku dan Dia...

Dalam asyik berbual, bercerita dan juga bergurau. Tiba-tiba Marina menngemukakan satu persoalan buat Naemah. Lantas wajah Naemah merona merah. Dia terkaku seketika.

“Na sebenarnya ada sesuatu yang kau tak tau selama ni... maafkan aku sebab tak berterus terang ye. Sekarang aku akan cerita segalanya sebab aku menghprmati kau sebagai sahabat. Dan aku harap kau tak berkecil hati ye?”

Sebenarnya Naemah pernah memendam rasa sayang pada seseorang. Telah lama kasih itu tersimpan di dasar hatinya, hingga memakan masa hampir dua tahun lamanya. Didorong oleh rasa keikhlasan yang dimiliki oleh Naemah, dia rela terus menanti, kerana dia yakin penantian itu akan berakhir jua suatu hari nanti. Sama ada berakhir dengan cerita gembira atau sebaliknya...hanya masa yang bakal menentukan.

Walau dia tidak tahu apakah akhiran penantian itu, namun dia tetap setia dengan pilihan yang telah dibuat. Andai Hazri memang ditaqdirkan menjadi jodohnya, kisah penantian itu akan berakhir dengan tawa ria, andai duka yang menanti di penghujung penantian itu, baginya Hazri akan tetap terus hadir sebagai sahabat. Taqdir Ilahi memang selalu membahagiakan. Dalam kesetiaan dan juga kerinduan, akhirnya Naemah memiliki peluang untuk bertemu jejaka tersebut. Walau sekadar deringan telefon dan juga pesanan SMS yang menjadi pengganti diri, kerana keduanya telah dipisahkan oleh masa dan keadaan, namun itu telah cukup memadai.




Hampir setahun telah terciptanya pertemuan antara mereka, terasa masa yang beralu beredar begitu pantas. Di hari yang indah dan mendamaikan itu, ketika mereka sedang berSMS tanpa sengaja Naemah telah melahirkan rahsia hatinya terhadap Hazri. Tanpa dia menjangka dia telah menceritakan kasihnya yang lama terpendam buat Hazri. Apa yang membuatkan dia merasa gelombang gegaran yang maha hebat apabila Hazri juga menyatakan dia pernah memendam rasa terhadap Naemah.

Secara berterus-terang Hazri menyatakan dia tidak mahu Naemah hidup susah dengannya. Maka masing-masing mengambil keputusan untuk mencapai impian dan harapan masing-masing dahulu. Memantapkan kerjaya mereka terlebih dahulu.

Walau kasih yang diimpikan tidsk kesampaian, namun persahabatan antara keduanya tidak terpendam begitu sahaja. Mereka tetap menjadi sahabat dan saling berhubungan antara satu sama lain. Dalam meniti hari yang berlalu, Naemah memikirkan kembali rasa yang dipendamnya terhadap Hazri. Dia tahu, dia perlu berfikir kerana sesekali rasa rindu sentiasa menjengah lubuk hatinya. Bukan sehari dua rindu bertamu di hatinya, tapi telah bertahun lamanya.
Satu persatu kenangan antaranya dan Hazri berlegar diruang mata... walau pedih apabila dia menyedari akan sebuah hakikat namun dia perlu tabah... demi kebahagiaannya di masa hadapan, Naemah perlu merungkai segala persoalan yang hadir dalam jiwanya.




Jika ada salah faham antaranya dengan Hazri, tak pernah walau sekali Hazri akan menghubunginya kembali. Sebaliknya, Hazri hanya akan menyepikan diri walau kesalahan itu bukan milik Naemah. Maka, tanpa ragu dia akan menghubungi Hazri untuk memohon maaf atas segala keterlanjuran bicara, juga kesalahan perbuatan walau adakalanya dia merasakan kesalahan itu tidak sepatutnya disandarkan dibahunya.

Bukan setakat itu, untuk mendengar ucapan maaf dari bibir Hazri memang usah dimimpikan, ianya boleh diibaratkan seperti menanti kucing bertanduk. Memang mustahil untuk berlaku. Naemah sedar ucapan maaf dari bibir Hazri terlalu berharga mungkin itulah penyebabnya Hazri tidak pernah sekalipun memohon maaf andai ada sengketa yang menjelma antara mereka.




Dahulu, sebelum Hazri mengetahui kasih yang dipendam dihatinya, sikapnya memang membahagiakan Naemah. Memang sering dia menghubungi, bertanya khabar dan merisik kisah terbaru dari Naemah. Pernah Naemah mendiamkan diri kerana rajuk di hati. Tidak putus-putus Hazri berusaha untuk menghubunginya. Kerana tidak sampai hati dia melupakan segalanya. Sayangnya, setelah Hazri mengetahui kasihnya yang tersimpan buat Hazri, keadaan berubah dalam sekelip mata. Terlalu mudah untuk Hazri melupakan dirinya.




Dia sebenarnya sedikit terkilan kerana pernah berterus terang akan kisah kasihnya yang terpendam buat Hazri. Namun, dalam diam dia bersyukur kerana disebalik apa yang telah berlaku, dia dapat menilai dengan jelas siapakah Hazri yang selama ini dirinduanya itu. Siapakah Hazri yang pernah dinantinya dengan penuh kesabaran... Dia dapat mencari jawapan siapakah Hazri yang amat dirinduinya selama ini... walau jawapan yang dimiliki itu amat melukakan, dia tetap tabah dan sabar. Segalanya adalah rahmat dan kasih sayang Allah padanya.

“Nana, kau nampak tak buah mangga kat hujyng dahan tu?” ujar Naemah sambil jarinya menunding kearah buah mangga yang dimaksudkan.

Marina hanya mengangguk sambil mendengar bicara yang keluar dari bibir teman baiknya itu. Memang selama ini dia tahu kasih Naemah buat Hazri, tetapi dia tidak menyangka ada kisah pahit yang disembunyikan oleh sahabatnya itu.

“Kau tengok buah magga tu, setia berada di dahan. Menanti untuk masak ranum. Diintai oleh orang yang memang megidam nak makan buah mangga itu. Ye lah tempatnya indah di atas dahan sana. Tengok buah mangga yang ada di atas tanah ni.. terus dikutip orang bila gugur. Sampai orang lupa untuk melihat mangga yang berada di dahan pokok. Disebabkan buah mangga yang berada di atas pokok merasa cemburu dengan keadaan itu, dia telah menjatuhkan dirinya ke atas tanah agar senang dikutip orang.”

“Aku tak faham maksud kau Ima.” Memang Marina tidak mengerti apa yang cuba disampaikan oleh Naemah.




Dalam senyuman Naemah memberikan penjelasan. Buah mangga yang berada di atas dahan itu sebenarnya tinggi martabatnya. Dia telah ditentukan untuk masak ranum dan menjadi idaman ramai orang. Namun atas dasar ketidaksabaran dia telah menjatuhkan dirinya ke tanah untuk dikutip orang walau dia tak tahu siapakah yang akan datang mengutipnya.

Itulah yang boleh diumpamakan dengan diri Naemah, kerana terlalu merindui diri Hazri, maka, dia yang selama ini tidak pernah ada rasa untuk mencurahkan kasihnya telah mengambil keputusan untuk berterus terang. Dalam erti kata lain dia telah merendahkan martabat dirinya hanya atas dasar ingin memiliki kasih yang selama ini diimpikan tanpa menilai apakah yang bakal dilalui pada masa hadapan.

“Kau menyesal sebab sayang dia, Ima?”

“Tidak Na, aku tak pernah kesal dengan kasih sayang aku pada dia. Dia terlalu baik. Dia selalu ada bila aku memerlukan seseorang. Tapi mungkin dia hanya hadir sebagai sahabat dan bukan sebagai seorang kekasih. Aku bukan pilihan yang terbaik untuk dia Na. Aku terlalu kerdil untuk bergandingan dengan dia.”

Naemah tahu selama ini dia terlalu merindui Hazri. Walau tanpa sebuah pertemuan dia masih setia dengan penantiannya. Situasi menjadi berbeza apabila keduanya telah saling berhubung. Entah mengapa banyak yang telah berlaku, yang menyebabkan dia berfikir dia perlu berlalu dari hidup Hazri. Bukan bermakna Hazri lelaki yang tidak baik. Tidak! Hazri terlalu baik di pandangan matanya.

Naemah telah mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari Hazri. Memang tidak diduga sama sekali jawapan yang diberikan oleh Hazri. Hazri menyatakan dia menghormati keputusan Naemah dan memohon Naemah menjaga diri sebaiknya. Sejak dari dahulu karakter Hazri yang bersahaja dan juga prihatin itu memang menarik perhatian Naemah. Kerana itu juga Naemah menarik keputusannya untuk menjauhkan diri tetapi tetap mahu menjadi seorang sahabat yang terbaik untuk Hazri.




Sebenarnya, semasa Naemah membuat keputusan untuk berterus terang akan perasaannya itu, dia juga telah membuat keputusan untuk menganggap Hazri sekadar seorang rakan, dan tidak mungkin lebih dari itu. Telah banyak peristiwa yang berlaku yang menyebabkan dia perlu mengambil keputusan nekad itu. Dia tahu Hazri tidak pernah menghargai kehadhirannya dengan seadanya. Dia tahu Hazri tidak mungkin dapat menerima dirinya seadanya.

Naemah tahu, ketika dia setia dalam arca penantian itu, hatinya tidak pernah terluka, walau penantian itu masih kabu akan penghujungnya. Namun, setelah Hazri berada diingatannya. Hatinya sering merasa terluka dan tergores dengan situasi yang mencengkam antara keduanya. Mungkin benar pendapat yang pernah didengarnya selama ini rindu itu sering indah apabila berjauhan, namun sedikit kusam apabila sering bersama... Walau pedih... namun, dia tahu kasihnya tidak pernah dihargai oleh Hazri... Mungkin kisah penantiannya selama ini tidak seindah yang diharapkan. Hazri sering menunjukkan dia tidak pernah ambil peduli akan apa yang dinyatakan oleh Naemah. Walau sedih, dia tetap berlagak selamba dengan keadaan yang penuh disulami duka itu.

“Ima selama ini kan Ima sayang sangat pada dia? Takkan sekarang Ima nak undur diri macam tu je?”

Solan itu memang telah beribu kali malah beruta kali difikirkan Naemah. Namun, kerana soalan bakal mencorakkan masa hadapannya dia perlu mengambil keputusan nekad. Biarlah hatinya luka berdarah sekarang, dari jiwanya parah dan gundah di kemudian hari.

“Nana, memang aku sayang sangat dekat Hazri. Sebab itulah aku berundur.”

“Tapi, kenapa kau buat keputusan ni? Aku tahu hati kau terluka dan parah kan?”

“Hazri, tak pernah sayang aku macam aku sayang dia”

Kemudian Naemah mendiamkan dirinya seketika waktu. Dia leka melihat anak-anak ikan yang berenang-renang didalam sungai tersebut. Sebenarnya dia dan Marina sedang berbual disungai yang berhampiran dengan rumah Marina. Sesekali bermain dengan air sungai memang mendamaikan. Apatah lagi sungai itu masih tidak tercemar oleh arus pembangunan.

Setelah berdiam sejenak dia menyatakan kepada Marina bahawa dia mengambil keputusan nekad untuk berundur apabila memikirkan hanya dia yang terlalu menyayangi dan merindui Hazri. Sedangkan kasih Hazri padanya hanyalah secebis sahaja. Naemah menyatakan bahawa dia akan menerima jejaka yang menyayangi dirinya lebih dari kasih sayangnya pada jejaka tersebut.




“Tapi kenapa kau nak buat macam tu? Bertahunkan kau menanti si Hazri tu. Sabarlah. Aku yakin dia akan dapat menerima kau suatu hari nanti.”

“Nana, aku nak cari orang yang sayang lebih dari aku sayang dia. Hazri sayang aku hanya secebis...”
“Tapi kenapa Ima?”

“Nana, kalau jejaka tu sayang aku lebih dari kasih sayang aku padanya, andai suatu hari nanti kasih sayang aku pudar untuk dia, aku tau dia masih sayang pada aku.”

Tapi, kalau aku sayang dia lebih, berbanding dari kasih sayang sku, ditaqdirkan kalau dia dah tak sayang aku lagi, apa aku nak buat masa tu? Mesti aku kecewa kan. Jadi biarlah aku cari jejaka yang menyayangi aku dengan sepenuhnya. Walau kasih aku secebis untuknya, aku tahu aku boleh menyemai dan membaja kasih sayang aku untuk dia.”




Marina terdiam seketika. Ada kebenaran di sebalik bicara yang dituturkan oleh sahabat baiknya itu. Dia tahu Naemah terluka dengan peristiwa itu. Namun, dia tahu Naemah juga mahukan yang terbaik untuknya. Namun, Marina masih mahu menduga, dia tahu sejak bila Naemah menyayangi Hazri. Dia yakin sebenarnya Naemah terluka dengan keputusan yang dibuat olehnya itu.

“Ima, kalau Hazri datang dan menghulurkan kasih buat kau, kau akan terima ke?”

Sebelum Naemah menjawab, dia meminta Marina meminum air sungai yang mengalir tenang itu. Tanpa membantah Marina meneguk air itu.

“Macam itulah rasa yang aku rasa sekarang Nana. Hati aku dah tawar sangat. Setawar air di kali ni. Dah tak rasa ape-ape lagi.”

“Kali? Apa tu?”

“Apalah kau ni Nana, tu lah mak ayah kau suruh sekolah kau ponteng. Kali tu sungai lah. Apa lah kau ni.”

Sejenak keduanya tertawa ria. Mereka menyimbah air sungai ke muka masing-masing. Marina tahu walau sahabatnya itu tertawa ria, hatinya kini luka berdarah. Dia juga tahu walau Naemah menyatakan hatinya terlalu tawar, andai Hazri hadir akan membawa perasa yang manis dan indah buat Naemah.

Dia juga tahu andai kena caranya Hazri akan bertakhta di hati Naemah. Namun, dia juga kenal akan sahabatnya itu. Setelah membuat keputusan dia setia dengan pilihan yang ditentukan walau hakikatnya jiwanya hancur terluka dan juga parah. Walau apa pun sebagai seorang sahabat dia akan mendoakan kebahagiaan Naemah walau siapa yang akan menjadi pilihannya suatu hari nanti.

“Ima, kau ingat tak doa yang Azila beri kau masa hari lahir kau dulu?”

Serentak keduanya meyebut doa itu yang telah melekat di minda keduanya;

Ya Allah Ya Tuhanku
Seandainya dia menjadi milikku
Tercipta untukku
Dekatkanlah dia padaku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Tetapkanlah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini abadi
Ya Tuhanku
Seandainya telah kau taqdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Dan peliharalah diriku dari kekecewaan
Ya Allah Ya Tuhanku
Berikanlah diriku kekuatan
Melontar bayangan ke dada Langit
Agarku rasa bahagia, walaupun tanpa dirinya
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah yang telah patah
Meskipun tak sama dengan dirinya
Seandainya dia datang menemuiku
Cinta itu adalah cinta sejati dan satu
Seandainya dia tidak datang menemuiku
Anggaplah cinta itu tidak wujud dari awal lagi
Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah apa yang telah kau taqdirkan
Adalah yang terbaik untukku
Kerana engkau Maha Mengetahui
Bahagia yang terbaik untuk hambamu ini
Ya Allah cukupkanlah engkau sahaja
Yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarkanlah rintihan dari hambamu yang dhaif ini
Jangan engkau biarkan aku sendirian
Mahupun di dunia dan di akhirat
Menjuruskan kearah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina
Kesejahteraan hidup yang engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku, keturunan yang soleh...





Naemah dan juga Marina yakin andai mereka ikhlas berdoa, suatu hari nanti mereka akan ditemukan dengan pilihan yang terbaik untuk mereka.

Bagi Naemah andainya benar kemungkinan Hazri tercipta untuk diperjodohkan dengan dirinya. Mereka akan disatukan juga suatu hari nanti. Jika sebaliknya dia yakin telah ada orang lain yang lebih baik dari Hazri telah diciptakan untuk dirinya..dan doanya agar Hazri akan dipertemukan dengan pilihan yang terbaik buatnya.






O6 disember 2008

Tuesday 1 September 2009

KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI.....

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:-

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.

Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.


iluvislam

aku ingin jadi insan biasa....

Kerana Dia Manusia Biasa


Artikel ini dipetik daripada iluvislam, dan saya masukkan disini untuk manfaat kepada diri saya dan semua.

Semoga bermanfaat baik untuk yang melamar ataupun yang dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga. Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga. Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa.

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawappannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi. Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap butir percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.




Saya ingin tahu! Mengapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu(benar-benar sibuk). Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Saya mengambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap di rumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya-berdua. Hiruk-pikuk persiapan akad nikah esok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetuk pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja.

Saya faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar.

Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan. "Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih telefon bimbitnya dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD handphone dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping sampul kepada saya. Saya menerima handphone dari tangannya. Sampul putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ini?. Saya melihatnya tanpa mengerti.

Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka aja."

Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. "Teruknya dia ni."

Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum.

Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........

************ ********* *******

Kepada ...... Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama_____menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini.

Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb

************ ********* *********

Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia.....?"

"Kerana dia manusia biasa......." Dia menjawab mantap.

"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu esok masih ada dan menjadi milik kita. Betul tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin. "

Ssttt....."Saya menutup mulutnya.

Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga. Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Esok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama."

Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

"Gik.....?" "Tidur.....Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya.

Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik jelita esok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini. Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiaannya.

Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak roh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, takhta dan 'nama'. Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan. Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap hamba-NYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barakah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir,lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.


Wallahu 'alam.

11 Amalan terbalik.. Betulkan segera!


imamah_abbas


'10 AMALAN YANG TERBALIK'

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas.. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7.. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid.. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: 'Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.' (Riwayat Bukhari)

Mulianya Wanita..

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan izin Allah... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut kendur atau menggelebeh pulak..
Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu jugak….
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah,
Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami..
Offer lah pada suami,
Nabi bersabda lebih kurang maskudnya: bersama dgn isteri itu pahala..
jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya..

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Ses ungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah
'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"


imamah abbas

Rindunyerr......

Kerinduan Umar r.a kepada Rasulullah s.a.w

Diriwayatkan bahawa pada suatu ketika,setelah Rasulullah s.a.w meninggal dunia, terdengar Umar bin Khattab r.a menangisi baginda s.a.w sambil berkata:
"Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah, dahulu hanya sebatang pokok kurma kau jadikan sandaran berdiri apabila sedang berkhutbah.Kemudian ,ketika orang semakin ramai, engkau pun menggunakan mimbar agar mereka dapat mendengar seruanmu.Maka, merintihlah pokok kurma dengan perasaan sangat sedih kerana berpisah denganmu.Lalu kau letakkan tanganmu di atasnya, sehingga ia pun tenang kembali. Jika sebatang pokok kurma pun begitu, apatah lagi umatmu, tentulah lebih layak merinduimu ketika kau berpisah dengan mereka."
"Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w.,sedemikian besarnya keutamaanmu di sisi Allah Taala, sehingga Dia menjadikan ketaatan kepadamu sama seperti ketaatan kepadaNya.Sebagaima na dalam firmanNya yang bermaksud:
(sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya dia telah taat kepada Allah.) -An Nisaa';4:80-
"Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w,demikian besar keutamaanmu di sisi Allah Taala,sehingga Dia memberitahumu tentang kemafaanNya ke atas dirimu, sebelum memberitahumu tentang kesalahan apa yang telah engkau lakukan.Maka dia pun berfirman:
(Allah memaafkanmu (wahai Muhammad),mengapa engkau izinkan mereka (tidak turut berperang)….
-At Taubah;9:43-

"Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w,sedemikian tinggi darjatmu, di sisi Allah Taala, sehingga meskipun Dia mengutusmu sebagai Nabi terakhir, namun Dia telah menyebutmu dalam peringkat pertama di antara para Nabi dan RasulNya. Maka dia pun berfirman:

(Teruslah bertakwa kepada Kami) dan (ingatlah) ketika Kami mengambil dari Nabi-nabi (umumnya):perjanjia n setia mereka, dan (khasnya) dari engkau sendiri (wahai Muhammad), dan dari Nabi Nuh, dan Nabi Ibrahim, dan Nabi Musa, serta Nabi Isa Ibni Maryam…)
-Al Ahzaab;33:7-
"Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w, sedemikian besar keutamaanmu di sisi Allah Taala, sehingga para penghuni neraka sangat teringin seandainya mereka dahulu (ketika masih hidup di dunia) mematuhimu, sementara mereka sedang merasakan azab di dalam neraka.

(Mereka berkata:Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.)
-Al Ahzaab;33:66-
"Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w,betapa Sulaiman bin Daud a.s telah diberi oleh Allah taala mukjizat berupa angin sebagai kenderaan yang kecepatannya di pagi hari sama dengan perjalanan sebulan dan kecepatan di waktu petang pula sama dengan perjalanan sebulan, namun perkara itu tidaklah lebih ajaib daripada Buraq yang pada peristiwa Israk Mikraj telah engkau naiki di malam hari sampai ke lapisan langit yang ketujuh, lalu engkau pulang (pada malam itu juga) dan mendirikan sembahyang Subuh di al Abthah (halaman Kaabah).Semoga selawat dan salam Allah Taala tetap ke atas dirimu."
"Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w, betapa Isa bin Maryam a.s diberi oleh Allah Subhanahu wa Taala kemampuan untuk menghidupkan orang yang telah mati, maka itu tidaklah lebih menghairankan daripada daging domba yang telah di racuni dan di bakar, terus berbicara kepadamu dan berkata: "Jangan memakanku, sebab aku telah di bubuh racun."
"Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w, telah berdoa Nuh a.s ke atas kaumnya dengan berkata:
(Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorang pun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi!)

-Surah Nuh;71:26-
"Maka seandainya engkau berdoa ke atas kami seperti doa Nuh a.s itu, nescaya kami semua telah binasa. Betapa tulang belakangmu telah diinjak, wajahmu telah di lukai dan gerahanmu telah di patahkan, namun engkau tetap sahaja tidak mahu mengucapkan sesuatu selain yang baik-baik sahaja. Ketika itu engkau telah berdoa:

("Ya Allah, ampunilah kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengerti dan barangkali belum mendapat hidayat.")
"Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w, engkau telah memperolehi begitu ramai pengikut walaupun usiamu sangat pendek, yang bilangannya jauh melebihi Nabi Nuh a.s. yang sangat panjang usianya. Sangat ramai orang yang beriman kepadamu, sementara yang beriman kepadanya hanyalah sedikit sekali."

"Demi ayah dan ibuku., wahai Rasulullah s.a.w, seandainya engkau hanya mahu bercampur dengan orang-orang yang sepadan denganmu sahaja, nescaya engkau tidak akan sudi bergaul denagn kami. Seandainya engkau hanya berkenan menikahi wanita-wanita yang sedarjat denganmu, nescaya engkau tidak akan sudi menikahi golongan kami. Seandainya engkau hanya berkenan makan bersama dengan orang-orang yang setaraf denganmu, nescaya engkau tidak sudi makan bersama-sama dengan kami. Namun demi Allah, engkau telah duduk-duduk bersama kami, menikahi wanita-wanita dari keturunan kami dan makan bersama-sama dengan kami. Engkau juga biasa mengenakan pakaian dari bulu biri-biri, menunggang keldai, meletakkan makananmu di atas lantai dan menjilat jari jemarimu selepas makan, yang kesemuanya itu bersumber dari sikap rendah hatimu. (Semoga Allah Taala melimpahkan selawat dan salamNya ke atas dirimu)."

"Alangkah baiknya, seandai rindu dan cinta kita kepada Allah dan Rasulullah melebihi rindu kita kepada insani…Maha suci Allah yang telah mencipta Muhammad, insan yang berbudi pekerti mulia…semoga kita memperoleh syafaat dari baginda di akhirat kelak…Amin"


imamah_mujahidahmardhiah


REMAJA MASJID

jalan-jalan cari limu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My MaKtaBaH...

Shelfari: Book reviews on your book blog

Senarai Blog Imamah Ikuti